Part 10

9K 237 4
                                        

                 Sebulan tak bertemu muka dengan Azril, Aish rasa macam nak balik ke Selangor secepat mungkin. Dia tak tahu, kenapa perasaannya menjadi kucar kacir sebegini. Setiap malam, sebelum melelapkan mata, pasti dia akan menangis setiap kali teringatkan Azril. Ketika itu, dia terasa ingin berada dalam pelukan Azril dan ingin bermanja dengan Azril. Perasaannya benar-benar terdera. Sungguh, dia tak faham dengan perasaannya sendiri. Rasa sakit sangat dadanya, setiap kali kenangan bersama Azril terimbas dalam ingatannya. Hanya Allah saja yang tahu!

                ''Aish..kau dah dengar berita terkini. Dengar kata, hari ini ada pengurus baru dari Selangor dah transfer ke sini. Dari cawangan lama kita dulu.'' Suraya mencuit Aish yang sedang tekun bekerja. Skrin komputer di depannya ditatap bagaikan ada wajah orang tersayang di dalamnya. Tangannya lincah menaip perkataan demi perkataan.

                 ''Aku tak ambil tahu pasal orang lain. Kau macamlah tak kenal aku ni, macam manakan. Pengurus baru ke, bos baru ke, bukannya ada kena mengena dengan aku pun.'' Selamba saja Aish bersuara sedangkan matanya masih terus menatap skrin komputer.

              ''Betul ni, kau tak nak ambil tahu? Nama pengurus baru tu pun kau tak nak tahu ke?'' Suraya terus menerus mengasak soalan kepada Aish.

              ''Buat apa nak tahu, siapa pengurus baru tu, bukannya akan merugikan atau menguntungkan aku pun.'' Tegas sekali nada suara Aish. Suraya sudah tersenyum mengejek. Tak untung, tak rugilah konon. Aku nak tengok, terbeliak ke tak mata kau sekejap lagi. Suraya bermonolog di dalam hati.

             ''Aku dengar ceritakan, pengurus baru ni kuat menyalak tau. Kalau dia marah..huh, boleh terbang semangat. Dulukan..ada sorang kawan aku ni selalu sangat bertelagah dengan dia, sampaikan aku ni dah tak menang tangan untuk menegah mereka. Selalunya, aku yang jadi orang tengah untuk mendamaikan mereka. Entah apalah kawan aku tu...'' Suraya masih berceloteh dan terus memerhatikan riak wajah Aish yang masih tekun merenung skrin komputer sementara jari jemarinya masih rancak menari-nari di atas keyboard.

            ''Aku kenal ke kawan kau tu?'' Aish terkesan dengan cerita Suraya selepas beberapa detik. Dia menoleh juga ke arah Suraya tapi, Suraya pula malas untuk melayan Aish dan berlalu ke mejanya. Aish mencebik bibir melihat gelagat Suraya.

               ''Merajuk letew!..'' Aish bermonolog dengan diri sendiri dan terus menumpukan perhatian dengan kerjanya.

...............................

              ''Perhatian semua! Berhenti sekejap buat kerja!'' encik Iwan bersuara lantang. Ruang pejabat yang hanya mempunyai lima belas orang pekerja itu terus sunyi sepi dari sebarang suara atau ketukan keyboard.

              ''Saya nak memperkenalkan pengurus baru kita yang telah bertukar ke sini suka sama suka dengan encik Hamdi yang telah berpindah ke Selangor minggu lepas. Saya perkenalkan encik Muhammad Azril Bin Muhammad.'' Semua mata kini tertumpu ke arah encik Iwan dan pengurus baru. Beberapa orang pekerja lelaki bangun dan pergi bersalaman dengan pengurus baru mereka. Aish menoleh ke arah Suraya sambil membuat mimik muka masam. Serius, dia terasa sangat sebak melihat wajah Azril yang sedang berdiri di dalam pejabatnya ketika ini.

            ''Ada sesiapa nak tanya soalan kepada pengurus baru?'' encik Iwan bersuara lagi. Azril hanya tersenyum tanpa suara. Matanya meliar mencari seseorang, tapi Aish awal-awal lagi sudah menyembunyikan wajahnya di sebalik penghadang yang ada di depannya. Suraya sudah bergegar badan menahan gelak melihat gelagat Aish yang nampak agak mengelabah.

            ''Ada! Encik Azril dah kahwin?'' soalan yang agak nakal ditanya oleh satu-satunya gadis sunti di dalam pejabat ini. Siti Humaira yang sedang menunggu tawaran kerja dan hanya menjadi pekerja sementara sebagai kerani di dalam pejabat ini.

              ''Dah kahwin dah. Dah ada anak sepuluh orang pun.'' Selamba badak saja Azril menjawab dan bibirnya terus tersenyum. Siti Humaira mengeluh hampa, bukan kecewa tapi sengaja untuk berlawak, kononnya.

           ''Kenapa tu Humaira? Awak terlupa ke, awak tu dah berjanji untuk jadi isteri saya yang nombor tiga?'' encik Iwan bertanya dalam loghat Terengganunya yang pekat. Seisi pejabat riuh seketika dengan gelak dan ketawa.

            ''Encik Azril! Anak-anak encik Azril tu lelaki ke perempuan?'' Suraya tumpang sekaki untuk meriuhkan suasana dengan soalannya. Aish sudah mengebam bibir menahan geram.

             ''Oh..pasal tu, awak kena tanya sendirilah dengan isteri saya, sebab buat masa sekarang, kami baru saja merancang nak anak.'' Masih dengan suara selambanya, diikuti dengan ketawa perlahan yang keluar dari bibir Azril. Suraya turut ketawa sambil menjeling Aish dan membuat thum down.

            ''Hah..sudah! Tak ada soalan lain ke? Semuanya berunsur peribadi. Dipangkah soalan peribadi. Next question please!'' encik Iwan membuat keputusan tegas.

            ''Tak habis lagi ke sesi suai kenal? Kerja berlambak lagi nak buat ni!'' pekerja paling tua dalam pejabat, Puan Halimah pula menyoal. Seluruh pejabat menjadi sunyi sepi dan meneruskan kerja semula. Encik Iwan sendiri pun tak berani nak bersuara, kerana Puan Halimah adalah pekerja yang pantang dijawab kata-katanya.

Nikah Tanpa CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang