Di Taman
"Hello. Suga! Asal kau call hah?!"
"Heol kau ni. Tak perlu menjerit. Ni aku nak tanya asal rumah kau gelap ni? Korang sekeluarga buat kempen menjimatkan elektrik ke?" Kata Suga di talian.
"Eh kenapa kau pergi rumah aku. Aku satu family mana ada di rumah. Kami semua dekat rumah atuk aku. Family reunion. Mianhe."
"Oh yer ke. Ala aku baru nak bagi makanan dekat kau. Omma aku termasak lebih, so dia suruh bagi family kau. Em tak per la kalau macam tu."
"Em nanti aku belanja kau makan tau. Sorry sangat menyusahkan."
"It's okay. Janji belanja aku makan yang sedap-sedap tau! Kita berdua je tau!"
"Ok! Aku belanja kau! Kita berdua!"
"Ok annyeong!"
"Annyeong! Jaga diri!"
Talian diputuskan. Hyunmi yang baru hendak pulang ke biliknya ditarik oleh seseorang.
"Oh Soyeon-ah. Waeyo?"
"Tsk. Kau jangan ingat kau dah lawa kau boleh atasi aku. Heh kau ingat aku rasa tergugat ke dengan kau ni? Sedarlah sikit yang kau ni dulu hodoh, gemuk! Kau tahu tak yang kau ni sebenarnya fake? Berapa la kau bayar untuk plastic surgery ni kan?"
Hyunmi hanya diam. Dia menahan dirinya daripada mengeluarkan air mata.
"Kenapa awak benci sangat dengan saya ye? Waktu saya hodoh awak benci, saya dah tak hodoh awak benci. Awak nak apa sebenarnya Soyeon? Awak fikir saya nak ke semua ni?"
"Kau cakap senang la! Entah-entah dalam hati tu dah fikir banyak cara untuk mengoda lelaki. Dasar perempuan murahan! Sama je macam dengan mak kau tu! Murah!"
PANG!
Hyunmi terus menampar wajah Soyeon itu.
"Dalam kes sekarang ni, saya rasa tak perlu rasanya nak libatkan mak saya."
Hyunmi terus pergi meninggalkan Soyeon.
"HOI TAK GUNA! KAU JANGAN INGAT INI PENAMAT OK! INI BARU PERMULAAN!"
Hyunmi hanya berjalan tanpa menoleh ke belakang. Dia terus pergi ke perpustakaan yang terletak dalam rumah itu.
Dia menyorok disebalik buku dan menangis teresak-esak di situ.
"Aku benci hidup aku. Aku benci! Baik aku mati!"
Hmm Hmm Hmm Hmm~
Tiba-tiba Hyunmi terdengar seperti suara seseorang sedang ber'humming'. Dia pun mencari punca bunyi itu terhasil.
Kelihatan seorang lelaki memakai kot lusuh duduk di atas meja sambil membaca buku.
"Eh. Macam kenal je. Tu bukan ke pakcik yang bagi aku coklat dengan Taehyung tu?" katanya dalam hati.
Pakcik itu memusingkan kepalanya dan memandang Hyunmi dengan senyuman yang manis.
"Hyunmi annyeong!"
"Err annyeong pakcik." Dia mula mendekati pakcik itu.
"Pakcik buat apa dekat sini? Pakcik kawan atuk saya ke?"
"Ani. Pakcik ada terdengar yang seseorang ni benci dengan hidup dia. Jadi pakcik rasa macam nak tarik nyawa dia. Hm. Siapalah kan?" Hyunmi hanya menundukkan kepalanya.
"Kenapa dengan kamu ni? Cuba luahkan kepada pakcik. Mana tahu pakcik boleh tolong?"
"Saya ni berdosa sangat ke? Dulu saya gemuk,hodoh,hitam, semua benci saya. Nak kawan dengan saya pun takut. Tapi bila saya dan jadi macam ni. Saya dibenci lagi. Tak boleh ke kalau saya hilangkan rasa benci orang terhadap saya? Atau mereka nak tengok saya mati?"
YOU ARE READING
Ugly
FanfictionGemuk. Muka berjerawat. Kulit hitam. Itu sahaja kata-kata yang sering digambar untuk diri aku. Selalu dihina depan orang ramai, dijadikan bahan ketawa untuk manusia yang dikatakan sempurna. Tapi tidak mengapa, aku sudah biasa. ____________________...