Wanna Ten

203 19 0
                                    

    "Perjanjian apa?" Chaekyung ingin tahu. "Nanti awak akan tahu jugak" Jaehwan tidak menjawab soalan Chaekyung sebaliknya dia mencari sesuatu berhampiran taman permainan itu. Nasibnya baik apabila dia menemui sebatang besi. 10 minit kemudian, orang-orang dari Celestial Being pun tiba. Mereka kelihatan seperti ejen khas. "Mari ikut kami pulang Tuan Muda Jaehwan" kata Ejen 1. "Aku akan ikut korang semua tapi dengan satu syarat; tolong tunjukkan mana Celestial Being sorok mayat Chaekyung" pinta Jaehwan. "Chaekyung? Siapa Chaekyung?" tanya Ejen 2. "Jangan buat-buat tak tahulah! Chaekyung tu pemandu kereta yang bertembung dengan kereta manager aku. Aku tahu orang-orang Celestial Being dah culik mayat dia" tegas Jaehwan. "Macam mana Tuan Muda Jaehwan tahu pasal tu?" Ejen 3 pula bersuara. "Itu tak penting! Yang penting sekarang, korang semua kena tunjukkan kat mana korang sorokkan mayat si Chaekyung tu"

  "Kalau tidak aku takkan ikut korang" ugut Jaehwan sambil mengoyang-goyangkan besinya. Ejen 4 menghubungi seseorang. Usai membuat panggilan, Ejen 4 menyampaikan sesuatu kepada Jaehwan. "Baiklah kami setuju asalkan Tuan Muda Jaehwan sanggup ikut kami" "Baiklah aku akan ikut korang tapi kalau korang tipu aku, aku takkan teragak-agak cederakan korang" ugut Jaehwan sekali lagi. "Chaekyung ikut saya" pinta Jaehwan. Dipendekkan cerita, keempat-empat ejen itu membawa Jaehwan ke satu tempat. Sebaik sahaja tiba di lokasi, Jaehwan terkejut. "Inikan rumah aku, kenapa korang berdua bawak aku ke sini?" "Ibu pejabat atau lebih tepat lagi makmal rahsia Celestial Being terletak di aras bawah rumah Tuan Muda Jaehwan " maklum Ejen 1. Mereka berempat membawa Jaehwan turun ke bilik bawah tanah yang terletaknya makmal rahsia Celestial Being. Chaekyung juga berada di situ tetapi sudah tentu yang lain tidak dapat melihatnya,

  Makmal rahsia itu tampak menakutkan. Terdapat pelbagai peralatan dan gajet yang pelik. "Selamat pulang anakku" sapa seorang lelaki. "A-Ayah?" kata Jaehwan sebaik sahaja ternampak seorang lelaki pertengahan usia. "Ya Jaehwan. Ini Ayah. Ke manakah kamu menghilang selepas eksperimen Faust tu?" kata Professor Joohwan, ayah Jaehwan. "Eksperimen Faust? Apa benda tu? S-Saya tak ingat apa-apa" kata Jaehwan. "Tak salah lagi kesan eksperimen tu dah jejaskan memori kamu. Tolong mainkan rakaman CCTV 4 hari yang lalu" arah Professor Joohwan kepada pekerjanya. "Tontonlah rakaman CCTV tu dan kamu akan tahu" kata Professor Joohwan kepada Jaehwan. Rakaman CCTV dimainkan. Di dalam rakaman itu, Professor Joohwan dan anak-anak buahnya sedang menjalankan satu eksperimen ke atas seorang lelaki. Lelaki itu dibaringkan di dalam tiub kaca yang terdapat cecair di dalamnya. Kemudian, para petugas yang lain menghidupkan sebuah mesin.

  Gas mula memenuhi tiub kaca itu dan lelaki itu tiba-tiba bertukar menjadi raksasa seakan-akan singa dan terus mengamuk. Raksasa itu tidak menyerang manusia. Dia hanya melarikan diri sahaja. "Itu...Itu saya?" Jaehwan masih ragu-ragu. Professor Joohwan menekan butang rewind dan menekan butang pause untuk Jaehwan melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Ternyata lelaki itu memang Jaehwan. Jaehwan berundur ke belakang kerana terlampau terkejut. Chaekyung juga turut terperanjat. "Ayah....Ayah cuba tukarkan saya jadi raksasa? Tapi kenapa?" tanya Jaehwan. "Ayah buat semua ni bersebab Jaehwan. Ayah nak selamatkan nyawa kamu. Kamu koma haritu dan doktor pula kata peluang untuk hidup hanyalah 50-50. Jadi Ayah bawak kamu pulang dan terpaksa jadikan anak Ayah sendiri sebagai bahan eksperimen" terang Professor Joohwan secara terperinci. "Okay saya rasa saya boleh faham bahagian tu"  

Take My Hand [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now