"Saya tak pernah tengok lambang ni tapi saya rasa ini bukan lambang biasa-biasa. Ini mesti lambang organisasi rahsia" Jaehwan positif. "Organisasi rahsia? Kenapa organisasi rahsia buru awak? Apa pulak organisasi tu buat pada hari kemalangan saya?" Chaekyung bingung. "Kemalangan? Maksud awak, kemalangan jalan raya?" tanya Jaehwan. Chaekyung hanya mengangguk. "It's okay, kita akan cari jawapan kepada semua persoalan ini. Btw, boleh saya tahu serba sedikit tentang latar belakang keluarga awak supaya senang saya jalankan misi saya esok?" pinta Jaehwan. Tanpa membuang masa lagi, Chaekyung menceritakan serba-sedikit tentang latar belakang keluarganya kepada Jaehwan. Keesokan harinya, pada pukul 2 PM, Rachel, adik perempuan kepada Chaekyung, baru sahaja keluar dari pagar sekolah. Memandangkan rumahnya tidak jauh dari sekolah, dia hanya berjalan kaki setiap hari. Rachel berjalan dengan perlahan sambil mengenangkan nasib kakaknya.
Dia sendiri tidak pasti sama ada kakaknya masih hidup atau sudah tiada. Dia sudah bersedia untuk menerima segala kemungkinan kerana dia sudah berjanji dengan dirinya untuk menerima takdir. Namun, dia risau akan ibu bapanya. Pasti sukar buat ibu bapanya untuk menerima berita buruk satu hari nanti. Tiba-tiba, kereta tanpa pemandu bergerak dengan sendiri. Rachel yang masih termenung sejak tadi tidak menyedarinya. "Hati-hati!" jerit seorang lelaki lalu terus menyelamatkan Rachel. Mujurlah mereka tidak alami sebarang kecederaan. "Awak okay?" tanya lelaki itu sambil menurunkan hoodienya. "Jae-Jaehwan oppa?! Tak...Tak mungkin!" Rachel terkejut dan terus berdiri. Dia nampak takut. Lelaki itu sebenarnya Jaehwan. "Kenapa awak nampak takut, Rachel? Kakak awak kata awak minat saya" "Macam mana awak kenal saya? Macam mana awak tahu tentang kakak saya? Awak bukan Jaehwan! Awak penyamar!" kata Rachel. Dia kelihatan cemas,
"Saya ni Jaehwan Wanna One yang sebenar. Kenapa awak kata saya penyamar?" Jaehwan bingung. "Jaehwan Wanna One dah meninggal sejak kemalangan tu!" kata-kata yang keluar dari mulut Rachel mengejutkan Jaehwan. Chaekyung yang berada di sebelah Jaehwan turut terperanjat. "Apa maksud awak yang Jaehwan dah meninggal? Saya ni Jaehwan yang sebenar. Saya masih hidup!" "Tak mungkin awak Jaehwan yang sebenar. Jaehwan Wanna One, bias saya disahkan meninggalkan beberapa hari yang lalu. Mayatnya pulak akan dikebumikan di luar negara" terang Rachel. Jaehwan tergamam. Fikirannya celaru. "Jaehwan, awak tarik tangannya dan biarkan dia pegang dada awak untuk buktikan yang awak masih hidup" arah Chaekyung. Jaehwan terus menarik tangan kecil Rachel dan biarkan tangannya merasai degupan jantung Jaehwan. Rachel tergamam. "Saya masih hidup dan saya Jaehwan yang sebenar. Saya alami amnesia dan saya perlukan bantuan awak"
Rachel menarik nafas dalam-dalam dan berkata "Ok sekarang Rachel percaya di depan Rachel ni Jaehwan oppa yang sebenar tapi kenapa Oppa perlukan bantuan Rachel? Dalam ramai-ramai orang, kenapa Rachel?" "Panjang ceritanya tapi Oppa akan ceritakan jugak...." Jaehwan membuka cerita mengenai dirinya dan Chaekyung. Pada awalnya Rachel tidak mempercayai kisah Jaehwan mengenai Chaekyung. Namun, selepas Jaehwan mengarahkan Chaekyung untuk menanggalkan sweaternya dan mengambil beg Rachel, barulah Rachel percaya. "Chaekyung unnie? Chaekyung unnie dekat mana? Kenapa Rachel tak boleh nampak Chaekyung unnie?" "Chaekyung unnie ada sebelah awak Rachel tapi Rachel tak boleh nampak atau dengar suara dia. Hanya Oppa yang boleh berkomunikasi dengan dia" jelas Jaehwan. "Baiklah, Rachel percayakan cerita Oppa jadi Oppa nak tahu apa daripada Rachel?" tanya Rachel. "Rachel tahu tentang logo ni?" Jaehwan menunjukkan sekeping lukisan.
YOU ARE READING
Take My Hand [Malay Fanfic]
Hayran KurguSeorang mencari identitinya, seorang lagi pula mencari 'dirinya'. Itulah yang terjadi pada Jaehwan dan Chaekyung. Jaehwan merupakan penyanyi utama kumpulan Wanna One yang sedang meningkat naik ketika ini tetapi dia telah alami amnesia. Dia hanya men...