Bab 2

619 20 0
                                    

Seawal pukul 7.30 pagi Ara bersiap-siap untuk ke kampus. Gadis itu hanya mekap ala kadar memandangkan set mekapnya berada di rumah Dee. Rumah sewa kawan baiknya yang dia huni selama sebulan. Pakaiannya juga ringkas. Pakai sahaja apa yang masih tinggal di dalam almari. Semuanya baju lama-lama. Baju yang baru semua ada dekat rumah Dee.

Hmm, ini semua sebab Eiyad. Kalau dia tak heret aku ke sini malam tadi, tak adalah aku kena bersiap awal untuk ke kelas. Kalau stay kat rumah Dee, waktu macam ni aku baru aje bangun tidur.

Ara merenung dirinya di cermin besar di sudut bilik. Rambutnya yang dibiarkan lepas dibetul-betulkan agar kelihatan lebih kemas. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, gadis itu melangkah keluar dari bilik.

Mata Ara membesar saat melihat Eiyad berada di depan pintu. Terkejut.

Eiyad menjatuhkan tangan yang ingin mengetuk pintu bilik Ara apabila gadis itu sudah membuka pintu. Wajah terkejut Ara dipandang.

"Sorry. I was about to knock."

Ara membalas pandangan Eiyad. Lengan disilang ke dada.

"Pagi-pagi ni, kau nak apa?"

"Kau nak pergi kampus kan?"

Gadis itu hanya mengangguk.

"Aku hantar kau."

"It's okay. Aku dah panggil Uber."

"Cancel it."

Ara pandang Eiyad dengan pandangan tidak puas hati. Dah mula dah... Dah mula dengan arahan mandatori dia. Hesy, rimaslah! Dari dulu sampai sekarang nak kawal aku. Control freak betul. Rungut Ara dalam hati.

"Aku tak nak gaduh dengan kau pagi-pagi ni. Boleh rosak mood indah aku. So please.... Uber aku dah tunggu kat bawah."

Ara melangkah pergi. Meninggalkan Eiyad. Malas nak buang masa bertikam lidah dengan lelaki itu.

"Tunggu kat bawah. I'll talk to your Uber," kata Eiyad sebelum berjalan pantas menuju ke tingkat bawah.

Ara terpinga-pinga. Apa masalah Eiyad ni? Aku nak pergi kampus dengan Uber pun susah. Kenapa dia tak menetap aje kat London? Semak betullah bila dia dah balik sini. Tak aman hidup aku.

"Ara..." panggil satu suara sebaik sahaja Ara menjejakkan kaki ke tingkat bawah.

Gadis itu terus berpaling. Memandang Cik Ina yang tersenyum manis ke arahnya.

"Jom breakfast. Mama Ara pun tengah tunggu tu," ajak Cik Ina.

"Tak apalah Cik Ina. Ara breakfast kat kampus aje."

"Jomlah... Cik Ina ada masak lontong kegemaran Ara."

Lontong? Ara telan liur. Lontong Cik Ina memang sedap. Tidak dinafikan. Mana-mana kedai pun tak boleh kalahkan lontong Cik Ina. Jam di pergelangan tangan dikerling.

"Tak sempatlah Cik Ina. Ara takut lambat sampai kampus. Jalan nak ke kampus tu hari-hari jammed."

"Awal lagi ni Ara. Baru pukul lapan. Kampus Ara tu tak adalah jauh mana. Cuma jammed aje. Kalau Ara takut lambat, suruh aje Yad hantar Ara naik motor."

Ara tersengih-sengih saat mendengar cadangan Cik Ina.

Naik motor dengan Eiyad? Memang taklah. Cik Ina ni macam tak faham-faham pula.

"Memang Yad nak hantar Ara naik motor pun. Malas Yad nak bawa kereta," kata Eiyad yang tiba-tiba muncul di ruang tamu.

"Oh, by the way, aku dah settlekan Uber kau. Lepas breakfast aku hantar kau ke kampus."

Pelangi Untuk AraWhere stories live. Discover now