Flashback ✨
''Hei, budak menumpang! Aku nak pengasah pensil tu.'' Azril bertempik kepada Aish yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya di ruang tamu rumah mereka. Aish memanggung kepala sambil membeliakkan mata. Hatinya sakit sangat setiap kali Azril memanggil dia sebagai budak menumpang. Dia sedar, sudah tiga tahun dia menumpang di rumah ini, tapi Azril tak ada hak untuk mengutuk dan menghina dia macam tu. Dia juga ada perasaan dan perasaannya juga akan mudah terguris.
''Aku ada nama! Nama aku Rohatul Aish, bukan budak menumpang.'' Aish bersuara dalam nada tegas. Pengasah pensil yang diminta Azril dibaling laju dan..
''Woii...kau...'' Azril terus menjerkah Aish sebaik pengasah pensil yang dibaling Aish nyaris terkena matanya. Aish tersenyum penuh sinis. Padam muka! Bisik hati kecil Aish.
''Kalau kena mata aku tadi, buta macam mana?'' Azril masih bersuara lantang dan yang pastinya, Aish sudah direnung tajam. Azril memang selalu mencari pasal dengan Aish sejak Aish tinggal di rumah mereka. Ibu dan ayah Azril terlalu manjakan Aish. Azril tahu, Aish tak pernah meminta tapi setiap keperluan Aish ditunaikan tanpa berbelah bahagi. Kalau ibunya keluar berbelanja, beratus ringgit dihabiskan untuk Aish tapi Azril hanya mendapat barang yang berharga beberapa puluh ringgit sahaja.
Azril pernah melihat ibunya membeli barang kemas untuk Aish hingga mencecah ribuan ringgit tapi Azril tak mendapat apa yang dimintanya dengan jumlah yang sama. Azril iri hati dengan Aish, umpamanya dia yang menjadi anak angkat di rumah ini, bukan Aish.
Paling Azril sakit hati, bila ibunya membuat keputusan untuk menjodohkan dia dan Aish ketika mereka baru berusia dua belas tahun. Kalau ikutkan ibu dan ayahnya, ketika mereka tamat tingkatan lima lagi, mereka akan dinikahkan. Tapi, Azril selalu mencari helah dan Aish juga tidak setuju untuk nikah seawal itu.
Selepas tamat belajar dan mula bekerja, mereka sudah tiada alasan lagi untuk diberikan. Dalam terpaksa, keduanya disatukan sebagai suami dan isteri. Tiga tahun juga Azril mengantung Aish..gantung tak bertali, tanpa tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.