Part 7

10K 250 2
                                    

Masuk ke dalam rumah, Aish menuju ke biliknya tanpa menegur rakan-rakan serumah yang sedang melepak di ruang tamu dan menonton tv. Mata masing-masing memerhatikan Aish yang masuk ke rumah dengan penuh tanda tanya. Tiada salam, tiada lagi ramah mesra macam selalu. Menonong saja Aish melangkah dan masuk ke biliknya.

Di dalam bilik, Aish melepaskan punggungnya dengan kasar di atas katil. Hatinya berbelah bahagi. Tersentak hatinya dengan ayat-ayat Azril tadi. Terasa berdosa dirinya yang takkan dapat dimaafkan lagi. Redhakah Azril dengan apa yang sedang dilakukannya selama tiga tahun ini? Merahsiakan perhubungan mereka dan tidak tinggal bersama. Murkakah Allah akan dirinya yang sering membelakangkan suami. Dia buat semua ini kerana marahkan Azril yang selalu bersuara kasar dengannya. Azril sebelum ini, bukan Azril macam malam ini. Jauh bezanya Azril sebelum ini dan Azril yang di depannya malam ini. Kalau Azril nak berubah, takkan aku masih nak mempertahankan egoku ini? Aish bertanya hatinya sendiri.

Ah, aku solat Isyak dulu. Mohon petunjuk Allah. Mudah-mudahan aku mampu membuat keputusan dengan tenang selepas solat nanti. Aish terus berdialog di dalam hati. Dia kemudiannya melangkah masuk ke bilik air untuk menyegarkan diri serta mengambil wudhuk.

Usai solat, Aish memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg galas, termasuk pakaian untuk dipakai esok pagi untuk pergi bekerja. Dia nekad untuk menjadi isteri yang taat dengan suaminya selepas ini. Dia akan mengambil keputusan untuk berbincang dari hati ke hati dengan Azril malam ini.

Sebelum pergi ke rumah sebelah, Aish perlu memberi penjelasan kepada rakan-rakan serumahnya terlebih dahulu. Hati Aish gentar kerana takut akan ditempik oleh rakan-rakan serumahnya kerana merahsiakan perhubungan dia dan Azril. Agaknya, apa yang akan rakan-rakannya fikir dan apakah respon mereka?

''Hai semua...'' Aish memulakan kata selepas melabuhkan punggung di atas sofa. Hatinya jangan ditanya, macam nak terlompat keluar saja.

''Kenapa dengan kau ni Aish? Lain macam saja kami tengok.'' Suraya yang bertanya. Anis dan Sehah hanya mengangguk mengiakan kata-kata Suraya.

''Aku, aku..ada rahsia nak bagitau korang semua..'' Aish terlalu gugup untuk bercerita, namun dia langsung tiada pilihan.

''Wow..rahsia? Apakah rahsianya itu wahai saudari Rohatul Aish?'' Anis bermadah pujangga untuk meriuhkan suasana yang agak tegang, ditambah dengan mimik muka Aish yang nampak agak mengelabah ketika ini.

''Sebenarnya..aku dah kahwin..aku..''

''Oh..dah kahwin. Dengan Azril sebelah rumah tu kan?'' Suraya meneka dalam kesamaran. Aish mengangguk laju.

''What? Are you serious Aish? Kau tak buat lawakkan Aish? Kau dengan Azril tu dah macam kucing dengan anjing. Asal jumpa saja mesti nak mencakar, sorang asyik nak menyalak, sorang asyik nak mengiau tanpa henti..'' respon Suraya membuatkan Aish mengecilkan dirinya. Kecut perutnya mendengar Suraya bertempik menyoal dirinya.

''Nak buat macam mana, kami sejak kecil lagi memang macam tu, asal kami bersuara saja mesti bergaduh. Sebab itulah ibu dan ayah nikahkan kami, kononnya nak bagi kami berbaik. Dah tiga tahun kami kahwin, malam ni baru Azril buat keputusan untuk hidup macam suami isteri yang lain. Aku, aku nak pergi tidur rumah kami malam ni...lain kali aku cerita kat korang yer... Bye..aku pergi dulu.'' Aish menghabiskan kata-katanya tanpa memberi peluang rakan-rakannya mencelah dan Aish terus bangun dan berlari keluar. Melopong rakan-rakannya dan mereka hanya mampu memandang di antara satu sama lain setelah Aish menghilang di sebalik pintu.

''Aku tak mimpikan?'' Suraya menyoal setelah lama terdiam. Anis dan Sehah, hanya mengangguk sebelum topik Aish dan Azril menjadi perbualan hangat mereka malam ini. Lebih hangat dari filem yang sedang
mereka tonton. Wah..gempak gitu!

---------------------

Perlahan-lahan Aish masuk ke dalam rumah Azril. Malam masih muda dan pintu rumah belum dikunci lagi, kalau kunci pun Aish memang ada kuncinya. Ini rumah mereka yang dibeli bersama, cuma mereka mengambil keputusan untuk tidak bersama sepanjang tiga tahun ini. Seperti kata Azril sebelum ini, dia sedang memberi peluang kepada Aish untuk menerima dirinya sebagai suami. Dia pun tak menyangka, masa yang mereka ambil akan berlarutan hingga tiga tahun lamanya. Masing-masing keras kepala. Masing-masing tak mahu beralah dan suka sangat nak menegakkan benang yang basah. Sampai bila nak tegak? Nasib baiklah, malam ini Azril sanggup beralah dan Aish turut terpujuk melihat tingkah lakunya yang selamba itu. Aish pun, bukan nak jadi kepala batu, dia cuma takut Azril terus membuli dia macam selalu.

Aish masuk senyap-senyap dan melepak di ruang tamu. Jantungnya berlari laju. Ini kali pertama dia akan tinggal serumah bersama Azril. Memang pelikkan? Tapi, inilah hakikat kehidupan mereka. Kalau balik kampung, mereka tak pernah ditinggalkan berdua. Ada saja rakan-rakan atau saudara mara yang bertandang ke rumah. Walaupun mereka pernah tidur sebilik, namun tak pernah tidur sebantal. Setakat peluk dan cium tu, pernah juga Azril lakukan secara curi-curi. Sama ada secara bergurau, atau ketika Aish sedang nyenyak tidur. Azril juga ada perasaan dan keinginan.

Dia pun macam lelaki lain juga, asalkan berkesempatan, dia tak pernah melepaskan peluang tu. Walau pun begitu, mereka masih belum bersama sebagai suami isteri yang sebenar. Azril tak pernah meminta secara nyata dan Aish juga tak pernah terfikir untuk memberi secara rela. Masing-masing ada fikiran sendiri. Yang pastinya, masing-masing mempunyai ego yang sangat tinggi.

Nikah Tanpa CintaWhere stories live. Discover now