BAB 3

1.5K 28 1
                                    

DIN menarik bagasinya keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hawa khatulistiwa milik Asia Tenggara cepat benar memberi salam. Nun di sana kelihatan sebuah Honda CRV, Kusyairi melambaikan tangan. Kusyairi datang dengan hanya berseluar Bermuda paras lutut, capal dan juga T-shirt bercap muka Cristiano Ronaldo.

Din sengaja meminta bantuan Kusyairi menjemputnya. Kepada emaknya telah ditinggalkan pesan supaya menunggunya saja di rumah. Din ada urusan penting yang mesti diselesaikan terlebih dahulu.

"Selamat pulang, bro," sapa Kusyairi sembari memeluk Din erat. Selepas itu bahu Din ditampar mesra. Rakan sekerjanya yang menyambung master di bumi Ratu Elizabeth telah pulang.

"Kerja berlonggok-longgok dekat ofis tu dah sedia menunggu, tuan pengurus. Jangan ingat sebab tuan pengurus dapat tajaan company settlekan master, tuan pengurus boleh lari dari kerja lepas balik ke sini," lanjut Kusyairi kemudian sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Kau tolonglah cover kerja tuan pengurus tu lagi. Bagi can tuan pengurus tu lepaskan lelah belajar dulu."

"Dah pencen. Baru kejap tadi pencen lepas nampak tuan pengurus," balas Kusyairi enggan kalah. Selepas itu matanya tanpa jemu menilik Din atas dan bawah. Lirikan Kusyairi sangat mendatangkan rasa tidak senang dalam hati Din.

"Apa?" sergah Din. Kalau Kusyairi memandang dengan cara begitu, adalah yang sedang Kusyairi fikirkan. Kebiasaannya hal yang menjurus kepada mahu mengusik Din.

"Kau tengah fikir apa?" sergah Din terus. Makin tidak senang hati dibuatnya bila melihat senyuman ada makna Kusyairi.

"Kau pergi gim?" Suara Kusyairi sangat serius. Tiada lagi kata ganti tuan pengurus yang digunakan.

Din angguk. Polos benar air mukanya ketika ini.

"Patutlah tangan dah nampak makin besar. Sebelum ni nampak tulang saja."

Jelingan Din tajam menikam anak mata Kusyairi. Ini kerana sekali lagi dia menjadi mangsa tilikan lelaki tersebut. Lagak Kusyairi sekarang seperti sedang menilik anak dara untuk dijadikan isteri. Itu yang Din tidak suka.

"Kulit makin cerah. Pakai Fair & Lovely ke?"

Din menjeling Kusyairi lantas tanpa malu, pintu Honda CRV Kusyairi terus dibuka. Din mengambil tempat di kerusi penumpang tanpa dipelawa. Membiarkan saja Kusyairi tergelak melihat muka cemberutnya.

"Bukan main lagi kau sekarang ya, Din. Kalah kulit perempuan dah kulit kau sekarang. Halus, gebu dan cerah."

"Jangan merepeklah, Kusyairi. Aku tak ada masa nak layan."

Besar ketawa Kusyairi. Suka sangat nampaknya bila dapat mengusik Din.

"Kau dah nak naik pelamin ke?"

Kusyairi cuit pula lengan Din. Keningnya dijongket tinggi di depan mata Din.

"Jangan-jangan kau yang naik pelamin dulu ni. Seri pengantin baru dah ada tu."

"Stop it, Kusyairi. Penat naik flight belum hilang. Kebas kaki aku pun masih boleh rasa lagi. Tak ada maknanya seri pengantin nak datang. Seri stres adalah. Kau nak rasa seri stres tu?"

Nampaknya tawa Kusyairi seperti takkan berhenti lagi. Senang benar hatinya dapat mengusik Din.

"Jangan terasa, Din. Kita dah lama tak jumpa. Bila jumpa ni, bertabahlah bila aku usik."

Diam saja daripada pihak Din. Sudah sedia maklum dengan perangai Kusyairi.

"Jadi kita nak ke mana ni? Balik rumah mak kau terus?" aju Kusyairi setelah puas ketawa. Raut wajahnya mulai serius.

KERINDUANWhere stories live. Discover now