Prolog

11.7K 305 22
                                    

"Saya sayang awak Fendy. Sampai hati awak buat saya macam ni." Sayu suara Raisya memujuk. Lengan Affendy yang beralas kemeja lengan panjang cuba dipegang.

"Hish!" Affendy mendengus. Lengannya direntap kuat.

"Kau jangan sentuh aku. Aku tak suka! Kau balik rumah, kau cermin dulu muka kau tu!" Dahi Raisya ditunjal dengan jarinya.

"Malaslah aku layan kau ni!" Rungut Affendy sebal.

"Tapi.. dulu.. awak kan sukakan saya. Awak cakap.." Tersangkut-sangkut suara Raisya menahan esak tangis yang hampir terhambur.

"Itu dulu. Dulu!! Kau ni memang jenis perempuan tak faham bahasa agaknya." Mata menjeling wajah bujur sireh Raisya di sisinya yang sudah lencun dengan air mata. Tangan naik bercekak pinggang.

"Aku cakap elok-elok, kau tak nak dengar." Ngomel Affendy perlahan.

"Cik Amalina Raisya.. Tolong yer, buka lubang telinga kau tu luas-luas. Aku datang sini sebab nak cakap dengan kau yang aku bakal berkahwin. Kau bawa haluan hidup kau sendiri. Aku dengan hidup aku." Ujar Affendy Ebrahim tegas.

"Aku tak nak lagi lepas ni, kau terhegeh-hegeh cari aku atau call aku." Affendy berpaling ke belakang. Ingin melangkah meninggalkan perempuan yang pernah bertakhta di hatinya satu ketika dahulu.

"Sampai hati awak. Apa salah saya? Apa kurangnya saya?" Ngongoi Raisya tak berkesudahan. Hilang sudah malunya. Yang dia tahu sekarang, dia sangat sayangkan Affendy, melebihi segala-galanya.

Terhenti langkah Affendy. Kepala ditoleh ke belakang memandang Raisya yang sudah terduduk diatas pasir pantai dalam kelam malam.

"Kau tanya apa kurang kau? Apa salah kau?" Affendy tayang senyum sinis.

"Kau kolot. Acah bagus. Dengan tudung bawal kau ni hah! Suka sangat buat malu aku" Jari telunjuk dihala ke arah Raisya. Sesekali dia menarik-narik tudung gadis itu.

"Tapi sekurang-kurangnya saya Cuba menjadi baik Fendy."

"Apa-apa sajalah. Lagipun kau kekampungan. Tak sesuai untuk aku. Macam mana aku nak kahwin dengan kau? Muka pucat je macam mayat hidup pun ada." Kepala digeleng-geleng sebelum nafas dihela dalam.

"Aku bukan nak berkasar dengan kau, Raisya. Tapi.. kau tak faham apa yang aku cakap. Kau.." Rambutnya dilurut kasar ke belakang.

"Yes.. Dulu.. Aku pernah cintakan kau. Aku pernah sukakan kau." Perkataan 'pernah' ditekan.

"Tapi sejak aku kenal dengan seseorang ni, aku sedar yang aku hanya anggap kau kawan. Tak lebih dari tu, Raisya. Aku.." Wajahnya diraup pula. Suaranya sudah mengendur. Tumpah rasa simpati bila melihat Raisya yang menangis besungguh-sungguh.

"Anggap saja antara kita tak ada jodoh. Kau tak boleh paksa aku terima kau sedangkan hati aku pada orang lain." Balas Affendy tanpa rasa bersalah.

Raisya menggeleng lemah.

"Awak lelaki pertama dalam hidup saya Fendy. Awak yang mengajar saya erti cinta, erti rindu. Sekarang awak nak buang saya macam sampah?"

Kepala didongak. Anak matanya mencari anak mata Affendy. Direnung tajam. Perasaannya bercampur baur sekarang. Marah, sedih dan kecewa. Impiannya untuk mendirikan bahtera indah dengan Affendy terkubur begitu sahaja. Nafas ditarik panjang sebelum menyambung kata-katanya.

"Awak kejam Fendy. Awak tabur janji-janji manis, awak buatkan saya bermimpi untuk hidup bersama awak sedangkan awak ada orang lain." Tegas dan sinis Raisya membalas.

Hilang sudah Amalina Raisya yang lemah lembut dan sopan santun. Sudah cukup dia merendahkan maruahnya sebagai wanita untuk memujuk Affendy. Sudah puas dia merayu dan menangis untuk Affendy.

"Aku.."

"Sudah.! Awak ingat awak bagus sangat? Awak cakap saya kolot? Okey, fine! Awak pergilah pada perempuan bandar awak tu! Saya akan bina hidup saya semula. Tanpa lelaki tak guna macam awak!" Cantas Raisya laju. Matanya mencerlung memanah Affendy yang sudah bungkam tak terkata.

"Sekarang.. antara kita tak pernah ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa. Saya akan buang semua memori yang awak dah hadiahkan pada saya. Terima kasih Fendy sebab dah ajar saya erti setia dan jujur." Sindir Raisya pedas. Bibir mengoyak senyum nipis. Air mata yang masih berbaki diseka pantas.

Lantas badan yang terduduk tadi bangkit. Dikibas-kibas kainnya yang melekat pasir pantai. Kaki diayun perlahan ke arah Affendy yang masih memandangnya. Bahu Affendy dirempuh sedikit kuat sehingga tubuh Affendy terdorong ke belakang.

"Awak boleh pergi mampus dengan cinta awak tu!" Seiring dengan kata-katanya, Raisya melangkah meninggalkan Affendy keseorangan.

Bukan hanya Fendy. Malah semuanya suka menilai dengan keterampilan. Raisya muak!

Vroomm... Vroomm...

Raisya tersedar dari lamunan panjangnya bila bunyi geng superbikenya sampai.

Sudah tiga tahun perkara itu berlaku. Tetapi semua itu masih segar di mindanya seperti baru semalam kejadian itu berlaku. Masih terngiang-ngiang di telinganya cacian dan makian Affendy padanya. Nafas dihela buat sekian kalinya. Wajah didongak merenung langit yang dihiasi sinaran bintang berkelipan.

'Rais.. kau kena buang Fendy dalam hidup kau.' Akal mengingatkan hati yang seakan ingkar.

Tangan naik melurut rambutnya yang separas bahu. Rambutnya beralun lembut ditiup angin malam. Sejuk sudah mencengkam hingga ke tulang.

"Rais!! Cepat lah woii!!"

Raisya mengangkat punggungnya dari atas tunggul kayu bila mendengar laungan kawan-kawannya. Jaket kulit hitam yang tersarung di badannya dibetulkan sedikit. Kaki diayun penuh gaya ke arah Ducati Superbike Silver miliknya. Helmet di atas motornya diambil dan disarung ke kepala.

Enjin motor dihidupkan sebelum motornya laju membelah jalanraya di tengah-tengah malam bersama kawan-kawannya. Dengan cara itulah, dia mendapat ketenangan. Hilang masalah yang membelenggu sejak dia mengenali kawan-kawan superbikenya. Tenang bila dapat memecut laju. Jiwanya terasa kosong dan fikiran yang bercelaru pula seakan melayang terbang.

🌹🌹🌹

Bukan Takdir Terindah [C]Where stories live. Discover now