Mimiko berlari . Berlari ke arah dimana dia sepatutnya berada . Terlihat kelibat Iyamoto terus sahaja diberhenti lariannya . "Mana nak dapat bunga macam ni ?" Tanya mimiko sambil menunjukkan bunga tersebut ."Bunga tu cahaya dia dari Vrystal . Jadi kau kena pujuk Vrystal . Kalau kau nak baca buku tu " Jawab Iyamoto sambil menunjukkan buku yang dipgg oleh Mimiko.
Wow . Cahaya dari Vrystal . Menarik . Buku ditangannya ditarik keluar memandangkan Iyamoto sudah tahu. Ditanya lagi kenapa? "Itu kerana Permaisuri Sae yang mencipta cahaya tersebut. Cahaya yang boleh membuatkan apa yang ditulis di buku itu boleh dilihat." Ouh jadi itu sebabnya.
Lantas Mimiko ke biliknya. Bilik yang agak janggal baginya. Bilik sebesar ruang tamu . Bilik yang boleh memuatkan 10 orang . Bilik berdekorasi elegant. Warnanya emas dan kelabu. Dilihat satu lukisan potret yang tergantung . Mukanya persis seperti Mimiko . Tetapi hanya warna rambut dan warna matanya sahaja berlainan.
Mungkin ini Permaisuri Sae yang dikatakan itu? Gumam mulutnya meneliti lukisan potret itu. Ditangkap satu pisau kecil yang berada ditangan Permaisuri Sae . " Eh itu? Pisau kecil yang ini bukan ?" Biarlah dia dianggap gila ke apa ke . Dia keliru kenapa pisau kecil yang berada ditangan Permaisuri Sae itu berada ditangannya pula?
"Itu kerana kau pewaris dia." Bisikkan suara yang agak misteri. Lantas dia ke tilam empuk yang disediakan. Dikeluarkan buku yang diberi oleh ojii san dan buku yang tiada tajuk itu. Dia mula membaca buku yang diberi oleh ojii san. Alangkah terkejut Mimiko apabila melihat nama-nama ahli keluarga Mimiko Sae tersebut.
Nama Kae Mimiko tersenarai dalam buku tersebut. " Mimiko !" Jeritan yang amat dkenali. Mimiko mula berjalan ke arah pintu. Dibuka pintu tersebut dengan tombol pintu . Uhm ayat ok kah? Lantaklah.
Terlihat elf sedang tersengih. " Kau nak apa?"ditanya sambil menyelak ke muka surat seterusnya. Belum sempat dibaca tentang muka surat tersebut. Tangannya ditarik ke mana ? Itu dia tidak tahu menahu .
Seusai itu, mereka sampai di sebuah taman. Taman yang dihias dengan cantik. Entah mengapa si elf ini tarik dia sampai ke sini. " Kenapa ke sini?" Mimiko menanya dia dengan muka yang tiada perasaan .
Elf itu dengan tiba tiba memberinya sekuntum bunga crystal. Cantik itu memang cantik . Tapi kenapa bagi bunga ? " Nah . Nanti kau pujuk Vrystal bagi cahaya pastu letak kat bunga ni " Ulas Hikari . Mimiko hanya mengangguk sahaja.
Kakinya dengan sendiri berjalan pancutan air di taman itu . Gelang di tangan bercahaya . Mimiko hanya meletakkan tangannya ke dalam pancutan air tersebut. Air tersebut menjadi ais tanpa sebab. Kejadian tersebut membuatkan Mimiko terkejut.
Dijauhkan dirinya dari pancutan air tersebut. Dia berlari ke biliknya . Mimiko mencari sarung tangan . Disarung tangannya bagi mengelakkan sesiapa menjadi ais . Sarung tangan yang berwarna hitam itu menjadi biru apabila disarungkan ke tangan Mimiko.
Aneh. Dia cuba untuk menyentuh sesuatu. Mimiko menyentuh meja bersolek. Meja itu bertukar menjadi ais dan bertukar warna menjadi kelabu. Kemudian,berkecai menjadi crystal. Bagaimana dia hendak menghentikan kuasa pelik ini?
Dia berlari tiada tuju arah. Tanpa disangka , dia terlanggar seseorang. " Mimiko ? Kenapa berlari ni?" Ah! Sudah ini pulak kena berhadapan dengan Iyamoto . " Tangan aku entah ape jadi aku pun tak tahu .Sentuh sahaja benda terus jadi ais " Jelas Mimiko.
------
YOU ARE READING
Cold Princess [o.g ]
FantasyKae Mimiko puteri berdarah white guardian yang agak kasar . Hanya atuknya sahaja tahu menahu dengan teliti tentang dirinya . White guardian yang paling berkuasa . Tetapi hanya dirinya yang tidak tahu . Tidak tahu akan asal usulnya . Ditanya tentang...