KECEWA

121 4 0
                                    

Sebulan sudah berlalu sejak kami pulang daripada cuti , seperti biasa rutin harian kami seperti biasa selalu sibuk.

Sejak pulang daripada cuti Ibu dan Ayah selalu sibuk apalagi Ayah banyak kerja yang tertangguh .

Ke sekolah pun Ibu yang hantar sebelum ni Ayah yang hantar kami ke sekolah nampak sangat ayah sibuk . Ibu Neyli dan aku cuba memahami situasi Ayah .



Tapi !!




Sejak beberapa hari ni Ayah ada perubahan entah mengapa aku pun tak pasti , selalu dingin dengan ibu aku segan nak masuk campur hal Ibu dan Ayah Tapi aku akan pastikan yang aku tahu apa yang terjadi . !

"Emielda kenapa kau termenung " kata seorang sahabatku iaitu Farah dialah sahabat dunia akhirat aku selalu ada bila aku ada masalah dan sentiasa mendengar segala luahanku.
"kau nampak macam ada masalah ja kenapa? " Katanya lagi.

"tak ada apa-apa " kata ku sambil tersenyum tawar.

"kau jangan nak tipu aku , aku tau kau ada masalah aku dah lama kenal kau lah Emielda ceritalah dekat aku" katanya sambil tersenyum .

Aku membalas senyumannya " Ayah aku " kata ku pendek .

"kenapa dengan Ayah kau? " soalnya.

Aku memusingkan badanku berhadapan dengannya .

" Ayah aku macam dah berubah entahlah Farah sejak beberapa hari ni dia selalu dingin dengan ibu aku dan Ayah layan aku dengan Neyli pun agak berbeza" kataku sambil memandang jariku .

"biasalah tu mungkin dia stress dengan kerja " kata Farah sambil mengengam tanganku .

Aku hanya tersenyum ia mungkin apa yang dikatakan Farah itu benar mungkin Ayah stress dengan kerja .

Kringgg..!!

Loceng sudah berbunyi menandakan waktu pembelajaran sudah tamat , Aku bergegas keluar daripada kelas takut ibu menunggu ku lama.

Setelah sampai kedalam kereta aku salam tangan ibu "Assalamualaikum ibu" kata ku sambil menyalami tangan ibuku .

"Waalaikumsalam " ibu menyambut salamku sambil tersenyum.

Ibu mula startkan enjin kereta lalu meninggalkan perkarangan sekolahku. Aku dan Neyli berlainan sekolah aku bersekolah di SMK SERI PANGLIMA 2 dan Neyli pula bersekolah di SMK TUN FUAD.

Setelah 15minit dalam perjalan ke sekolah Neyli akhirnya kami sampai di perkarangan sekolah Neyli , apabila Neyli melihat kelibat kami Neyli cepat-cepat naik keatas kereta lalu menyalami tangan ibu.

Ibu tidak membawa kami balik terus kerumah kami singgah ke Shopping Mall IMAGO kata Ibu nak Shopping , (Wanita dengan Shopping tidak boleh dipisahkan) setelah meletakkan kereta ibu aku dan Neyli bergegas ke tempat kedai favourite kami iaitu PADINI dan nasib kami sangatlah bertuah iaitu PADINI tengah mengadakan hari Promosi kawkaw punya hahahaha..

Aku dan Neyli terus mencari baju, seluar,beg dan kasut ibu hanya memerhatikan aku dan Neyli sahaja .

setelah beberapa minit mencari kami terus ke kaunter pembayaran setalah membuat pembayaran , Kami berjalan-jalan tetapi secara tiba-tiba ibu berhenti berjalan aku dan Neyli juga berhenti .

"Ibu kenapa berhenti? " soalku kepada ibu secara tiba-tiba air mata ibu jatuh aku dan Neyli berasa terkejut dan hairan .

Aku melihat tempat Ibu lihat apabila melihat ke tempat arah itu aku terkejut begitu juga seperti Neyli terkejut dengan apa yang kami lihat.

Sampainya hati, bisik hatiku
perasaan dihati penuh dengan marah .

Btw nama sekolah tu Author reka-reka ja 😂 tapi kalau ada nama sekolah macam tu mungkin secara kebetulan ja 😅.

Hmm korang rasalah siapa agaknya yang mereka nampak eh? 🤔🤔

Jangab lupa vote + comment okey 😘

SUMPAH DENDAMWhere stories live. Discover now