"Saya boleh tolong awak tapi dengan satu syarat. Awak perlu cari mayat saya. Selagi mayat saya tidak disemadikan dengan baik, selagi itulah saya akan terus berada di sini" kata Chaekyung pula. "Baiklah saya setuju tapi siapa nak tolong siapa dulu ni?" Jaehwan sedikit keliru. "Biar saya tolong awak dulu memandangkan awak yang mintak dulu. Jadi bagitahu saya apa perkara terakhir yang awak ingat?" belum sempat Jaehwan menjawab soalan Chaekyung, dia ternampak dua orang lelaki berkot makmal itu sekali lagi. "Menyorok cepat Chaekyung!" arah Jaehwan. "Diorang tak boleh nampak sayalah. Jangan risau" kata Chaekyung tenang. Jaehwan bersembunyi disebalik kereta sementara Chaekyung berdiri sahaja di situ. Dua lelaki itu berlari di hadapan Chaekyung tetapi mereka tidak dapat melihat Chaekyung. Tiba-tiba, Chaekyung perasan satu logo pelik pada kot makmal yang dipakai oleh mereka berdua. "Logo tu..."
Jaehwan keluar dari 'tempat persembunyian' dan terus mendapatkan Chaekyung. "Jaehwan awak perasan tak logo pada kot diorang? Awak tahu tu logo apa?" tanya Chaekyung tiba-tiba. "Logo pada kot diorang? Serius saya tak perasan tentang tu. Kenapa?" jawab Jaehwan. "Sebelum saya menghembuskan nafas terakhir, saya ternampak seorang lelaki berkot makmal putih dan terdapat logo yang sama macam tadi pada kot lelaki tu. Saya rasa diorang mungkin dari jabatan atau organisasi yang sama" maklum Chaekyung. "Takkanlah orang yang buru saya ada kena mengena dengan kes kehilangan mayat awak?" Jaehwan sukar mempercayainya. "Kita kena cari maklumat mengenai logo itu. Saya rasa kes kita pasti ada kena mengena" Chaekyung positif. "Tapi macam mana kita nak cari maklumat tentang organisasi itu melalui logo je? Saya tak tahu langsung rupa bentuk logo tu macam mana" kata Jaehwan.
"Saya akan lukis rupa bentuk logo tu dan tunjukkan kepada awak. Tugas awak pulak, awak perlu tanya orang ramai mengenai logo tersebut. Mana tahu diorang akan berikan maklumat yang kita nak?" cadang Chaekyung. "Saya suka idea awak tapi macam mana kita, maksud saya, saya nak dapatkan maklumat daripada orang ramai? Macam mana saya nak dekati orang ramai dalam keadaan saya yang macam ni?" tanya Jaehwan. "Jangan risau, kita bincang tentang itu kemudian. Sekarang ikut saya" pinta Chaekyung. "Ikut awak ke mana?" "Ke rumah saya" Chaekyung menjawab pertanyaan Jaehwan ringkas. Dipendekkan cerita, Chaekyung membawa Jaehwan ke 'rumahnya' yang terletak di bumbung sebuah flat usang. "Masuklah" Chaekyung mempelawanya. Jaehwan masuk ke dalam dan terus duduk di atas sofa buruk. "Takkanlah awak tinggal di sini?" Jaehwan bingung. "Ini bukan rumah saya yang sebenar"
"Saya jumpa tempat ni beberapa hari yang lalu dan saya rasa rumah kecik ni sesuai dijadikan tempat tinggal saya buat sementara waktu memandangkan rumah ni memang tidak bertuan" jawab Chaekyung sambil duduk di atas sofa mengadap Jaehwan. "Kenapa awak tak balik ke rumah awak yang betul?" tanya Jaehwan. "Apa gunanya saya balik ke rumah sendiri kalau mak,ayah, dan adik perempuan saya tak nampak saya? Dua hari yang lalu, saya dah pulang ke rumah saya tapi diorang bertiga tak nampak saya. Itu saya boleh terima lagi. Perkara yang saya tak boleh tahan dan buatkan saya sebak adalah bila ahli keluarga saya tangisi kehilangan saya dan diorang percaya yang saya masih hidup. Jadi, hari ke hari, mereka mengharapkan pihak polis menemui saya ataupun saya sendiri pulang ke rumah tu. Sebab itulah saya perlukan bantuan awak untuk cari mayat saya"
YOU ARE READING
Take My Hand [Malay Fanfic]
FanfictionSeorang mencari identitinya, seorang lagi pula mencari 'dirinya'. Itulah yang terjadi pada Jaehwan dan Chaekyung. Jaehwan merupakan penyanyi utama kumpulan Wanna One yang sedang meningkat naik ketika ini tetapi dia telah alami amnesia. Dia hanya men...