Selesai menunaikan solat subuh, Hakimi menyidai sejadah di tepi almari di sudut biliknya. Dia yang sudah bersiap siap ingin ke tempat kerja, kaget melihat Erish yang sudah terjengul di muka pintu biliknya. Dia berlalu mendapatkan si isteri.
“Awak buat apa jadi mak guard dekat bilik saya ni Erish? Tak pergi hotel?” Soal Hakimi kehairanan dengan sikap isterinya pagi itu.
“Tunggu kau.” Balas Erish malas tanpa secalit senyuman terukir di bibir.
“Aik? Tunggu saya? Awak demam ke? Takpernah pernah tunggu sampai saya habis solat, selalunya nak pergi mana mana menonong je keluar. Kan?”
“Aku nak kunci aku! Kau lupa ke semalam kau rembat kunci aku? Nak kena pelempang kau ni. Buat buat lupa pula.” Balas Erish bengang. Lelaki ini memang sengaja mahu memanaskan hatinya.
“Nak kunci rupanya. Lupa pula saya simpankan semalam. Bukan rembat, saya cuma tolong simpankan takut kunci ni merayap pula.” Ujar hakimi sambil menayang kunci kereta isterinya. Belum sempat Erish mahu menyambarnya, Hakimi terlebih dahulu menyimpan semula kunci itu di dalam poket baju kemejanya.
“Boleh tak kau bagi je kunci tu dekat aku cepat. Aku rimas tahu tak tatap muka kau ni.” Balas Erish kasar.
“Sabarlah, kita breakfast dulu okay? Saya dah siapkan air susu untuk awak. Come.” Ujar Hakimi sebelum berlalu ke dapur. Erish hanya mengikut. Sebal sungguh hatinya pagi pagi begini. Terasa ingin mencekik cekik leher suaminya kerana mempermainkannya lagi.
“Milk for you. Awak kata awak tak makan berat kan pagi pagi. So, saya buatkan air susu. At least perut awak tak kosong. Baru ada tenaga nak buat kerja. Baru sel sel otak tu bersambung.” Hakimi menghulurkan susu kepada isterinya.
“Selama ni sel sel otak aku tak berhubung ke?” Soal Erish bengang. Ada je mamat ni nak cari masalah.
“Berhubung tapi tak sepenuhnya, mungkin ada shot kat mana mana. Tu yang macam senget sebelah otak tu.” Balas Hakimi selamba.
Mendidih hati Erish Damia mendengar jawapan sindiran suaminya itu. Dia yang sememangnya geram dengan suaminya sedari malam tadi, lantas menyimbah air susu yang belum diteguknya lagi ke muka suaminya. Tersentak lelaki itu dibuatnya.
“Erish! Basah baju saya ni!” Hakimi yang tidak menyangka tindakan drastik isterinya itu mengibas ngibaskan bajunya yang sudah lencun itu.
“Padan lah muka. Lain kali sorok kan lagi kunci kereta aku. Jangan pernah berangan nak control life aku. Jangan pernah.” Balas Erish sambil tangannya dengan pantas mengambil kunci kereta daripada kocek baju Hakimi. Lelaki itu hanya diam tidak berkutik.
“Hari ni dia mandikan aku dengan air susu, entah esok lusa air longkang jadi santapan muka comel aku ni. Erish Erish.” Hakimi mengomel sendirian. Habis lencun kemejanya. Dia kemudiannya berlalu ke biliknya untuk menukar pakaian. Sungguh,tindakan Erish sukar untuk diduga.
YOU ARE READING
Cerpen: Ustazku ROMANTIK !
RomancePapa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah. No I will not ! papa ingat Erish budak kecil? ikut telunjuk papa. Heh. memang tak lah pa. Suka atau tidak. Bulan depan Eri...