Part5(Enemy)

94 11 7
                                    

Pada suatu pagi yang hening.

"Hyunmi ah!! Ireona! Hyunmi!!! Jung Hyunmi!" sambil mengetuk kuali dan senduk, Jhope cuba mengejutkan Hyunmi.

"Oppa nak apa? Orang sakit kepala la." Hyunmi terus menarik selimut menutupi badannya.

"Ireona! Harini kan family reunion! Cepatla siap!"

"Orang tak nak join la!"

"ALA. TAHUN LEPAS KAU TAK JOIN! TAHUN NI JOIN LA! BANGUNLAH HYUNMI!"

"Aish! Yer la!"

Hyunmi bangun dari katilnya.

"Omma, appa dengan Taehyung dah tunggu dekat bawah. Nanti turun sarapan tau."

"Emm."

Hoseok terus pergi dari bilik itu. Hyunmi hanya termenung. Memikirkan apa yang terjadi di family reunion, 2 tahun lepas.

2 tahun lepas.

Di sebuah rumah agam

Hyunmi hanya duduk di penjuru ruang tamu. Kesemua ahli keluarganya sedang berseronok, hanya dia sahaja tidak mempunya rakan untuk bersembang.

Dari sudut jauh, ibu sedaranya Pn.Seong hanya memandang Hyunmi dengan menyampah.

"Ehh Leemin. Asal kau bawak anak kau tu? Tahu tak dia menyempitkan rumah ni?"

"Kakak ni, tak baik la. Dia anak saya tahu tak."

"Huh. Anak aku Soyeon lagi lawa, kurus, putih. Anak kau tu ada apa je."

"Omma, tak baik la kata macam tu. Dia masih lagi anak sedara omma." Cha Eunwoo, sepupu kepada Hyunmi mula menyampuk dalam masalah itu.

"Kamu jangan menyampuk ye Eunwoo. Suka sangat! Kamu tak payah nak bela sangat si Hyunmi tu. Dah la hodoh! Kamu jangan sesekali rapat dengan Hyunmi! Areso?!"

PRANG!

Bunyi gelas jatuh ke lantai.

Hyunmi terus berlari keluar daripada rumah agam itu. Kesemua ahli keluarganya hanya senyap. Terkejut dengan tindakan Hyunmi.

"Tengok tu? Adab dia pun takder. Kamu tak ajar dia ke Leemin?"

"Ahjumah! Jangan sebab mulut puaka ahjumah, keluarga kita berpecah belah. Ahjumah ingat, ahjumah tu bagus sangat ke? Suatu hari nanti ahjumah akan menyesal dengan kata-kata ahjumah sendiri! Omma, Hoseok naik bilik. Menyirap pulak duduk bawah ni lama-lama." Jhope terus keluar dari situ dan naik ke biliknya.

"Tengok apa omma buat. Rosakkan majlis ni. Teruskan la. Eunwoo malas nak masuk campur." Eunwoo juga keluar dan cuba mencari Hyunmi.

"Yah! Cha Eunwoo!!"

Di taman

"Hiks. Hiks. Ahli keluarga sendiri pun benci aku. Kenapa aku selalu dapat nasib yang malang? Kenapa?" Hyunmi terus menangis di bawah pokok itu.

"Kau tak payah nangis sangat la perempuan." Satu suara menegur Hyunmi.

"Kau nak apa Eunwoo. Nak kenakan aku? Tak puas lagi ke kau tengok aku kena kutuk dengan mak kau?" Eunwoo terus menjeling Hyunmi.

"Kau ingat aku ni kejam sangat ke hah? Haah, memang aku datang sini nak kenakan kau."

"Huh. Semua sama je. Aku rasa aku tak patut hadir dalam keluarga ni."

"Hm."

"Aku rasa sedih,sakit sebab tiada siapa nak berkawan dengan aku. Dekat sekolah aku ada seorang je kawan. Dekat sini pun sama, dengan ahli keluarga sendiri pun aku dibenci. Berdosa sangat ke aku ni?" Air matanya terus mengalir. Eunwoo hanya diam dan tidak bergerak sama sekali.

Ugly Where stories live. Discover now