Di ruang tamu
"Atuk tak sangka kamu sanggup pukul makcik kamu ni." Kata Tn.Jung sambil memegang rotan yang dimilikinya sejak berkurun lama itu.
"Aduh duh duh duh. Sakitnya kepala ku ini. Sangat menyakitkan. Sakit dia tu sampai ke atas. Dia punya tak tahan tu 'ssup' naik ke atas." Kata Pn.Seong sambil memegang kepalanya yang berbalut itu.
Yang lain hanya memandang dengan muka poker mereka.
"Ahjumah, tu bukan ke iklan ubat gigi? Sekarang ni ahjumah sakit kepala, takde kena mengena lah." Kata-kata Hyunmi itu membuatkan Pn.Seong berasa malu. Dia sudah fikir, dia sepatutnya tidak mengunakan punchline itu kerana lawaknya pasti hambar juga.
"Eh suka hati lah! Ada kena mengena dengan kepala aku tahu tak?!" Marah Pn.Seong untuk menutup malunya.
Tn.Jung mengeleng kepala lalu melibas rotannya itu di atas meja, ini membuatkan mereka semua senyap dan berdiri statik di hadapannya.
"Atuk nak kamu semua minta maaf dekat makcik korang sekarang!"
"Em bukan makcik, auntie."
"Eih aku hempuk jugak la perempuan tua ni."
"Hehe sorry." Kata Pn.Seong sambil mengangkat kedua belah tanganya.
"Mak kau memang macam ni ke? Kuat perasan?" Tanya Taehyung kepada Eunwoo.
"Kau tak hidup sebumbung dengan dia lagi. Lama kelamaan kau akan jadi gila dan tidak terkawal. Sampai lembu pun kau boleh ingat tu kucing." Bisik Eunwoo.
PAP!
Rotan dilibas dihadapan mereka berdua.
"Minta maaf cepat!" Kata Tn.Jung dengan berangnya.
"Miane auntie. Kami semua tak sengaja."
"Hmm. Takperlah. Makcik maafkan." Katanya dengan lemah lembut. Kesemua mereka amat terkejut, begitu juga Baekhyun. Kerana selama ini mereka beranggapan bahawa Pn.Seong adalah seorang ahli sihir yang suka racun orang.
"Aigoo macam mana lah korang semua boleh pukul kepala makcik korang ni? Hahaha lawak betul." Bapa Hyunmi hanya ketawa melihat mereka semua.
"Oklah. Auntie nak pergi tidur dengan husband auntie. Sayang. Jom." Pn.Seong menarik tangan bapa Hyunmi.
"Woi Seong! Apesal kau tarik tangan aku?!"
"Apa ni abang. Abang kan suami saya!"
"Sejak bila pulak aku suami kau?! Kau ada masalah otak ke?! Lepaskan tangan aku! Sayang tolong!"
"HAHAHA PADAN MUKA APPA!" Hyunmi dan Jhope hanya ketawa melihat bapa mereka.
Kemudian muncullah Pn.Leemin, isteri kepada En.Taekwon a.k.a ibu kepada Jhope dan Hyunmi
YOU ARE READING
Ugly
FanfictionGemuk. Muka berjerawat. Kulit hitam. Itu sahaja kata-kata yang sering digambar untuk diri aku. Selalu dihina depan orang ramai, dijadikan bahan ketawa untuk manusia yang dikatakan sempurna. Tapi tidak mengapa, aku sudah biasa. ____________________...