Hakimi memberhentikan keretanya dihadapan sebuah club di ibu kota itu. Sebelum Erish keluar, sempat dia membaca pesanan ringkas yang dikirim oleh rakan isterinya yang menyatakan tempat pertemuan mereka. Hakimi memang berniat mahu menjejaki isterinya kerana sudah hampir pukul3 pagi isterinya masih tidak pulang ke rumah. Hatinya berdetik keresahan. “Kenapa Erish selalu buat abang risau ni.” Enjin dimatikan, lelaki bertubuh tinggi lampai itu keluar dari perut kereta dengan wajah mendung tanpa senyuman terukir di bibir.
“I pegang sikit je, bukan pegang banyak pun. Jom, ikut I. Kita check in mana mana hotel.” Erish Damia sudah berada dalam pelukan seorang lelaki berpangkat datuk berumur dalam lingkungan 60 tahun. Erish menyesal kerana dia menyuruh rakan rakannya pulang terlebih dahulu kerana dia ingin bersendirian bagi mengelakkan bersemuka dengan Hakimi. Dia berkira kira untuk pulang ke rumah esok sahaja. Namun, lain pula jadinya.
Sewaktu dia ingin keluar mendapatkan keretanya. Tiba tiba pinggangnya dirangkul kasar oleh seorang lelaki.
“Lepaskan aku lah orang tua misai tebal gigi busuk!” Erish cuba meloloskan diri namun kudrat lelaki tua itu menghalangnya.
“You tahu tak I dah lama perhatikan you dekat sini. Apa salah nya we have fun. You pun mesti dah try macam macam jenis lelaki kan?” Lelaki itu mencuba untuk memegang pipi Erish namun ditepis kasar oleh Erish. Meremang bulu romanya. Heh. Dasar orang tua tak sedar diri.
“Kau ingat aku macam perempuan murahan yang lain ke? Aku ada maruah! Aku ada suami. Leave me alone!! Or nak aku jerit.” Erish sudah mula mahu menjerit sekuat hati namun lelaki itu menekan lehernya sekuat hati sehinggakan Erish tidak boleh bernafas dengan baik.
“What are you trying to do with my wife?!” Hakimi bertempik sehinggakan lelaki itu tergamam. Puas dia mencari isterinya, namun tidak ditemui. Mujurlah hatinya tergerak untuk kesitu apabila mendengar seperti suara orang bertengkar.
“Kau.. siapa?” Soal lelaki tua itu kehairanan. Namun tangannya tidak lepas merangkul pinggang Erish Damia.
“Aku. Suami dia.” Balas Hakimi keras. Matanya mencerlung memandang lelaki itu. Hatinya mendidih kepanasan melihat isterinya dipegang oleh lelaki lain. Naluri lelakinya tercabar.
“She’s my wife. Lepaskan dia atau aku patah patah kan tulang kau.”
“Perempuan murahan ni isteri kau? Dia dah nak jadi santapan aku pun. Kan sayang?” Balas lelaki tua itu sambil mengusap-usap pipi mulus Erish.
“No. Dia tipu. Abang. Help me.” Erish berasa lemas berada di dalam pelukan lelaki miang itu. Mujurlah Hakimi datang tepat pada waktunya. Dia sudah mula mahu menangis.
Tanpa berlengah Hakimi menyepak kaki lelaki tua itu sehingga terhumban ke lantai. Dengan pantas dia menarik tangan Erish dan membawa isterinya di belakangnya.
“Sekali lagi kau cuba kacau isteri aku! Nahas kau aku kerjakan. Sampai mati aku cari.” Ujar Hakimi sebelum dia melepaskan sepakan tepat ke perut lelaki itu. Dengan segera, dia berlalu ke arah kereta sambil mengendong isterinya yang kelihatan trauma itu.
YOU ARE READING
Cerpen: Ustazku ROMANTIK !
RomancePapa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah. No I will not ! papa ingat Erish budak kecil? ikut telunjuk papa. Heh. memang tak lah pa. Suka atau tidak. Bulan depan Eri...