BUNYI deruman motor besar mengaum kuat di sekitar situ membuatkan beberapa pasang mata terkalih mencari arah datangnya bunyi itu. Motor besar berwarna merah itu berhenti di hadapan sebuah warung di tepi jalan kemudian penunggang motor itu turun dengan penuh gayanya membuatkan mata-mata yang melihat tadi seakan terpukau.
Saat topi keledar tercabut dari kepala si penunggang, hampir ke semua penonton tadi seperti mahu jatuh rahang dek kerana tidak menyangka si penunggang adalah seorang wanita yang cantik walaupun berambut pendek.
Raisya betul-betulkan rambutnya yang serabai sambil mengelek helmet di pinggang. Kemudian dengan selamba dia berjalan mendapatkan Johanna yang sudah tersengih sinis memandangnya. Mata-mata yang tidak lepas memerhatikannya itu tidak dia hiraukan. Dah lali dengan pandangan seperti itu setiap kali dia menunggang si ‘Janna Nick’ motor kesayangannya itu.
Baru tadi dia pergi melangsaikan bayaran bengkel si Janna. Akhirnya motor kesayangannya itu kembali dalam dakapannya. Itu pun puas dia memujuk papa agar membayarkan dahulu kos rawatan si Janna walaupun tak sampai sebulan pun lagi dia terpaksa ke surau dan belajar mengaji.
“Geng! Lama tak nampak?” Johanna mengangkat tangan menegur Raisya dengan senyuman sinis.
Raisya menarik kerusi melabuh duduk di hadapan Johanna. Melihat sengih sinis kawannya itu membuatkan Raisya menyeringai stres. Faham sangat maksud di sebalik sengih itu. Nak kata dia gagal la tu.
“Apa sengih-sengih? Aku tak putus asa lagi okey.”
Johanna tergelak kecil.
“Aku tak cakap apa-apa pun wei. Kau terasa apehal,” balas Johanna bersahaja membuatkan Raisya semakin geram.
Johanna membetulkan duduk. Tangan naik mengacau straw di dalam gelas sambil matanya merenung wajah masam Raisya. Raisya ni cantik sebenarnya, tapi gadis itu lebih memilih untuk menutup kecantikannya dengan gaya ala-ala tomboi. Padahal, segala aset wanita itu jelas sahaja kelihatan. Siapa-siapa yang melihat pasti akan terus mengatakan Raisya seorang gadis.
“Kenapa pandang aku macam tu?” Soal Raisya dengan wajah kehairanan. Seram pula bila di tenung macam tu sekali.
Johanna tarik senyum di bibir. “Aku dengar semalam kau makan dengan ustaz tu. Amacam? Ada progress?”
Raisya berdecit perlahan saat teringat kisah semalam.
“Dah kenapa lemau ni?” Johanna jongket kening pada kawannya itu.
“Gagal. Tak ada progress semalam. Rancangan tu tak membantu apa-apa. Buang masa jer.”
Mendengar nada suara Raisya yang lemau itu membuatkan Johanna tergelak-gelak. Dia dah agak pasti tak berjaya. Janggal kot tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut Raisya ajak Rais makan malam. Lepastu siap ada Ilman lagi. Alahai… nak mengayat apa macam tu. Buat kenyang perut aje adalah.
“Dah nak dekat sebulan ni. Macam mana?”
“Relaks la ni Rais la. Gerenti dapat walaupun last minit. Orang kata, last minit ni la yang selalu berjaya tahu tak.”
Johanna mencebik bibir. Poyo jer.
“Ye la tu. Kau punya plan semua ke laut la. Mana tak takut mamat tu di buatnya. Tu sebab mamat tu lari.”
Raisya menghirup air teh tariknya kemudian wajah Johanna di renung dengan riak serius.
“ke laut mende? Okey la tu. Tu la gaya sebenar nak mengorat seorang lelaki.” Bidasnya membela diri.
Johanna angkat tangan gaya nak cekik Raisya. Inilah susahnya minah yang anti lelaki. Sampaikan cara nak mengorat lelaki pun tak tahu. Buat batu dia jer. Mana ada lelaki nak terpikat. Hish!
YOU ARE READING
Bukan Takdir Terindah [C]
Short StoryJatuh cinta itu indah namun tak semua tumbuh dengan mekar. Kadang mencintai seseorang yang salah bukanlah satu kesilapan melainkan takdir yang telah tertulis. Kerana Cinta, Raisya berubah. Luka yang tertoreh mengubah hidup dan dirinya. Namun pertem...