“Sedap?” Soal Hakimi selepas dia menghabiskan suapan terakhirnya. Erish masih lagi menikmati fish and chip yang dipesannya. Berselera isterinya makan. Hatinya berbisik kegembiraan. Senang melihat isterinya seperti membuka sedikit ruang untuk dirinya.“Gila tak sedap? You tahu tak. I selalu datang sini. My favorite restaurant. I taktahu pula you pun pernah makan dekat sini. Dekorasi restoran ni unik. I suka sangat you tahu.” Balas Erish girang. Bahasanya juga sudah bertukar. Jelas Hakimi pelik dengan sikap isterinya. Namun dalam hati memanjat kesyukuran kerana isterinya sudah mula berlembut dengannya.
“I-you? Wah. Amazing.” Hanya itu yang terluah dari bibir Hakimi. Erish tersentak. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya bertukar bahasa dengan Hakimi. Seboleh mungkin dia membuat lagak selamba.
“Apahal kau ni? Aku cakap I-you sebab kita dekat tempat awam. So tak manis kan kalau orang dengar bahasa kasar yang biasa aku gunakan.”
“Ohh, tahu tak manis. Tahu kasar. Depan orang je cover. Dengan suami main lepas?” Hakimi menjongket keningnya sedikit.
“I don’t care about your feelings.” Balas Erish tanpa perasaan.
“Alright then. Teruskan lakonan mantap awak. Saya suka tengok.” Balas Hakimi lalu meneguk jus manga yang dipesan.
“Awak. Papa ada call saya siang tadi. Dia rindu sangat dekat awak. Since kita kahwin, almost 5months. Saya rasa awak dah takbalik sana lagi kan?” Hakimi bersuara memecah kesunyian antara mereka.
“So, apa kaitan dengan I? Dia punya rindu dia tanggung sendiri lah.” Erish sebal setiap kali Hakimi mengajaknya menziarahi papanya. Bukan sekali Hakimi mengajaknya ke rumah papanya. Sudah berbuih mulut lelaki itu. Erish masih lagi marah dengan tindakan papanya.
“Kaitan lah. Awak anak dia. Lupa? Nyanyuk? Amnesia dah?” Hakimi berseloroh membuatkan gadis itu mencubit lengannya sehingga dia mengaduh kesakitan.
“If you want to go, pergi sorang. Tak payah sibuk ajak I. I tak ada rasa nak lawat dia.”
“Sayang, tak elok sayang cakap macam tu. Saya tahu apa yang awak lalui selama ni. Tapi tak patut tau awak tak bagi peluang dekat papa betulkan silap dia. Papa dah banyak berubah.”
“Apa yang you tahu? Sakit I. I yang tanggung. You tak faham sebab you tak ada dekat tempat I. You tak tengok pederitaan seorang isteri bertarung nyawa sedangkan suami sibuk berfoya foya dengan perempuan lain. You tak faham.” Erish menghamburkan kekecewaannya. Jelas, Erish masih tidak dapat memaafkan semua kesilapan papanya. Hatinya sebak mengenangkan nasib mamanya yang diabaikan seorang suami.
“Awak. Cuba awak bagi peluang sekali je dekat papa awak. Saya yakin dia tak akan sia siakannya. Selagi awak masih mempunyai seorang ayah, awak hargailah dia. Jangan bila batu nisan dah terpacak. Baru awak nak meratap. Tak guna dah masa tu sayang.” Balas Hakimi cuba untuk meyakinkan isterinya yang bapa mertuanya sudah benar benar berubah. Dia tidak mahu melihat dua beranak itu bermasam muka bertegang urat berpanjangan.
“I tak boleh lupa apa yang papa buat dekat mama. Hati I sakit.” Nada suaranya sudah bertukar. Matanya seakan akan mahu mengalirkan air jernih. Namun sebolehnya dia tidak mahu nampak lemah dihadapan suaminya.
“Abang tahu, bukan senang kita nak lupakan apa yang pernah terjadi. But at least, sayang jangan buat papa seperti tak wujud. Dia rindukan sangat anak perempuan dia yang comel ni. Kita balik rumah papa esok ya sayang?” Hakimi memegang erat jari jemari Erish.
“No. I malas. Banyak kerja. Kalau you nak balik, pergi balik sorang. I dah kenyang. I tunggu you dalam kereta.” Erish bingkas bangun meningggalkan suaminya. Hakimi menghantar isterinya dengan ekoran mata. Sejurus kemudian dia bangkit membuat pembayaran.
YOU ARE READING
Cerpen: Ustazku ROMANTIK !
RomancePapa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah. No I will not ! papa ingat Erish budak kecil? ikut telunjuk papa. Heh. memang tak lah pa. Suka atau tidak. Bulan depan Eri...