“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Balas Tan Sri Azir sambil menjenguk kearah pintu.“Lah kenapa tak cakap kamu nak datang Kimi? Mari masuk.” Pelawa Tan Sri Azir ramah.
“Saje nak buat surprise dekat bakal isteri saya. Uncle sihat?” Soal lelaki itu sambil tunduk mencium tangan Tan Sri Azir.“ Sihat Kimi. Nasib baik kamu datang ni, anak uncle ada dirumah, kalau tidak.
Meloponglah kamu.”
“Takapalah uncle, kalau dia tiada pun boleh saya sembang dengan uncle.”
Tan Sri Azir tersenyum. Dia berasa lapang dada kerana Erish tidak membantah dengan keputusannya itu. Dia tahu anak perempuannya tidak boleh hidup tanpa kemewahan. Isyraf Hakimi, lelaki yang bakal menjadi pelengkap hidup Erish Damia. Pemuda yang menyedarkan dia tentang khilafnya selama ini, pemuda ini jugalah yang telah membantu dirinya mendekati Islam.
Perkenalan 3tahun lepas semasa
dia terlibat dengan kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Kalau bukan kerana Hakimi menyelamatkannya dari kancah kehinaan, sudah pasti dirinya masih tidak insaf.“Uncle termenung jauh dah tu.” Hakimi berdehem mematikan lamunan Tan Sri Azir. Dia tersenyum kemudiannya. Dia sendiri tidak tahu, mengapa dirinya sanggup bersetuju untuk menikahi anak perempuan Tan Sri Azir meskipun dia tahu tiada sekelumit cinta untuk gadis itu, dan dia yakin gadis itu tidak akan menerimanya sebagai suami. Namun hatinya mendesak untuk menerima gadis itu menjadi suri dihatinya.
“Lah, taksengaja termenung pula. Maafkan uncle, kamu tunggu bawah ya. Uncle panggil Erish.”
“Woi brother !” Erish memandang tepat ke arah pemuda yang membelakanginya.
“Apahal mamat ni pakai kopiah bagai, pak lebai mana yang papa kaut jadi suami aku ni. Eiii.”
“Assalamualaikum Erish Damia.” Lelaki itu memusingkan badannya menghadap Erish dan menghadiahkan senyuman.
Namun senyuman termati disitu sebaik melihat susuk tubuh dihadapannya. “Ma oi, dia punya seksi tak ingat dunia aih, perempuan tak cukup kain ni nak jadi wife aku? Kasar bukan main, dia ni lelaki ke perempuan.
Pakaian serupa lelaki. Ada ke patut dia “Woi” kan bakal suaminya ni. Aduh.” Omel Hakimi sendirian.
Erish yang memakai singlet dan boxer mengangkat keningnya sedikit.
“Tadi bukan main meleret senyum. Ni apahal muka macam tempoyak basi ni?” Soal Erish Damia. Melangkah setapak ke arah lelaki itu.
“Tempoyak basi? Boleh tahan minah ni. Amboi muka suci ni dikata tempoyak basi.”
“Eh tak. Cuma saya terkejut je first time tengok awak. Sorry.” Balas Hakimi dengan nada yang lembut. Dia tersenyum melihat Erish Damia. Cantik.. Tapi lagi cantik kalau dia tutup aurat. Hakimi bermonolog di dalam hati. Pandangannya dikalihkan. Tidak mahu menambah dosa memandang yang bukan muhrim seksi sebegitu rupa.
“Hek eleh, nak cover konon.
Cakap jelah kau tu tergugat tengok aku kan? Well. This is me. Style hidup aku macam ni, bebas. So, jangan mimpilah nak ubah hidup aku.” Balas Erish dengan angkuhnya.
“Aku-kau? Nampak dah dia punya tahap menyampah dekat aku. Tak apa, sabar Kimi, kau kena tackle hati dia slow slow. Kau ada tugas khas bawa minah kerek ni kearah kebenaran.” Bebel hatinya lagi.
“Betul, mana ada cover.
Tergugat? Eh tak adalah. Lepas kahwin nanti, saya dapat juga kan. Free of charge lagi?” Hakimi mengenyitkan mata kepada gadis itu, sengaja mahu mengusik gadis sombong ini.
“Hello, apa kau cakap? Jangan haraplah aku nak bagi! Penumbuk karang dapat.” Erish sudah membuntangkan biji matanya. Nampak macam alim, gatal tak kena tempat.
“Saya bergurau je. Jangan lah marah, buruk muka tu nanti tau.”
“Biarlah buruk, muka aku bukan muka kau. Heh nak tanya, nama kau apa hah?” Erish menyoal kasar sambil mendongak memandang lelaki itu yang jauh lebih tinggi daripadanya. Makan apalah mamat ni, tinggi macam tiang.
“Minggu depan nak nikah, baru nak tanya nama? Dahsyat awak ni. Nama saya, Isyraf Hakimi Bin Ihsan. Panggil Hakimi dah lah. Or Kimi. Comel sikit. Kan?” Balas Hakimi sambil mengenyit matanya. Sengaja mahu menyakat gadis sombong itu.
Eh pak lebai ni ajak bergurau pula. Kau fikir kelakar? Heh. Tak rasa nak gelak pun lah.“Tak comel langsung. Macam nama jepun. Huh! So Isyraf, aku tak nak cakap meleret leret degan kau. Straight to the point. Aku setuju kahwin dengan kau sebab papa. Sebab papa yang desak aku terima kau.
Pernikahan ni tak effect apa apa pun dalam life aku, lepas kita kahwin, kau life kau. Aku life aku. Perkahwinan ni sebagai tiket untuk aku terus jadi anak papa. That’s all. Get it?” Erish memandang lelaki dihadapannya itu dengan pandangan menjengkelkan.
“Saya tahu awak memang tak boleh terima saya sekarang ni. Lama lama nanti awak akan terima juga lelaki comel ni jadi suami awak. We will see.” Balas Hakimi yang terkejut dengan layanan kasar daripada bakal isterinya. Namun dia redha, keputusan sudah dibuat. Majlis bakal berlangsung seminggu lagi. Mahu tidak mahu dia harus akur.
“Jangan harap lah gila! Memang tak lah aku nak jatuh cinta dengan kau. Dengan kopiah bagai, kau ingat aku suka? Sedar diri mamat kampung.”
“Mamat kampung pakai kopiah ala ala pak haji ni akan buat awak jatuh cinta, Erish Damia.”
“No. Sampai mati pun, kau tak akan berjaya. Kita akan tengok, siapa yang kalah.”“Alright then, we will see. Welcome to our game, Cik Damia.” Hakimi senyum sinis. Sengaja mahu mencabar gadis dihadapannya itu.
“You will lost Isyraf. Kau tak akan tahan dengan perangai aku. Kau tak akan tahan.” Erish meninggikan nada suaranya sambil berlalu pergi meninggalkan lelaki itu begitu sahaja. “Poyo betul mamat tu, kau ingat kau boleh senang senang nak tackle aku, heh memang tak lah.”
“Sombong sombong nak pergi mana. Ini Isyraf Hakimi lah. Aku mesti boleh punya buat kau jatuh sayang dekat aku.”
YOU ARE READING
Cerpen: Ustazku ROMANTIK !
RomancePapa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah. No I will not ! papa ingat Erish budak kecil? ikut telunjuk papa. Heh. memang tak lah pa. Suka atau tidak. Bulan depan Eri...