Johanna membuka matanya setelah mendengar kereta Affendy sudah jauh pergi. Dia memegang lehernya yang masih lagi sakit. Jika dia tidak berlakon tadi sudah pasti dia akan mati.
"Ilman!" Dia terus ke tempat Ilman terbaring. Darah sudah pun banyak mengalir keluar dari perutnya.
Cepat-cepat dia menelefon ambulans. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan menekap darah yang mengalir supaya berhenti. Dia cuba untuk menelefon Raisya namun panggilannya sudah pun disekat.
.........
Affendy tiba di hadapan rumah Raisya. Dia menutup pintu kereta dengan kuat.
"Eh Fendy, kenapa ni?" Puan Zahrah pergi ke arahnya kerana cemas melihat tangan dan baju Affendy berdarah.
Dia tidak menghiraukannya malah menolak Puan Zahrah hingga jatuh. Dia terus naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik Raisya.
Pintu biliknya tak berkunci. Affendy terus saja melangkah masuk. Raisya sedang berada di atas katil.
"Eh apa awak buat dekat sini." Raisya terduduk kerana terkejut melihat kehadiran Affendy yang menerjah masuk ke dalam biliknya.
Affendy terus menarik kasar rambut Raisya supaya turun dari katil. Kemudian dia menolak gadis itu dengan kuat ke arah almari besar di bilik itu.
"Affendy apa semua ni?" Puan Zakiah masuk ke dalam bilik Raisya bersama Puan Zahrah.
Affendy terus menarik rambut Raisya dan mengunci leher gadis itu dengan lengannya.
"Apa semua ni? Semua ni balasan itu korang semua." Jerit Affendy.
"Fendy jangan buat Sya macam tu. Kesian dekat dia. Kita bincang elok-elok." Pujuk Puan Zakiah.
"Kesian?" Affendy mendecit.
"Dulu pernah tak kau kesian dekat orang lain? Kau dengan suami kau ada rasa ihsan ke dekat orang lain?"
Pertanyaan Affendy membuatkan Puan Zakiah bingung.
"Nampaknya kau dah lupa. Dan mungkin kau dah buang jauh mereka yang kau tak peduli tu." Affendy tersenyum pahit.
"Ramzul bin Abdullah. Adila binti Rafi." Affendy menyebut nama penuh kedua orang tuanya.
Serta merta Puan Zakiah menekup mulutnya. Terkejut.
"Dah ingat?"
"Jadi ini Affendy yang kami cari. Ya Allah, mana kau pergi selama ni Fendy." Puan Zakiah mula menghampiri mereka.
"Jangan dekat!" Arah Affendy.
Langkah Puan Zakiah terhenti.
"Cari? Jangan bohong!"
"Betul Fendy. Kami memang cari kamu. Lepas arwah meninggal, kamu terus hilang macam tu je."
Affendy tersenyum sinis.
"Walaupun ayah aku bukan darah daging keluarga ni tapi korang semua layan kami macam pengemis. Aku yang hilang? Kalau kau nak tahu Haji Bustaman yang hantar aku jauh dari sini."
Puan Zakiah terguman. Dia menekup mulutnya.
"Kenapa? Tak percaya bapak mertua kau macam tu? Atau tak percaya dia pun perangai sama macam kau laki bini." Sinis saja kata-kata Affendy.
Puan Zakiah mula beremosi. Rasa bersalah yang pernah menghantuinya dulu kini kembali. Andai dia dan arwah suaminya berani untuk membantu arwah Ramzul, pasti semuanya takkan menjadi seperti ini. Pasti tiada sesiapa yang akan kecewa.
"Kenapa aunty? Apa salah ayah dengan ibu?" Affendy juga tidak mampu menahan emosi.
"Aunty minta maaf. Memang kami salah. Fendy tolong maafkan aunty. Fendy mintalah apa saja, InsyaAllah aunty cuba tunaikan untuk tebus segala yang kami buat."
YOU ARE READING
Bukan Takdir Terindah [C]
Short StoryJatuh cinta itu indah namun tak semua tumbuh dengan mekar. Kadang mencintai seseorang yang salah bukanlah satu kesilapan melainkan takdir yang telah tertulis. Kerana Cinta, Raisya berubah. Luka yang tertoreh mengubah hidup dan dirinya. Namun pertem...