Bab 18

16.8K 417 8
                                    

Sudah seminggu Tan Sri Azir pergi menghadap Ilahi. Selama itu juga Erish berkurung di dalam biliknya tidak mahu bercakap dengan Hakimi. Semasa menghadiri majlis tahlil arwah papanya, dia juga hanya mendiamkan diri. Sesekali, Hakimi lihat isterinya mengalirkan air mata jernih.

Hatinya dipaut kesayuan.

Sungguh, meskipun dirinya turut terkesan dengan apa yang telah terjadi, namun dia tidak tegar membiarkan isterinya berkeadaan begitu.

Pintu bilik Erish dikuak perlahan dari luar. Erish yang baru sudah membaca Yassin untuk arwah papanya menoleh sekilas kearah Hakimi yang sedang mengatur langkah kearahnya.

“Maafkan saya masuk tanpa izin. Saya ketuk banyak kali tadi, tapi awak tak menyahut pun.” Tegur Hakimi memulakan bicara. Dia sudah duduk bersimpuh di sebelah isterinya.

“Tak apa.” Dia tunduk memandang lantai. Fikirannya kosong tika itu.

“Awak. Awak kenapa senyap je? Maksud saya, kenapa awak terkurung je dalam bilik ni? Taknak cakap dengan saya. Awak dah benci kan saya?”

“Mana ada. I tak benci kan you pun. I just nak bersendirian. I tak nak sesiapa kacau I buat sementara waktu.” Balas Erish tanpa menoleh kearah suaminya yang sedang merenungnya sedari tadi. Nada suaranya juga sudah tidak kasar dan membentak seperti selalu.

“Awak. Pandang saya kejap.” Hakimi menyentuh dagu isterinya. Kedua dua tangannya kemudiannya memegang erat bahu isterinya dikalihkan untuk memandangnya. Erish mendongak sedikit.

“Erish Damia. Saya, tak sanggup nak tengok kesedihan awak. Saya tak kuat kalau awak terus terusan hukum diri awak macam ni. Saya tak boleh sayang.”

Hakimi meluahkan rasa hatinya dengan jujur. Erish terharu melihat kesungguhan Hakimi untuk memujuknya. Dia melarikan diri daripada Hakimi kerana dia merasakan dirinya begitu kotor untuk di dampingi lelaki semulia Hakimi.

“I minta maaf kalau you rasa I nak jauhkan diri dari you. Demi Allah. I tak ada niat langsung nak buat you terasa. I tak bersedia nak berhadapan dengan you. I malu dengan diri I. I tak layak untuk you Isyraf. Tak layak.”

Erish bersuara bersama linangan airmata kekecewaan. Ya, dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana selama perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun dia mengganggap Hakimi sebagai suaminya.

“Hei, apa ni cakap macam tu. Tak awak tak. Jangan fikir macam tu. Awak isteri saya yang sah. Tak ada isitlah layak atau tak. Awak milik saya. Selamanya Erish.”

Tangan sasanya menyeka airmata si isteri. Erish hanya membiarkannya sambil memejamkan kejap matanya.

“Isyraf. I minta maaf. I minta maaf dari awal perkenalan kita sampai sekarang, sebab I dah banyak sakitkan hati you. Kurang ajar dengan you. Nafikan hak you sebagai seorang suami. I jahil sangat Isyraf. I banyak sangat lukakan hati orang orang yang sayangkan I. I hate my self.”

“Sayang, saya dah lama maafkan awak. Saya tak nak awak ungkit lagi hal tu. Kalau awak nak tahu, saya tak pernah berhenti berdoa di setiap solat saya supaya Allah lembutkan hati awak. Untuk kembali ke jalan Allah. Untuk terima saya sebagai seorang suami, bukan hanya suami atas kertas. Saya takpernah missed sebut nama awak dalam doa saya, tau.” Hakimi tunduk mencium kepala isterinya yang ditutupi telekung yang dipakai oleh Erish

“Kenapa you baik sangat? Banyak sangat dosa I dekat you. Dekat papa.” Soal Erish hiba.

“Sayang, kan abang pernah cakap. Abang tak akan give up nak pujuk sayang, bimbing saya.

Sebab abang yakin. Isteri abang yang comel ni. Walaupun dia kasar, dalam hati ada taman taman bunga. Walaupun bicara dia menyakitkan hati, tapi ada kejujuran disebalik kata kata dia.

Cerpen: Ustazku ROMANTIK !Where stories live. Discover now