Jaehwan baru perasan Chaekyung tiada di situ. Jaehwan cuba mengangkat mayat Chaekyung. Dia meletakkan kepala Chaekyung pada ribanya dan tiba-tiba, tangan Chaekyung bergerak dengan sendiri. Jari-jemarinya mula mengenggam erat jari-jemari Jaehwan. Mata Chaekyung juga terbuka luas. "Chae...Chaekyung? Itu awak ke? Awak boleh masuk semula ke dalam badan awak?" tanya Jaehwan. "Terima kasih sebab dah tolong saya dari mula Jaehwan. Saya tahu dunia kita berbeza tapi saya gembira sangat-sangat dapat bersama awak. Selamat tinggal Jaehwan" lafaz Chaekyung. Matanya pula tertutup rapat. "Bangun Chaekyung Bangun!" Jaehwan cuba mengejutkan Chaekyung tetapi Chaekyung langsung tidak bangun. Dia meletakkan mayat Chaekyung semula dan menjerit memanggil nama Chaekyung. Dia yakin roh Chaekyung masih berada di dalam makmal rahsia itu. Namun tiada sahutan. Dia keliru dan buntu. Tidak mungkin Chaekyung hanya muncul dalam fantasinya semata-mata.
Malam itu, Jihoon membawa Jaehwan ke hospital untuk membuat rawatan susulan. Usai membuat rawatan, Jihoon membawa Jaehwan ke bumbung hospital. Dia menceritakan segala-galanya kepada Jaehwan. "Masa hari kejadian, kita ada konsert di Incheon tapi kau dan aku ada program tapi program yang berbeza. Selepas program masing-masing tamat, kita bergegas ke venue konsert tapi kau bergerak terlebih awal. Masa aku tiba di tempat kejadian, aku nampak kereta kau remuk teruk. Kau dan Manager hyung dah dibawa ke hospital. Apa yang aku perasan, orang-orang Celestial Being culik mayat perempuan yang bernama Chaekyung tu. Beberapa hari kemudian, aku mintak kebenaran daripada pihak pengurus untuk hiatus sekejap. Aku cakap aku nak pergi bercuti. Mujurlah aku dapat kebenaran memandangkan Wanna One takde aktiviti lain dalam minggu tu. Aku hiatus sekejap untuk siasat tentang Celestial Being"
"Aku jadi pelatih di Celestial Being supaya senang aku buat kerja. Part paling kelakar, ayah kau tak tahu pun yang aku ahli Wanna One jugak. Siasat punya siasat, aku dapat tahu pasal eksperimen Faust dan masa hari kejadian, aku pun ada. Aku nampak kau bertukar jadi raksasa dan terus melarikan diri. Pada waktu itu jugak, Ayah kau mulakan media play. Dia hebohkan pada pihak media kata kau dah mati dan mayat kau pulak akan dikebumikan di luar negara memandangkan mak kau tinggal di luar negara. Masa tu, industri kpop memang kecoh habis. Ramai orang yang berduka dan bersedih atas kematian kau sampai ada peminat kita hampir bunuh diri. Aku tak sanggup tengok peminat kita bersedih. Aku teringin beritahu perkara yang sebenar tetapi aku terpaksa teruskan lakonan untuk cari lebih maklumat" Jihoon berhenti seketika.
"Akhirnya aku berjaya mendapatkan maklumat tentang eksperimen Faust, makhluk Celestial Being, dan cara untuk kembalikan makhluk Celestial Being kepada asal" "Aku faham keseluruhan cerita kau. Aku cuma tak faham kenapa kau sanggup menyamar jadi pelatih di Celestial Being?" tanya Jaehwan. "Pertama, aku memang suka jadi pengintip ni. Kedua, aku tertanya-tanya kenapa Celestial Being culik mayat Chaekyung dan aku nak tahu apa tugas Celestial Being. Ketiga, untuk tegakkan keadilan dan bersihkan nama Wanna One, tak, nama kau sebab peminat kita memang kecewa dan sedih teruk bila dapat tahu yang kau dah mati" jawab Jihoon dengan tenang. "Terima kasih Jihoon sebab lakukan ini untuk aku dan para peminat kita. Jadi apa langkah kita seterusnya?" tanya Jaehwan. "Kau tak perlu kusutkan fikiran kau untuk itu. Ayah kau akan selesaikan masalah ini sendiri untuk kau. Kau tunggulah dalam masa 2 minggu ni" kata Jihoon dengan yakin.
YOU ARE READING
Take My Hand [Malay Fanfic]
Fiksi PenggemarSeorang mencari identitinya, seorang lagi pula mencari 'dirinya'. Itulah yang terjadi pada Jaehwan dan Chaekyung. Jaehwan merupakan penyanyi utama kumpulan Wanna One yang sedang meningkat naik ketika ini tetapi dia telah alami amnesia. Dia hanya men...