Don't go

2.3K 280 9
                                    

Seperti yang dijangka, pengunjung karnival yang terletak di hujung bandar itu tidak terlalu kenali Bangtan membuatkan mereka selesa. Mereka mula bermain bermacam-macam permainan di karnival tersebut diikuti aktiviti di funfair seperti ferris wheel dan merry-go-round.

"Woahhhhh!!!!!" jerit mereka semua apabila Yoongi berjaya mendapatkan hadiah tempat kedua iaitu sebuah kamera polaroid di permainan tembak botol. Permainan itu ditahap yang sangat mencabar, sebab itulah hadiahnya agak lumayan.

"Kookie, nah" Yoongi menghulurkan hadiah itu kepada Jungkook membuatkan Jungkook bahkan semua berasa terkejut. Yoongi menghadiahkan Jungkook kamera itu oleh kerana dia pernah berjanji dengan Jungkook untuk memberinya hadiah sempena kemenangannya bermain game bersama Yoongi tempoh hari.

Bukan itu sahaja, Jimin turut memenangi sebuah camcorder manakala Hoseok memenangi sebuah mp3 recorder dan yang lain tidak berjaya. Hoseok memberikan mp3 itu kepada Jimin oleh kerana mp3 milik Jimin baru sahaja rosak. Berasa terharu, Jimin memberikan camcorder itu sebagai tukaran. Hoseok menolak pada mulanya tetapi akhirnya dia mengambilnya oleh kerana Jimin berdegil.

"Woahhh JiHope is sailing with turbo on" seloroh Taehyung dan mereka ketawa mendengarnya. Mereka teruskan bermain sehinggalah tiba-tiba seorang budak perempuan menghampiri mereka.

"Oppa semua ni Bangtan ke?" tanya gadis kecil itu. Mereka agak keliru melihat kanak-kanak itu.

"Nae, waeyo?" tanya Namjoon dengan ramah. Gadis itu kemudian menunjukkan ke satu arah.

"Unnie tu cari oppa semua" kata gadis kecil itu dan sejurus mereka menoleh ke arah yang ditunjukkan, mereka nampak seorang gadis gelandangan di hujung karnival.

~~~

"Macam mana kehidupan Yien di sana?" tanya Jin, menggunakan tatatertib perbualan orang-orang berada sewaktu menelefon kawan baiknya, Mark.

"Masih sama sahaja. Ah, bapa Yien sudah membeli tanah di kawasan lain, jadi hyung tidak perlu berasa risau dengan taman perumahan yang sebelum ini, ya?" kata Mark dan Jin terus sahaja tersenyum mendengarnya. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berdua senyap seketika oleh kerana Jin sedang ligat memikirkan satu soalan yang tak lekang dari fikirannya.

"Yien, kalau hyung bertanyakan sesuatu, adakah Yien akan marah?"

Ketawa kecil kedengaran di hujung talian. "Sudah tentu tidak! Apa yang hyung hendak tanyakan?"

Jin mengambil masa untuk memikirkan ayat yang sesuai, sebelum akhirnya bertanya, "Yien percaya dengan serendipity?"

"Serendipity? 'Kebaikan yang datang pada kita tanpa kita perlu usaha' itukah? Sudah tentu Yien percaya. Bagaimana dengan hyung?" tanya Mark. Jin diam seketika sebelum tersenyum lemah.

"Tidak, hyung tidak percaya" jawab Jin. "Kerana 'Serendipity' tidak berada di pihak hyung"

~~~

Hoseok dan Jungkook menongkat dagu, melihat situasi di hadapan mereka itu tanpa reaksi. Bunyi sedu-sedan memenuhi ruang tamu rumah Hoseok itu.

"Kook rindu Bangtan?" tanya Hoseok dengan nada malas. Jungkook mengangguk sedikit. "Hyung?" tanya Jungkook pula. Hoseok turut mengangguk dan mereka berdua langsung tidak memandang satu sama lain.

"Kita pun rindu Bangtan.."

"Tapi kenapa kita tak nangis?"

Hoseok dan Jungkook bersabar melihat Taehyung yang duduk di hadapan mereka, sedang menangis dan Jimin sedang memujuknya. Sudah hampir 30 minit berlalu sejak Taehyung dapat ingat segalanya dan kini dia melepaskan rasa rindunya melalui air mata.

[C] Serendipity | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now