Bab 10

3.6K 150 3
                                    

"Raisya..."

Dia tersentak apabila Rais memanggil namanya.

"Nak apa?" Jawab Raisya dingin. Kepala sedikit pun tak menoleh ke arah Rais. Orang nak skodeng pun tak senang.

Terus tiada lagi suara Rais memanggil namanya. Raisya lebih sibuk memerhatikan Johanna dan Fendy. Apa bendalah yang dibincangkan tu. Sebenarnya dia tak nak peduli pasal Fendy tapi dia tak boleh abaikan bila orang lain yang dia kenal ada dengan Fendy.

Raisya mengecilkan kedua matanya. Ada yang tak kena ni. Mesti Johanna dan Fendy dah berjumpa banyak kali.

"Raisya..." Sekali lagi Rais memanggil.

Raisya mengeluh kasar. Matanya dijulingkan ke atas. Apalah dia nak dari tadi Raisya! Raisya!

"Raisya..." Sekali lagi Rais memanggilnya. Kali ini suara Rais berada di belakangnya.

"Apa?" Jerit Raisya sambil menoleh kebelakang.

Kali ini yang terkejut bukan setakat Rais dan uminya, tapi dengan Raisya sendiri terkejut. Mana tidaknya, dia terjerit betul-betul depan umi Rais. Malulah dia.

"Err.. sorry mak cik. Saya terkejut tadi." Raisya mula kalut. Rasa macam nak lari dari situ je. Tapi apakan daya. Dia yang memandu. Takkan nak tinggalkan Rais dan uminya.

"Raisya tengok apa tadi? Ni Rais dah sudah check. Ubat pun dah ambil. Boleh dah kita balik." Puan Zahrah nampak tenang sahaja bila melihat wajah Raisya yang seolah-olah serba salah.

"Tak ada apa mak cik." Raisya tersengih sambil mengaru kepala.

"Tak baik menipu." Rais tiba-tiba bersuara. Kemudian dia berjalan sendiri tanpa dipapah uminya. Puan Zahrah terpaksa mendahului Raisya. Risau dibiarkan Rais berjalan sendirian dalam keadaan sakit.

Hish! Ada je nak kenakan aku. Raisya sudah mengangkat penumbuknya. Mengacah-acah menumbuk Rais. Geram betul. Dengan sabar dia menuju ke kereta.

Kerana cuaca agak panas, Raisya menguatkan penghawa dingin. Biar sejuk sikit. Hati pun sejuk.

Tiba-tiba pulak Rais terbatuk-batuk. Raisya menjeling dari cermin atas. Tersenyum dia melihat Rais kesejukan. Padan muka. Lain kali jangan nak sound orang sangat. Eleh ingat dia bagus sangat ke.

"Umi.." Rais memanggil dengan lemah.

"Kenapa?" Soal uminya.

"Nak muntah..." Rengek Rais.

Terbeliak mata Raisya. Weh habis aku. Mampus kena cuci kereta ni kalau dia muntah. Gila betullah. Nasib umi kau ada kat sini. Kalau tak dah aku tinggalkan kat tepi jalan.

"Sya berhenti tepi jalan. Rais nak muntah ni."

Cepat-cepat Raisya berhentikan kereta papanya di tepi jalan. Dengan laju Rais keluar dari kereta. Terhambur keluar segala isi perutnya hingga tinggal air yang keluar.

Puan Zahrah menggosok belakang Rais. Rais masih lagi muntah. Makin lama makin kuat bunyinya.

"Umi... Peninglah." Rengek Rais sambil menangis.

Raisya memeluk tubuh. Manja betul anak mak ni. Mengada-ngada betul. Kalau kau jadi laki aku, memang tak lah aku nak layan.

Puan Zahrah memberikan Rais sebotol air mineral. Sesudah Rais meneguk, mereka masuk semula ke dalam kereta.

"Maaflah Sya, susahkan Sya je." Puan Zahrah mula rasa serba salah.

"Eh tak apalah mak cik. Orang sakit memang macam tu mengada sikit." Raisya tersenyum sambil memerli.

Bukan Takdir Terindah [C]Where stories live. Discover now