“Awak. Minum air ni dulu.” Hakimi menghulurkan sebotol air mineral kepada isterinya. Inilah kali pertama dia menjejak kaki ke dalam bilik isterinya, kalau bukan kerana insiden tadi. Mungkin sampai bila bila dia tidak berpeluang menjenguk bilik Erish.
“Nak tukar baju. Keluar boleh tak?” Erish bersuara dingin. Langsung tidak memandang suaminya itu. Tiada ucapan terima kasih untuk Hakimi meskipun Hakimi telah berusaha menyelamatkannya.
“Boleh. Tapi minum air tu sampai habis dulu. Selagi tak habis saya tak nak keluar.” Balas Hakimi tanpa rasa. Dia terasa dengan sikap isterinya itu. Apa yang dilakukan untuk isterinya langsung tidak dihargai.
“Dah habis. Puas?!” Gelas itu dihentak kasar oleh Erish diatas meja kecil. Tidak ada rasa bersalah langsung dihatinya. Keras betul hati seorang Erish Damia.
“Hmm. Awak kenal siapa lelaki tu?”
“Tak pun.”
“Saya nak buat laporan polis awak tak bagi. Awak ada apa apa ke dengan dia?” Soal Hakimi pelik. Erish berkeras tidak mahu membuat laporan polis. Walhal lelaki itu cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
“Suka hati aku lah. Bukan dia sempat rogol aku pun. Dah lah, semak betul aku tengok kau ni. Keluarlah Isyraf!” Erish menolak sekuat hati suaminya yang hanya duduk di sudut katilnya itu sehingga lelaki itu terjatuh ke bawah. Erish tidak mahu memanjangkan cerita dengan membuat laporan polis. Dia mahu melupakan peristiwa itu.
“Awak ni Erish. Dah hampir nak kena ngap dengan buaya pun masih lagi tak berubah perangai tu. Saya ingat, ego dalam diri awak tu berkurang lah sedikit. Ni tidak, makin tinggi kalah klcc.”
“Isyraf. Aku tak suruh pun kau datang selamat kan aku. Yang kau sibuk sibuk ikut aku sampai ke club kenapa. Lantak lah aku nak macam mana pun!” Balas Erish dengan angkuhnya.“Awak. Satu saat nanti, awak akan berterima kasih dekat saya. Sebab jadi suami awak. Saya buat semua ni untuk awak. Kalau awak jijik tengok muka ni sekali pun. Tolong jangan biarkan orang lain sesuka hati sentuh awak. Tolong jaga maruah diri awak Erish.” Ucap Isyraf dalam nada kekecewaan. Dia bingkas bangun menuju ke biliknya.
“Whatever! Kau tu bodoh! Sebab hadap sangat nak kahwin dengan aku. Tak lama lagi, kau akan ceraikan aku Isyraf!” Belum sempat lelaki itu melangkah keluar, Erish mencampak bantal peluknya kearah suaminya. Sebal sungguh dengan bicara suaminya. Hatinya sakit mendengar kata kata nasihat suaminya.
YOU ARE READING
Cerpen: Ustazku ROMANTIK !
RomancePapa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah. No I will not ! papa ingat Erish budak kecil? ikut telunjuk papa. Heh. memang tak lah pa. Suka atau tidak. Bulan depan Eri...