Pagi itu, Ara bangun dengan hati yang gembira. Berseri-seri wajahnya. Siap menyanyi riang lagi. Nak tahu sebab apa? Sudah tentu sebab Lolo sudah menjadi miliknya semula.
Yeay!!!
Gembira sungguh gadis itu bila nampak Lolo depan mata, bila dapat pandu Lolo semula. Gembira yang tak terkata. Hilang segala rasa sedih. Hilang segala rasa kecewa, hampa dan yang sama waktu dengannya. Sebaik sahaja dapat kereta, gadis itu terus bawa Lolo ronda satu KL. Lepas rindu!
Oh, tapi sudah semestinya Eiyad tidak benarkan Ara meronda Kuala Lumpur seorang diri. Lelaki itu ikut sahaja kereta Ara dari belakang. Ke mana Ara pergi, Eiyad ikut. Dilayankan sahaja perangai gila-gila Ara yang memandu tanpa hala tuju.
Ara tak kesah pun Eiyad ikut dia. Tak rasa rimas sebab masa tu dia hanya fikirkan Lolo sahaja. Eiyad tidak dipedulikan. Lantaklah kalau Eiyad nak ikut dia sekalipun.
Gadis itu bersiap-siap ke kelas lebih awal daripada biasa. Bukannya sebab teruja nak dapatkan ilmu ke kelas tetapi teruja nak pandu Lolo ke kelas. Isy, isy, isy.... Teruk betul!
Senyuman terukir di bibir Ara saat melihat dirinya di depan cermin.
"Cantik juga baju ni. Sesuai dengan aku," kata Ara. Memuji baju yang dibelikan oleh Eiyad semalam, sewaktu Ara temankan Eiyad membeli-belah.
Rambut yang disanggul dibetul-betulkan sedikit agar nampak kemas.
"Okey. Perfect! Let's go to the class, Lolo," tutur Ara dengan nada ceria.
Kunci kereta dicapai. Kaki mula melangkah keluar dari bilik.
"Morning!" sapa Eiyad sebaik sahaja Ara menjejakkan kaki ke tingkat bawah.
Ara menoleh ke arah Eiyad yang sedang membetul-betulkan tali leher. Matanya sedikit membesar. Terpegun melihat Eiyad bersut lengkap warna kelabu. Nampak segak pula Eiyad pagi itu. Bergetar jantung Ara lima saat.
"Morning," balas Ara. Hari ini mood dia baik. Sebab tu dia rajin balas sapaan Eiyad.
Eiyad ukir senyum. Senang dengan respons positif daripada Ara.
"Jom breakfast," ajak Eiyad.
Ara angguk. Setuju.
Cik Ina yang sedang menghidangkan makanan di atas meja sedikit terkejut apabila Eiyad dengan Ara berjalan beriringan dengan wajah yang ceria. Satu situasi yang amat jarang untuk Cik Ina lihat. Tambah-tambah lagi wajah ceria Ara tu.
"Wah... berseri-serinya muka masing-masing. Ada apa-apa ke ni?" tanya Cik Ina ingin tahu.
Ara tersenyum nipis. Kerusi ditarik sebelum dia menjatuhkan duduk.
"Ada orang tu excited nak masuk ofis, Cik Ina...," kata Ara, mengusik Eiyad.
"Eh, kita pula... padahal dia tu yang excited dapat Lolo balik," balas Eiyad.
Ara mencebikkan bibir pada Eiyad di depannya.
Cik Ina melepaskan tawa. Hatinya senang melihat kemesraan Eiyad dengan Ara pagi itu.
"Jomlah makan sekali, Cik Ina," ajak Ara.
"Cik Ina dah makan tadi. Tapi tak apalah... Cik Ina temankan Ara dengan Yad," kata Cik Ina seraya menarik kerusi di sebelah Ara.
Cik Ina memerhati Eiyad dan Ara bersarapan. Hatinya disapa rasa bahagia. Kalau Yasmeen ada, mesti lagi seronok, tutur Cik Ina dalam hati. Terkenangkan Puan Yasmeen yang sudah beberapa hari tiada di rumah.
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Ara
RomanceKepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai Mr. Control Freak. "Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, ka...