Bab 9

451 7 0
                                    


Suasana di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf pada pagi itu tidak begitu sesak. Barangkali masih terlalu awal untuk penggemar kopi meluangkan masa di kafe itu. Ara membuang pandang ke luar kafe. Termenung jauh memikirkan gambar yang Dee tunjuk padanya semalam.

Wajah gadis itu tampak sayu. Hilang segala raut keceriaan di wajahnya. Diganti dengan raut kesedihan. Sejak semalam hati Ara resah dan gelisah tanpa henti. Perasaan yang menghimpit jiwanya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Ara tidak ke kelas pagi itu. Mindanya tidak mampu untuk fokus. Dia perlukan seseorang. Seseorang yang boleh dia kongsi apa yang dia rasa ketika itu, yang boleh dia luahkan segala-galanya. Dan seseorang itu sudah semestinya Huzair. Hanya Huzair.

Ara mengalihkan pandangan. Memerhati suasana kafe sambil mencari-cari kelibat Huzair. Hot Latte dicapai dan dibawa ke bibir sebelum disisip perlahan-lahan.

Gadis itu melambai-lambaikan tangannya ke arah Huzair yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe. Senyuman diukirkan nipis.

"Hey, what's up?" tanya Huzair seraya menjatuhkan duduk di hadapan Ara.

"Coffee?"

Huzair geleng. Tidak berminat.

"So, kenapa kau nak jumpa aku pagi-pagi ni? Aku baru ingat nak bangun lambat..."

"Sorry," ucap Ara. Rasa bersalah.

Huzair koyak senyum.

"It's okay. Demi kau, aku sanggup bangun awal. So, spill the beans," pinta Huzair. Tidak sabar ingin tahu.

Ara menarik nafas lalu dihela perlahan-lahan. iPhone dicapai lalu ditekan-tekan sebelum dihulurkan kepada Huzair.

Huzair mengambil iPhone dari tangan Ara.

Suasana sepi buat seketika. Huzair menumpukan perhatian pada skrin telefon.

"Itu bukan papa aku kan, Huzair?" tanya Ara dengan nada suara yang tidak yakin.

Huzair masih lagi mendiamkan diri. Dia ingin menidakkan tetapi gambar itu jelas menunjukkan Encik Yusof, papa Ara yang berpakaian lusuh.

Ara mengetap bibir. Reaksi muka Huzair sudah menjawab pertanyaannya. Wajah segera ditekup.

"Aku macam tak boleh terima tu papa aku," kata Ara, kembali memandang Huzair. Nada suaranya kedengaran lirih.

"Aku ingat dia happy dengan famili baru dia. Aku ingat dia abaikan aku sebab famili baru dia. Tapi..."

Ara menyebak rambutnya ke belakang. Mata gadis itu sudah mula berair. Menanti masa sahaja untuk tumpah.

"Kenapa? Kenapa Huzair? Kenapa papa aku kena hidup merempat macam tu? Mana pergi famili dia? Kenapa dia tak cari aku?"

"Kau boleh bayangkan perasaan aku tak Huzair? Aku hidup senang. Ada rumah besar untuk berlindung. Ada kereta mewah untuk pergi mana-mana. Ada pakaian yang cantik. Ada makanan yang cukup. Tapi... papa aku? Papa aku tak ada semua tu Huzair... Aku tak boleh bayangkan hidup papa aku selama ni."

Mutiara jernih mula mengalir di pipi Ara. Dibiarkan sahaja. Tidak mampu ditahan. Gadis itu tidak segan untuk menangis di depan Huzair. Dia pernah menangis lebih teruk daripada ini di depan lelaki itu. Waktu tu, papa dan mamanya baru sahaja bercerai dan papa Ara pergi tanpa ucapan selamat tinggal.

Huzair memberi ruang kepada Ara untuk menenangkan diri. Matanya diliarkan ke sekeliling. Mencari sesuatu. Tanpa sebarang bicara, Huzair bangkit dari duduk dan melangkah ke kaunter. Beberapa helai tisu dicapai sebelum dia kembali ke meja. Tisu dihulurkan kepada Ara.

Pelangi Untuk AraWhere stories live. Discover now