"Tapi... saya mungkin tersilap Jaehwan! Awak tak perlu percaya kata-kata saya 100%" tegas Chaekyung. "Ada penjelasan logik lain ke selain penjelasan awak tadi? Walaupun saya tak tahu apa yang Celestial Being buat pada badan saya tapi saya yakin kesan sampingannyalah yang membolehkan saya berinteraksi dengan awak. Macam yang saya kata tadi, saya takde deria keenam. Kalau saya masih manusia normal, saya tak mampu melihat hantu ataupun makhluk halus" tegas Jaehwan sekali lagi. Chaekyung tergamam. "Kalau saya bertindak di luar kawalan, tolong jauhi saya. Saya tahu awak dah lama mati tapi saya masih boleh cederakan awak. Saya tak nak awak tercedera" pesan Jaehwan. "Tapi Jaehwan....." "Please Chaekyung, tolong jauhi saya atau lebih baik lagi tinggalkan saya kalau itu berlaku. Kita tak tahu seganas mana raksasa di dalam saya ni" tegas Jaehwan sekali lagi.
"Dengar sini baik-baik Jaehwan, tidak kira apa yang berlaku, saya tidak akan sesekali tinggalkan awak" tegas Chaekyung pula. "Tapi kenapa Chaekyung?" "Sebab saya nak luangkan setiap saat bersama awak! Sebelum saya terjumpa awak, saya rasa sunyi sangat-sangat. Keluarga saya, rakan-rakan saya, semua tak nampak saya. Hanya saya yang boleh nampak diorang. Saya ingin luangkan masa bersama diorang tetapi apakan daya, dunia kami berbeza. Semangat saya terus hilang selepas menyedari hakikat itu tapi sejak saya bertemu awak, saya rasa gembira dan kembali bersemangat. Walaupun kita tak mungkin bersama untuk waktu yang lama, saya tetap bersyukur dengan kehadiran awak di sisi saya. Sebab itulah, saya tak boleh tinggalkan awak tak kira apa yang berlaku" Chaekyung meluahkan isi hatinya. Jaehwan tersentak. Dia berasa terharu dan sedih pada waktu yang sama.
"Seumur hidup saya atau lebih tepat semasa saya masih hidup, tak pernah ada lelaki yang rapat dengan saya seperti awak rapat dengan saya. Saya tak pernah bercinta, saya tak pernah ada teman lelaki tapi bila bersama dengan awak, saya dapat rasakan semua itu. Bunyinya pelik tapi sejujurnya itulah yang saya rasakan sekarang. Kita berdua mungkin rapat sebab kita berdua sedang mencari sesuatu yang hilang tapi saya ikhlas berkawan dengan awak Jaehwan" ujar Chaekyung. Jaehwan menghelakan nafas berat dan berkata "Saya pun gembira bila berada di sisi awak Chaekyung. Sepanjang saya dikejar oleh Celestial Being, saya rasa hidup saya kosong. Saya tak tahu apa yang berlaku, saya tak tahu latarbelakang saya tapi selepas saya selamatkan awak, saya rasa gembira kerana ada juga teman untuk berbual walaupun sia-sia sahaja saya selamatkan awak haritu"
Chaekyung ketawa kecil mendengar ayat 'sia-sia sahaja saya selamatkan awak haritu'. "Walaupun itu perkara yang sia-sia, ada hikmah disebaliknya. Kalau awak tak selamatkan saya haritu, tak mungkin kita akan kekal bersama sehingga ke saat ini. Itu semua ketentuan takdir Jaehwan" "Awak betul Chaekyung. Takdir yang menemukan kita memandangkan kita berdua sudah kehilangan sesuatu. Jadi selagi kita mampu, selagi itulah kita akan berganding bahu mencari sesuatu yang hilang itu, betul tak?" jelas Jaehwan. Chaekyung hanya tersenyum. Tangan Jaehwan memegang tangan Chaekyung dengan spontan. Chaekyung terperanjat. Jantungnya hampir luluh. Tidak lama kemudian, jari-jemari Chaekyung mengenggam erat jari-jemari Jaehwan. Mereka menikmati detik itu sambil melihat bintang-bintang di langit. Keesokan harinya, Jaehwan dan Chaekyung berjalan kaki sekali lagi ke perpustakaan awam. Mereka ingin selidik latarbelakang Celestial Being dengan lebih mendalam. Ketika sedang melepasi kedai barangan eletronik, langkah Chaekyung terhenti.
YOU ARE READING
Take My Hand [Malay Fanfic]
FanfictionSeorang mencari identitinya, seorang lagi pula mencari 'dirinya'. Itulah yang terjadi pada Jaehwan dan Chaekyung. Jaehwan merupakan penyanyi utama kumpulan Wanna One yang sedang meningkat naik ketika ini tetapi dia telah alami amnesia. Dia hanya men...