Begin again

4K 379 47
                                    

p/s - Long chapter.

--

Bunyi jam loceng di atas meja bilik tidur itu berbunyi nyaring pada jam tepat 8 pagi. Suasana bilik itu malap oleh kerana langsir biru menutup tingkap dari memancarkan cahaya ke dalam.

Hoseok tersedar.

Nafas yang agak berat, dia memandang siling tanpa sebarang reaksi. Bunyi jam loceng yang nyaring itu langsung tidak mengganggu fikirannya. Dia mendiamkan diri agak lama sebelum persoalan mula terbit dalam mindanya.

Apa yang berlaku?

Aku dekat mana?

Hoseok duduk dari posisi tidurnya tadi, fikirannya masih tidak dapat menghadam apa-apa. Dia kemudian menoleh ke arah jam loceng yang masih nyaring berbunyi. Dia menatap jam itu agak lama.

Kemudian baru dia tersedar yang tangan kanannya memegang sesuatu.

Dia memandang tangannya, dan dia ternampak sebuah kamera video dalam pegangannya. Dia akhirnya membuat reaksi apabila dia mengerutkan dahi sedikit, keliru. Dia terus menutup bunyi jam loceng itu oleh kerana fikirannya mula melakukan kerja. Dia menjadi sedikit panik.

Aku Jung Hoseok.

Hoseok mengerutkan dahi lagi, menjadi lebih keliru apabila itu sahaja yang mampu dia ingat. Dia mengumam namanya sendiri dengan perlahan sambil mindanya masih berusaha fikirkan situasi yang berlaku.

Kenapa ni? Kenapa aku tak dapat ingat apa-apa?

Saat itu fikirannya seperti menjawab semua soalan.

Jung Hoseok, pelajar tahun akhir Seoul International University jurusan Music Choreography.

Tiba-tiba fikirannya seperti kembali ke sedia kala membuatkan dia terus mengeluh lega. "Oh, menyeramkan" katanya sambil mengurut dada. Dia terus meletakkan camcorder yang dipegang tadi ke tepi dan mencapai telefon bimbitnya yang terletak bersebelahan dengan jam loceng.

Seperti tiada apa yang berlaku, dia menekan nombor telefon yang tertulis 'Jjinyong' dan menelefonnya. Dia meletakkan telefon di telinganya, menunggu kawan baiknya menjawab panggilan.

"At eight twelve fuckin' A.M. you make my phone ringing, mister. Are you ready to find your grave for waking me up on weekend?" Jinyoung terus sahaja berkata sedemikian apabila dia menjawab panggilan. Hoseok terus ketawa mendengarnya.

"Mianhae-yo. Aku ada konflik ni" kata Hoseok dan dia memandang kalendar di dinding. Sabtu. Ahh... So hari ni hujung minggu.

"Hm? Kenapa?" tanya Jinyoung, nadanya lebih tenang kali ini. Hoseok terdiam seketika, cuba menyusun ayat yang betul.

"Aku tak ingat apa-apa... memori aku"

"Mwoh? Apa maksud kau?"

"Aku tahu biodata aku. Tapi... aku tak ingat apa-apa peristiwa" kata Hoseok, dan dia baru tersedar yang fikirannya betul-betul tiada kenangan yang dapat diimbas. Seperti dia dilahirkan semula.

"That's weird. Tak apalah, kejap lagi aku sampai"

"Eoh, gumawo, Jinyoung-ah"

"I'll hang up now"

Hoseok menutup telefon sejurus Jinyoung meletak talian. Dia diam seketika, memikirkan bahawa sesuatu telah berlaku ke atas dirinya membuatkan dia mengeluh kecil. Dia kemudian bangun untuk membersihkan diri. Baru sahaja beberapa tapak,

matanya kembali mamandang camcorder yang terletak di atas katil itu.

~~~

"Yah, ireona!"

[C] Serendipity | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now