Bab 3

4.6K 222 11
                                    

Setelah membayar tambang Raisya bergegas keluar dari perut teksi. Langkah kaki terdengkot-dengkot tidak dia hiraukan. Tangan kiri menjinjit helmet. Helmet kesayangan yang nilainya beribu ringgit itu habis bercalar balar. Sebal sungguh hatinya ketika itu.

Lalu dengan wajah masam mencuka dia memasuki rumah banglo keluarganya yang tersergam indah itu.

"Ilman!" Jeritnya memanggil si adik seraya melabuhkan punggung pada bangku di luar rumah.

Kaki kanan yang berdenyut sakit di angkat menindih peha kiri. Dengan kasar dia cuba membuka kasutnya namun dek kerana pergerakannya yang tidak berhati-hati, tangannya tersentuh luka sendiri yang berdarah di betis.

"Aduh! Bangang! Sakit gila," desis Raisya dengan mata terpejam dan wajah yang berkerut menahan sakit.

Nafas di tarik dalam-dalam sebelum dia melaung kuat lagi memanggil adiknya.

"Ilmannnnnn!"

"Mana Ilman ni! Orang panggil dari tadi tak keluar langsung." Bengkak rasa hatinya menahan geram pada semua orang. Memang malang betul nasib dia harini.

Seluar jeans yang terkoyak dari lutut ke betis itu di belek-belek.

"Habis buruk betis aku!" Bisik Raisya.

"Ya Allah! Kak kenapa dengan kau ni?"

Raisya mendongak memandang Ilman yang sudah bergerak laju mendapatkannya. Risau sungguh lelaki itu setelah melihat keadaan dirinya.

"Accident." Jawab Raisya pendek. Malas nak terang panjang lebar. Tak membantu pun. Sekarang ni dia ada benda lebih penting lagi.

"Meh nak tengok kaki tu."

"Tak payah!" Tangan si adik di tepis kasar membuatkan Ilman yang sudah melutut di hadapan Raisya tercengang mendongak pada kakaknya.

"Sekarang ni aku nak duit. Motor aku masuk bengkel. Lepastu aku langgar orang, aku kena bayar kerosakan kereta dia. 4 ribu kau ada?" Selamba Raisya meminta.

Ilman menjegilkan matanya. Ingat dia ni bank negara ke apa? Aku ni adik dia tau!

"Kau rempit ke kak? Kau ni kan...."

"Dah-dah! Jangan nak membebel. Aku nak duit!" Potong Raisya dengan muka malas. Malas nak dengar Ilman buka kelas pidato depan dia sekarang.

"Tak ada!" Jawab Ilman tegas. Buang tenaga betul la nak risaukan kakak dia ni.

Ilman berdiri mencekak pinggang di hadapan Raisya. Jauh di sudut hati dia risau akan keadaan Raisya. Tengok keadaan kaki kakaknya itu. Mujur hanya luka sedikit macam tu, kalaulah Raisya pulang dengan sebujur tubuh kaku macam mana? Dia sayang sangat kakaknya itu. Dulu Raisya tak macam ni. Raisya gadis yang baik. Yang sayangkan dia.

"Kedekut la kau ni. Aku nak pinjam sikit jer. 4 ribu jer pun! Bukan 40 ribu!" Bentak Raisya marahkan Ilman yang selamba menayang wajah tenang di hadapannya.

Tergeleng kepala Ilman dibuatnya. Nak minta bantuan orang tapi gaya macam samseng betul kakaknya itu.

"Apa yang bising-bising ni? Dari dalam mama dan papa dengar suara kamu Raisya."

Puan Zakiah dah tercegat di hadapan pintu rumah merenung silih berganti anak-anaknya. Saat matanya melihat kaki anak sulungnya berlumuran darah, pantas dia menerpa mendapatkan Raisya.

"Ya Allah Sya... kaki kamu kenapa ni?" Cemas suara itu menyoal.

Raisya mendengus perlahan.

"Mula dah." Getusnya dalam hati.

Bukan Takdir Terindah [C]Where stories live. Discover now