"Kejar dia!" jerit seorang lelaki entah dari mana. Jaehwan terus melarikan diri kerana enam lelaki mula mengejarnya. Chaekyung pula tertinggal di belakang. Dua sekawan tadi mula melaporkan tentang Jaehwan pada pihak Celestial Being. Chaekyung mula rasa tidak sedap hati. Dipendekkan cerita, Jaehwan berjaya meloloskan diri daripada orang ramai dan terus ke sekolah Rachel. Sesi persekolahan telah berakhir tetapi Rachel didenda bersihkan kelas selepas tamat waktu sekolah. Oleh itu, Jaehwan berjaya bertemu dengan Rachel di kelasnya. "Sekarang Rachel bagitahu Oppa macam mana pulak Oppa boleh kemalangan? Oppa perlu tahu tu dengan cepat" gesa Jaehwan. "Haritu Wanna One ada konsert di Incheon tetapi Opppa datang lewat sedikit sebab Oppa ada program lain sebelum tu. Jadi Oppa ke venue konsert dengan manager Oppa. Disebabkan Oppa dah lewat, manager Oppa memecut laju dan cuba memotong kereta di hadapan"
"Malangnya, kereta Oppa bertembung dengan kereta dari arah bertentangan dan kereta tu sebenarnya..... kereta Chaekyung unnie" cerita Rachel betul-betul mengejutkan Jaehwan. "Jadi Oppa dan Chaekyung unnie memang bertembung sesama sendiri? Tapi macam mana mayat Chaekyung unnie boleh hilang ketika itu?" "Rachel tak tahu. Apa yang Rachel tahu, sebaik sahaja mak dan ayah Rachel tiba di lokasi kejadian, Chaekyung unnie tiada di situ" jelas Rachel. "Semuanya dah jelas sekarang. Aku dan Chaekyung memang terlibat dalam kemalangan yang sama" Jaehwan positif. Jaehwan mengucapkan selamat tinggal pada Rachel dan bergegas mencari Chaekyung. Dipendekkan cerita, Jaehwan dan Chaekyung bertemu di taman permainan. "Awak okay Jaehwan?" "Awak tak perlu risau tentang saya. Saya okay dan saya ada berita penting untuk awak" Jaehwan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh Rachel kepada Chaekyung.
"Maknanya saya betul tentang kemalangan tu" Chaekyung terkejut. "Ya awak betul dan naluri saya kuat mengatakan yang mayat awak bukan hilang secara misteri tetapi orang-orang dari Celestial Being dah culik mayat awak" Jaehwan positif. Chaekyung bertambah terkejut. "Tunggu sekejap.... Kenapa orang-orang dari Celestial Being culik mayat saya? Apa kena mengena saya dengan Celestial Being?" "Itu saya tak tahu. Apa yang pasti, Celestial Being memang dah culik mayat awak memandangkan lambang diorang benda terakhir yang awak nampak dan Rachel pulak kata mayat awak dah hilang semasa mak dan ayah awak tiba di lokasi kejadian" ulas Jaehwan dengan panjang lebar. "Kita kena ke ibu pejabat Celestial Being untuk tahu perkara yang sebenar tapi bagaimana?" "Awak tak perlu risau tentang itu Chaekyung. Biar saya yang uruskan" Jaehwan mengeluarkan duit syiling. Sebelum beredar, dia sempat meminta duit syiling daripada Rachel.
"Tunggu sini sekejap" Jaehwan meninggalkan Chaekyung sebentar dan terus ke pondok telefon berdekatan. 2 minit kemudian, dia kembali semula kepada Chaekyung. "Awak call siapa?" tanya Chaekyung. "Saya call pihak Celestial Being dan minta diorang tangkap saya" jawab Jaehwan selamba. "Tapi kenapa?!" "Sebab itulah satu-satunya cara untuk kita ke ibu pejabat atau makmal rahsia Celestial Being. Kita akan cari mayat awak di sana dan cari sebab kenapa diorang culik mayat awak" jelas Jaehwan. "Tapi awak macam mana? Awak tak risau ke kalau diorang apa-apakan awak sekali lagi?" tanya Chaekyung. Dia bimbang akan keselamatan Jaehwan. "Awak tak perlu bimbang tentang saya lagi. Saya yakin memori saya akan kembali pulih cepat atau lambat. Lebih baik awak fikirkan tentang diri awak, keluarga awak. Lagipun saya akan buat perjanjian dengan diorang" terang Jaehwan.
YOU ARE READING
Take My Hand [Malay Fanfic]
FanfictionSeorang mencari identitinya, seorang lagi pula mencari 'dirinya'. Itulah yang terjadi pada Jaehwan dan Chaekyung. Jaehwan merupakan penyanyi utama kumpulan Wanna One yang sedang meningkat naik ketika ini tetapi dia telah alami amnesia. Dia hanya men...