"KISAH SERAM?!" Jerit mereka semua serentak.
"OH YEAH BABY!" Kata Hani.
"Tak nak! Aku tak suka!" Jerit Soyeon di hadapan wajah Taehyung.
"Hell. Berapa bulan kau tak gosok gigi?" Balas Taehyung sambil mengelap sisa air liur yang terdapat di pipinya itu.
Daemin yang baru sahaja hendak melarikan diri daripada bilik itu, tiba-tiba ditangkap oleh Baekhyun.
"Eh?! Apesal ada butler ni pulak?!" Jerit Daemin.
"En. Hoseok. Dia ni cuba melarikan diri daripada bilik ini."
"Bagus Baekhyun-hyung! Kau ingat kau boleh lari lepas kau buat kucar-kacir sampaikan kami berempat ni tak boleh tidur?!"
"Wait a second. Kenapa ada Baekhyun ni pulak?" Tanya Hani.
"Oh dia tidur dengan kami semua. Hoseok hyung yang ajak." Balas Eunwoo.
"Ouh."
"So, shall we start our 'bedtime story'?" kata Taehyung.
Kesemua mereka hanya pasrah, dan mula duduk dalam bulatan di atas lantai.
"Tak nak! Please la, tolong faham keadaan aku ni!" Kata Soyeon yang masih berdiri di tepi pintu.
"AH! Noona duduk diam-diam!" Eunwoo terus menarik Soyeon ke dalam bulatan berkumpulan mereka itu dan memaksanya supaya duduk.
"So siapa nak mula?" Tanya Jhope.
"Apa kata suruh Baekhyun hyung cerita, mana tahu dia ada kisah menarik ke? Dia kan dah tua." Kata Eunwoo
Baekhyun hanya memberikan jelingan kepada Eunwoo, lalu dia memulakan kisah seramnya itu.
"Em, cerita ni berdasarkan pengalaman saya sendi-"
"AHHHHHH!!!" Jerita Jhope secara spontan.
Kesemua perempuan di dalam bilik itu terkejut dengan jeritan Jhope itu.
"KENAPA KAU MENJERIT HAH?!" Daemin terus mengetuk kepala Jhope.
"Entah, cerita belum start kut." Kata Taehyung.
"Oh belum lagi ke? Aku ingat dah start. Baekhyun hyung boleh sambung. Mian." Baekhyun hanya mengeluh dan menyambung ceritanya yang tergantung itu.
"Untuk pengetahuan korang, ini cerita yang dialami oleh diri saya sendiri. Tak silap saya ia berlaku sewaktu seminggu selepas saya bekerja di rumah ni."
"Wah, so Baekhyun-shi baru bekerja lah dekat rumah ni?" Kata Hyunmi dengan teruja.
"Yep."
Eunwoo yang cemburu terus merapatkan dirinya dengan Hyunmi dan memeluk lengan Hyunmi. Taehyung yang berada berhadapan mereka hanya memandang dengan muka pelik.
"Hyung sambung!" Kata Eunwoo.
"Jebal berhenti." Kata Soyeon.
"Noona boleh senyap tak?" Eunwoo menjeling Soyeon.
"Shhh!" Hyunmi meletakkan jari telunjuknya di bibir Eunwoo untuk menyuruh dia supaya senyap.
"Ohh mama." Katanya sebelum jatuh pengsan di atas peha Hyunmi sambil tersenyum dengan kegembiraan.
"EUNWOO PENGSAN!! HANTU RUMAH NI MESTI DAH RASUK DIA!" Jerit Hani dengan cemas sambil berlari di sekeliling bulatan mereka itu.
"Eh perempuan, kau boleh duduk tak? Dah abaikan si tak guna tu pengsan, kau duduk balik!" Jhope mula memarahi Hani yang terkinja-kinja seperti monyet itu.
YOU ARE READING
Ugly
FanfictionGemuk. Muka berjerawat. Kulit hitam. Itu sahaja kata-kata yang sering digambar untuk diri aku. Selalu dihina depan orang ramai, dijadikan bahan ketawa untuk manusia yang dikatakan sempurna. Tapi tidak mengapa, aku sudah biasa. ____________________...