Part6 (Who Are You?)

114 10 2
                                    

Di rumah Agam Keluarga Jung

"Tak sangka kamu boleh berubah jadi macam ni. Kamu tak bagi anak kamu makan ke Taekwon? Hah?" Tn.Jung masih tidak boleh terima kenyataan tentang perubahan drastik cucu kesayangannya itu.

"Saya pun tak pasti macam mana Hyunmi boleh jadi macam ni. Mungkin ini kehendak dia?" En.Taekwon hanya menjeling Hyunmi.

"Heol memang tak la aku nak bagitahu semua orang aku jadi macam ni sebab coklat tu. Ingat diorang semua ni akan percaya ke?" Kata Hyunmi dalam hatinya.

"Atuk sedih tak dapat jumpa Hyunmi yang lama, yang comel dan innocent. Haih harap kamu masih Hyunmi yang sama." Hyunmi hanya tersenyum dengan sikap atuknya itu.

"Pft. Comel kepala timun la." Kutuk Soyeon dalam hatinya.

"Atuk jangan risau, Hyunmi masih Hyunmi yang sama. Tak pernah berubah." Atuknya hanya menghadiahkan senyuman kepada Hyunmi.

"Baguslah. Atuk gembira kamu cakap macam tu." Atuknya terus memeluk Hyunmi. Kesemua mereka hanya terharu melihat drama atuk dan cucu itu.

Tiba-tiba seorang butler muda masuk ke dalam ruang keluarga dan memberhentikan drama tersebut.

"Maaf menganggu Tuan Jung. Makanan untuk para keluarga semuanya dah siap. Tuan sekeluarga boleh menikmatinya sekarang." Katanya lalu menunduk hormat kepada kesemua ahli keluarga Jung.

"Oh baguslah. Terima kasih Baekhyun. Ok. Mari kita semua makan?"

"Mari!" Sahut Jung sekeluarga.

Kesemua mereka terus pergi ke dewan makan untuk menjamu selera. Tinggal Hyunmi,Datuknya,Baekhyun dan beberapa orang sepupu perempuannya.

"Atuk, Hyunmi tak join majlis ni. Mianhe."

"Kenapa kamu tak join pulak?"

"Em. Hyunmi tak sihat sangat la atuk."

"Tsk. Mengada betul dia ni kan?" Soyeon berkata kepada sepupu perempuan nya yang lain.

"Biar la dia nak duduk dalam bilik pun. Dulu dia join bising pulak. Betul tak Daemin?" Kata sepupu perempuan yang bernama Hani.

"Entah kau ni Soyeon." Daemin membalas kata-kata Hani itu.

"Hish korang ni kan! Aku benci korang!" Soyeon menghentak kakinya lalu pergi meninggalkan dua orang sepupu itu.

Hyunmi hanya pelik melihat perwatakan Soyeon itu. Dia hanya mengangkat bahu dan sambung apa yang dibincangkan oleh dia dan datuknya itu.

"Tak per la atuk. Hyunmi makan dekat bilik je. Sebab Hyunmi nak ulangkaji. Bulan depan dah nak exam."

"Baiklah kalau macam tu. Baekhyun-shi." Tn.Jung memanggil Baekhyun a.k.a butler itu.

"Yer tuan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Baekhyun.

"Saya nak kamu hantarkan makanan di bilik Hyunmi."

"Baiklah."

"Hyunmi kalau kamu nak makan apa-apa mintak je dekat Baekhyun. Nanti mintak je ye."

"Nae. Terima kasih atuk." Tn.Jung hanya tersenyum dan meninggalkan Baekhyun dan Hyunmi di situ.

Suasana mulai kekok kerana kedua mereka senyap sahaja.

"Er. Saya naik bilik dulu."

"Cik Hyunmi tunggu!"

Baekhyun menarik tangan Hyunmi untuk menghalangnya daripada naik ke biliknya.

DUP. DAP. DUP. DAP

"Asal dia pegang tangan aku?!" kata Hyunmi dalam hatinya.

"JANGAN PEGANG!!" jerit Hyunmi.

Ugly Where stories live. Discover now