Part 5

10.7K 262 3
                                    

''Sampai bila kita nak macam ni Aish?'' suara Azril kembali tenang. Dia menoleh ke arah Aish sebelum menekan minyak dan keretanya meluncur laju membelah jalan raya yang disinari lampu-lampu jalan yang berwarna –warni. Bagaikan pesta lampu layaknya.

''I just follow you! Awak buat baik, saya akan jadi baik. Awak kurang asam, saya follow!'' giliran Aish menjawab sambil menjungkit kening kanannya. Azril memandang lama Aish sementara menunggu lampu isyarat hijau menyala untuk masuk ke simpang.

''Awak yang cakap saya buang tabiat tadikan? Takkan tak nak mengaku. Siapa yang mulakan dulu?'' Azril tak mahu mengalah. Aish membeliakkan mata.

''Salahkah saya bertanya? Awak tu yang berubah drastik sangat. Manalah tahu, kalau awak buang tabiat, boleh jugak saya minta ampun, minta maaf. Kalau awak rasa umur awak panjang lagi, okeylah..tapi..'' Aish menghentikan kata-katanya, tanpa menyambung ayat seterusnya. Bibir Aish sudah tersenyum lebar.

''Elok sangatlah tu, nak tunggu saya mati, baru nak minta ampun, minta maaf. Buatnya saya mati tanpa sempat awak minta ampun, macam mana?'' Azril memulangkan paku buah keras. Aish berjeda lama sebelum membalas kata-kata Azril.

''Haih..awak dah bersedia ke nak bertemu Allah? Awak ingat, awak tu sempurna sangat sampai tak buat dosa. Sejak kecil lagi kita bergaduh, hari raya saja kita saling minta maaf, tak sampai sejam pun, kita bergaduh lagi. Awak ingat boleh lupus macam tu saja ke?'' Aish bertanya soalan cepugangsa pula. Hatinya sudah digeletek lucu. Begitulah sikap mereka sejak dulu. Sifat iri hati dan dengki mendengki sesama mereka, usah diceritakan lagi, memang kritikal punya dengki. Lebih-lebih lagi dengan Azril yang selalu tak puas hati dengan layanan kedua ibu bapanya terhadap Aish.

''Awak jangan lupa Aish, syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami.'' Azril berkata yakin. Aish sudah ketawa terbahak-bahak. Ketawa yang sengaja dibuat-buat.

''Syurga di bawah tapak kaki suami yang sebaik Rasullullah saja kot. Kalau awak tu, layakkah?'' semakin pedas pula kata-kata Aish. Azril menghela nafas panjang. Dia ingin beralah tapi keegoaannya semakin mengila mendengar kata-kata Aish. Seolah-olah Aish sedang mencabar dirinya.

Azril menghentikan keretanya secara mengejut di tepi jalan. Aish terdorong ke hadapan dan dia menoleh pantas ke arah Azril yang sudah merah telinganya. Hati Aish berdebar tiba-tiba. Keterlaluan sangat ke kata-katanya tadi.

''Awak tak pernah bagi saya peluang tu pun Aish. Macam mana saya nak buktikan, bahawa saya mampu menjadi suami yang terbaik untuk awak. Ada saja alasan awak, setiap kali saya ajak berbaik. Macam sekarang ni, saya nak ajak awak keluar untuk berbincang dan menjernihkan perhubungan kita, tapi..sejak tadi, awak asyik cari salah saya saja.'' Sekali lagi Azril bersuara tegas. Suaranya bergetar dan giginya terasa berlaga atas dan bawah. Tubuhnya mengigil menahan amarah. Aish sudah kematian kata, dan dia sendiri bingung untuk memulakan kata-kata yang lemah lembut seperti kemahuan Azril. Aish juga punya rasa ego yang menebal dalam dirinya. Kalau Azril tak mahu beralah, kenapa dia pula yang harus beralah terlebih dahulu?

..............................

Mereka sampai di medan selera sebaik azan Isyak berkumandang. Niat nak balik sebelum Isyak, akhirnya terbabas juga, gara-gara perbalahan mereka yang asyik berterusan di dalam kereta. Mereka turun dan memilih menu hidangan kegemaran masing-masing. Aish memilih makanan yang tinggi kolestrol akibat hatinya yang masih mengelegak. Nak lepaskan stress, kononnya. Azril pula memilih nasi berlauk kerana belum makan sejak petang tadi.

Azril dan Aish mula makan sebaik air minuman dipesan. Mereka makan tanpa berbicara sepatah kata pun, manalah tahu, ada pula kata-kata yang bakal memutikkan kembali perbalahan mereka. Hati dan fikiran masing-masing hanya terhadap makanan, cuma sesekali saja mereka bertembung pandang, tanpa secubit pun senyuman.

''Ril! Ini baru betul dikatakan jodoh. Pi mai, pi mai kita berjumpa juga di sinikan.'' Sedang ralit keduanya menjamu selera, ada suara perempuan yang menegur. Aish dan Azril memangung kepala dan memandang wanita di hadapan mereka serentak. Aish sudah mencebik bibir. Azril juga sudah mengeluh perlahan. Hatinya berdongkol di dalam. Pasti Aish akan mengamuk lagi? Hatinya berbisik sendiri.

Nikah Tanpa CintaWhere stories live. Discover now