May, 2016...
Suasana sibuk di rumah mak long Munirah, cukup meriah dengan gelagat tetamunya yang berkunjung tiba. Beberapa bekas hantaran sudah siap di atas dulang dengan hiasan bunga-bungaan yang bertemakan warna biru laut dan putih. Beberapa minit lagi, mereka akan bertolak ke rumah Suraya untuk mengikat tali pertunangan antara Suraya dan Affandi.
Akhirnya, Suraya memahami perhubungan antara Affandi dan Azril. Mereka bukan sekadar berkawan baik, malahan ada hubungan darah juga. Sukarnya untuk memahamkan Suraya pada awalnya kerana dia tak mahu percaya bahawa sepupu Azril dan Affandi itu adalah orang yang sama. Puas juga Aish menjelaskannya.
''Aish..'' Azril memanggil Aish yang sudah semakin sarat perutnya itu.
''Ya..'' Aish menjawab sambil mendongak, hantaran yang cuba diambil dilupakan buat seketika. Dia menatap wajah Azril yang sudah merenung wajahnya.
''Biar orang lain saja yang buat. Aish tu bawa diri Aish sudah. Teruk sangat abang tengok. Termengah-mengah..jaga baby dalam tu saja. Ramai lagi orang yang boleh tolong.'' Tegas saja suara Azril kedengaran. Geram juga dia melihat tingkah Aish yang turut sibuk menolong itu dan ini.
''Alaa..bukan selalu pun, lepas bersalin nanti, nak kena rehat lagi. Bila lagi nak tolong, sementara masih kuat ini la, nak tolong pun.'' Aish berkata dan terus membongkok untuk mencapai bekas hantaran yang masih berbaki. Azril mengeleng kepala tanpa sedar dan mencapai bekas hantaran yang ingin diambil oleh Aish dan membawanya keluar. Terpana sekejap Aish memerhatikan Azril yang sudah berlalu pergi.
''Aduhh..'' Aish berpura-pura sakit dan memegang perutnya. Azril berhenti melangkah dan menoleh kalut.
''Kenapa? Sakit ke?'' Azril bertanya sambil berlari menghampiri Aish.
''Tak! Geram saja. Semuanya tak boleh. Awak dah sayang sangat-sangat ke kat saya?'' Aish menjawab dan tersenyum lebar. Direnungnya mata Azril minta jawapan. Azril mencerlungkan matanya.
''Saya sayang anak saya yang dalam perut awak tu. Kalau jadi apa-apa kat awak, anak saya pun terbabit sama. Faham!'' Azril masih berdalih. Cuba mempertahankan egonya. Senyuman Aish semakin lebar mendengar alasan Azril.
''Awak sorang saja ke yang sayang anak dalam perut ni? Habis tu, saya tak reti nak sayang dia?'' Aish tetap membalas kata-kata Azril.
''Kalau dah sayang, dengarlah cakap suami awak ni sama! Degil tak habis-habis.'' Azril masih bertegas dengan Aish. Tetap tak mahu mengalah.
''Sama saja dua-dua tu. Degil!'' terdengar suara Puan Habibah mencelah perbalahan kedua orang suami isteri ini. Aish dan Azril menoleh serentak dan Puan Habibah sudah tersenyum kepada keduanya.
''Sokong ibu sejuta percent. Tapi, Aish rasa abang lagi degil daripada Aishkan ibu?'' Aish masih dengan pendapatnya sendiri sambil menjeling Azril sekilas lalu sebelum menoleh ke arah Puan Habibah semula.
''Aish dengan Ril, sama-sama degil. Kalau tak dari awal lagi ibu dan ayah dah timang cucu. Agaknya, dah lama kami dapat main dengan cucu.'' Puan Habibah berkata lagi. Azril sudah tersengih dan menjungkitkan keningnya kepada Aish. Mencebik Aish melihatnya.
''Haa..dengar tu.'' Azril menyokong kata-kata ibunya dan mencuit Aish.
''Elehhh..bila pula Aish pekak?''
''Saya pun tak nak dengan awak, kalau awak pekak.''
''Awak tak nak sudah! Ada lagi orang yang nak!''
''Ingat awak sorang saja yang laku. Saya pun ada orang nak la!''
''Mula lagi? Aish..Azril..jangan sampai anak dalam perut tu degil macam mak dengan ayah dia sudahlah ya. Ibu tak nak cucu degil. Cukuplah dapat anak dan menantu degil berdua ni. Asyik bergaduh tak berhenti. Tapi, dalam bergaduh pun, boroi jugak perut tu.'' Puan Habibah mencelah lagi sambil tersenyum dan terus melangkah untuk keluar.
''Ibu!'' serentak Aish dan Azril bersuara.
FINALLYYYYYY TAMAT 💜💜