Part 4

11.4K 275 0
                                    

''Dah...masuk! Jangan nak keras kepala sangat. Degil tak habis-habis.''

Azril menguatkan suaranya sambil merenung Aish dengan pandangan tajam. Aish pula sudah mengetap bibirnya menahan geram.

''Nak ke mana lagi tu?''

Azril bersuara lagi bila melihat Aish menuju laju ke pintu pagar. Azril mengekori Aish dengan langkah yang laju juga.

''Awak ni kan...''

Azril tak menghabiskan kata-katanya, bila melihat Aish sudah mengelap air matanya.

''Masuk dulu, solat maghrib. Selepas solat, kita berbincang.''

Suara Azril mengendur dan semakin perlahan. Dia memaut jari jemari Aish dan ingin memimpin Aish masuk ke dalam rumah.

''Lepaslah! Tak payah nak tunjuk baik. Saya tahu, awak tak sukakan saya pun. Kalau awak rasa terpaksa, baik awak lepaskan saja saya dengan cara baik. Awak tak terseksa, saya pun tak terseksa. Settle masalah!''

Aish bersuara geram dan merentap tangannya dari gengaman Azril.

''Awak terseksa? Apa maksud awak Aish? Selama ini awak terseksa kerana menjadi isteri saya. Itukah maksud awak?''

Azril menyoal dalam suara yang bergetar. Dia baru ingin menyulam rasa sayang, namun..lain yang diharap, lain pula yang terjadi.

''Tak payah nak berpura-pura Azril. Awak sendiri tahu macam mana perhubungan kita selama ini. Asal bertegur saja, mesti kita bercakar, macam kucing dengan anjing. Awak tu tak pernah sedar, selama ini hati saya macam dah kena lapah.''

Dalam sedu Aish meluahkan suara hatinya. Tangannya yang memegang pintu pagar mengigil dan kakinya longlai untuk terus melangkah. Nak masuk ke dalam rumah Azril, dia takut bermacam fitnah yang akan muncul. Lebih takut lagi, tindakan Azril yang seterusnya. Dia tak tahu, apa yang bakal dihadapinya ketika hati mereka sama-sama sedang terbakar disaat ini.

''Rohatul Aish..dah lama sangat kita macam ni. Kalau awak dah jemu, saya pun sama Aish. Saya pun manusia biasa Aish, saya pun ada perasaan. Maghrib dah nak habis Aish, kita masuk dan tunaikan solat maghrib dulu. Lepas solat baru kita berbincang lagi. Tak apalah, kalau awak belum bersedia untuk masuk ke rumah kita. Lepas maghrib nanti kita keluar..boleh, kalau macam tu?''

Azril cuba mengawal suara dan cuba tersenyum dalam suasana tegang ini. Dia cuba berlembut dan beralah. Aish pula seakan terpujuk dengan kata-kata Azril dan terus mengangguk. Aish melangkah perlahan keluar dan menuju ke rumah sebelah. Azril hanya memerhatikan Aish sambil turut berjalan masuk ke dalam rumahnya.

------------------------------------
Azril memakai baju t shirt paling baru yang ada di dalam almarinya, seluar slack hitam dan menyembur minyak wangi ke seluruh tubuh. Sedikit minyak wangi disapu ke leher dan pergelangan tangan. Azril bersiul riang. Hatinya bahagia bukan kepalang bila Aish sudi untuk keluar makan malam bersamanya malam ini.

Manakala, Aish pula hanya menyarung t shirt lengan panjang yang dibelinya ketika dia sedang belajar di Universiti dulu. Baju t shirt yang sudah agak lusuh dengan seluar trek berwarna biru tua. Tiada sebarang minyak wangi yang disembur ke tubuh atau pakaiannya. Selepas mengenakan tudung arini bersaiz L, Aish terus keluar dan menanti Azril di depan pintu pagar rumahnya. Kepada rakan-rakan serumah dia memberitahu bahawa dia keluar untuk membuat perhitungan terakhir dengan Azril.

Azril keluar dari rumah dan mengintai ke rumah sebelah. Dia mencari kelibat Aish tanpa menyedari Aish sedang memerhatikan gelagatnya di depan pintu pagar. Aish ketawa perlahan melihatnya. Aish sendiri tak menyangka dia akan ketawa begini. Selama ini, Azril hanya membuatnya sakit hati dan rasa amarah yang membuak-buak setiap kali mereka bertemu muka.

''Oii..cepatlah! Sebelum Isyak nanti kita balik.''

Aish melaung dari pintu pagar selepas ketawanya reda. Azril terus tercengang selepas mendengar suara Aish dan berlagak selamba. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin, kemudian dia keluar semula untuk membuka pintu pagar.

''Tutup pintu pagar dulu!''

Azril menurunkan cermin kereta dan memberi arahan kepada Aish. Sambil menurut perintah, bibir Aish terkumat-kamit membebel.

''Nak makan di mana ni? Malam-malam pun awak pakai minyak wangi ke Azril? Nak keluar makan ke nak keluar date? Awak jangan tinggalkan saya pulak malam-malam ni, saya balik kampung report kat ibu karang.''

Sambil bertanya, Aish berceloteh panjang. Pening kepalanya dengan bauan yang masuk ke hidungnya, ditambah dengan bau penyegar udara dari dalam kereta.

''Hmm..memang nak keluar date pun.''

Selamba saja Azril menjawab sambil tersengih. Aish mengerut dahi, pelik betul dengan sikap Azril malam ini. Meremang saja bulu tengkuknya, seriau..kalau-kalau Azril sedang buang tebiat.

''Awak tak buang tebiatkan?''

Aish menyuarakan apa yang dia rasa. Azril berdecit geram. Tersentak hati dengan pertanyaan Aish.

''Awak memang dah tak sabar nak jadi janda berhiaskan? Senanglah awak nak cari penganti nanti, agaknya encik Zafri tu pun dah tak sabar nak pinang awak.''

Azril membalas pedas. Bunga-bunga perbalahan kembali berputik. Aish pula tak semena-mena tersenyum manis. Dia tak menyangka, Azril akan cemburu dengan bos mereka yang masih bujang tu.

''Yalah..mungkin jugak, tapi kesian pula dengan buah hati pengarang jantung awak tu. Menangis tak berlagulah dia nanti, kalau awak dah tak ada. Tak ada lagi tempat dia nak bergurau senda, nak bertepuk tampar.''

Giliran Aish pula berkata dengan nada sinis. Azril sudah menjeling tajam. Tak senang hati dia dengan sindiran Aish terhadapnya.

Nikah Tanpa CintaWhere stories live. Discover now