Bab 16

3.8K 163 7
                                    

Masih berbaki sejam sebelum majlis pertunangannya bermula. Raisya mengambil kesempatan ini untuk keluar sebentar. Hatinya masih terlalu berat untuk mengikat tali pertunangan dengan Affendy.

Dari dalam kereta dia memerhatikan rumah Rais. Dia sangat rindukan lelaki itu. Dari kali pertama mereka bertemu hingga sekarang, setiap memori itu cukup membuatkan dia rindu. Lelaki yang dia pernah benci, pernah maki dan kutuk. Lelaki itu yang dia rindu dan ternanti.

Dia mengharapkan pertemuan terakhir sebelum langkahnya menjadi semakin terbatas. Tak mungkin dia mahu membatalkan pertunangannya. Sudah cukup dia membuat hati mama dan papanya kecewa dan malu.

Raisya menarik nafas dalam-dalam. Ya, ini akhir pertemuan untuk dia dan Rais. Baru sahaja mahu membuka pintu kereta, dia melihat Seorang perempuan keluar dari rumah Rais bersama Rais dan uminya.

"Yasmin..." Bergetar bibirnya menyebut nama itu.

Nampaknya Rais sudah menemui pengganti. Tidak. Dia dan Rais tidak pernah ada apa-apa hubungan. Jadi Rais sudah menemui orang yang dia cari. Orang itu pernah menjadi pembantu rumahnya dan orang yang sama-sama tinggal dengan Johanna. Betapa kecilnya dunia ini. Raisya memalingkan wajahnya. Dia mengesat airmatanya.

Nampaknya tiada pertemuan terakhir buatnya. Hanya sekadar memandang dari jauh. Dia harus membuang jauh-jauh segala perasaanya dan belajar menerima semula Affendy.

Raisya segera memandu pulang. Majlisnya akan bermula sebentar lagi. Mamanya pasti risau.

Baru sahaja keluar dari kereta, Puan Zakiah sudah meluru kearahnya dengan wajah cemas.

"Sya pergi mana ni? Mama risau tau. Kejap lagi majlis nak mula."

Raisya memegang tangan mamanya lalu mengukir senyum.

"Sya ambil angin kejap."

Sebentar lagi statusnya akan berubah menjadi tunangan orang. Dia masuk ke rumah berpimpin tangan dengan mamanya. Affendy sudah pun menunggunya bersama Mak Ani, Ibu saudaranya. Satu-satunya keluarganya yang dia ada kerana dia merupakan yatim piatu. Mak Ani merupakan adik kepada ibu Affendy. Mereka bertemu setelah dia keluar dari rumah anak yatim.

Saat cincin tunang akan disarungkan pada jarinya, dia benar-benar sudah pasrah. Dia hanya akan mengikut sahaja takdir untuknya. Tanpa dia sedar tangannya digenggam. Mak Ani sudah pun memegang tangannya untuk menyarungkan cincin. Namun tangannya masih digenggam.

"Raisya!" Panggil Puan Zakiah separuh berbisik.

Barulah dia sedar yang tangannya digenggam. Seolah belum rela untuk mengikat tali pertunangan dengan Affendy. Raisya membuka tangannya agar mudah untuk cincin disarungkan pada jarinya.

Saat cincin telah pun berada di jarinya, dia tak merasakan apa-apa. Hanya ditenung saja cincin tersebut.

"Sya, senyum sikit." Bisik Puan Zakiah apabila melihat wajah Raisya yang agak sugul.

Raisya cuba tersenyum. Satu persatu wajah keluarganya ditatap. Dia cuba tersenyum pada hari yang sepatutnya dia bahagia. Andai cincin ini adalah ikatan dia dengan Rais. Pasti dia lah yang akan tersenyum lebar tanpa dipaksa.

Puan Zakiah memeluk Raisya. Meski ini bukanlah majlis yang diimpikan, namun lambat laun Raisya tetap juga akan menjadi isteri orang nanti.

"Lepas ni mama harap semua yang baik-baik je untuk keluarga kita." Puan Zakiah menepuk-nepuk belakang Raisya.

Ilman hampir menitiskan airmata ketika melihat kakaknya saling berpelukkan dengan mamanya. Dia mengangkat punggung untuk mengambil angin di luar.

Dia menghela nafas berat. Segalanya berubah sejak gambar-gambar itu tersebar. Walaupun dia agak berat hati dengan keputusan mamanya namun dia berharap itu yang terbaik buat mereka semua.

Bukan Takdir Terindah [C]Where stories live. Discover now