BAB 6

1.3K 28 1
                                    

RASA rindunya pada Aliff sudah tidak tertanggung lagi. Ini kali pertama Aliff bermalam di rumah mak toknya lebih lama berbanding biasa. Setiap hari Hajar menghitung waktu. Penuh sabar dia menunggu Ahad menjelma. Kalau mengikut kiraan, ada tiga hari lagi sebelum Ahad menjelang. Tiga hari ini tidak ubah seperti tiga purnama. Kalau diikutkan rasa rindu Hajar yang tidak tertanggung ini, sekarang juga Hajar pecut keretanya ke Shah Alam.

Namun bila memikirkan Din sudah pulang, Hajar batalkan niat tersebut. Hajar usahakan juga bersabar. Hajar belum lupa perang mereka di dalam telefon beberapa hari lepas.

"Hajar."

Hajar mengangkat wajah. Baru sedar kalau Dani berdiri di sisi mejanya bersama senyuman lebar.

"Kak Hajar." Hajar sengaja membetulkan sebutan namanya. Dahulu pun Dani memang memanggilnya dengan nama Kak Hajar. Sekarang saja Dani gatal memanggil namanya terus tanpa sebutan kakak. Itu salah wahai Dani!

"Zaman adik angkat kakak angkat dah lama berlalu."

Pandai Dani menjawab. Sempat kelu lidah Hajar.

"Tapi kakak, tetap kakak Cikgu Dani," tegas Hajar sambil menyusun buku latihan pelajarnya. Dalam erti kata lain, Hajar buat-buat sibuk.

"Janganlah formal sangat, Hajar. Kekok saya ni bila Hajar panggil saya Cikgu Dani. Panggil Dani dah cukup."

Hajar menoleh ke belakang bila mendengar ada tawa kecil yang terdengar. Fatim yang ketawa. Membesar kedua-dua belah mata Hajar.

"Dah berapa hari tak nampak Aliff. Aliff sakit ke?"

"Aliff tak sakit, Dani. Aliff bermalam dekat rumah mak tok dia seminggu ni. Isnin depan, insya-Allah Dani boleh jumpa Aliff semula."

Tanpa dipinta, Fatim yang memberi jawapan bagi pihak Hajar. Bukan apa, Fatim kasihan dengan Dani. Hajar bukan hendak jawab soalan Dani. Lihat air muka Hajar pun, Fatim sudah dapat menduga nasib Dani macam mana.

"Rumah mak tok Aliff dekat mana?"

"Dekat Shah Alam. Tak jauh mana. Kenapa Dani tanya? Dani pun rindu Aliff?"

Mahu saja Hajar bangkit dari kerusinya dan bergerak ke kelas. Biarpun kelasnya akan bermula setengah jam lagi.

"Rindu juga nak tengok keletah Aliff."

"Keletah bondanya tak rindu sekali?"

Kurang ajar! Berani Fatim menduga Dani dengan soalan mengarut begitu.

"Kalau saya rindu pun Kak Fatim, bonda Aliff bukan nak terima rindu saya ni. Rindu saya ni dipandang sebelah mata saja."

Berpijar muka Hajar. Berpijar bukan sebab malu, tetapi sebab menahan rasa mendengar jawapan Dani. Semua ini salah Fatim. Fatim tidak sepatutnya menggalakkan Dani.

"Kalau Dani perlukan apa-apa pertolongan, beritahu Kak Fatim cepat. Kak Fatim tolong. Isi hati Hajar tu, Kak Fatim dah tahu selok-beloknya macam mana."

Aneh, Dani nampak tersipu-sipu mengalahkan anak dara. Setelah mengulum senyum ada makna, akhirnya bekas adik angkat Hajar itu berlalu pergi. Meninggalkan Hajar yang telah bersiap sedia melancarkan perang dingin terhadap Fatim.

"Kau ni kenapa?"

"Kenapa apanya?"

"Kenapa galakkan Dani? Kalau dia salah faham macam mana?"

"Apa salahnya? Kau dengan Dani single. Kalau dia salah faham pun, tak salah."

"Dani tu pangkat adik aku. Lagi satu, dia tu bujang, aku ni janda, Fatim. Mana sepadan teruna dengan janda nak digandingkan bersama."

KERINDUANWhere stories live. Discover now