Ayah bermesra dengan seorang wanita umur dalam lingkungan 30-an Ibu hanya melihat .
baru sahaja aku ingin bergerak menuju ke arah Ayah , Ibu memegang pergelangan tanganku sambil melihat ku dan mengelengkan kepala dan aku faham maksud ibu.
Tiba-tiba Neyli bersuara "kenapa ibu biarkan Ayah bermesra dengan wanita tu? " soal Neyli kepada ibu .
Ibu mengesat air matanya dan tersenyum tiada kata-kata keluar daripada mulut ibu Aku dan Neyli tahu ibu pasti kecewa dengan Ayah pastulah layanan ayah terhadap ibu kian berubah , rupa-rupanya ayah ada wanita lain .
Secara tiba-tiba ibu bersuara "Jom kita balik ibu penat" kata ibu lalu melangkah meninggalkan Aku dan Neyli .
Ayah? Kenapa Ayah buat macam ni dekat ibu? Apa kurangnya ibu Ayah?
Setahu Emiel Ibu seorang isteri yang bertanggungjawab , solehah , ibu sentiasa ada bila ayah ada masalah . Ibu seorang ibu yang baik pada anak-anaknya.
Walaupun ibu selalu sibuk dengan butik tapi ibu tidak pernah melupakan tanggungjawabnya kepada ayah , Neyli dan aku bisik hatiku .Kecewa dengan perangai Ayah tapi
se'kecewa aku ibu pasti lebih kecewa dengan perangai Ayah.Aku hanya memandang dua sejoli itu bermesra . Perasaan Geram , marah , benci muncul dalam hati. Aku mengengam tanganku tetapi secara tiba-tiba seseorang memegang tanganku .
"Kak jom Ibu pasti tengah tunggu kita " kata Neyli sambil tersenyum tawar .
Aku juga tersenyum tapi sama seperti Neyli iaitu senyuman tawar. Dan kami mula berjalan tapi aku dan Neyli sempat melihat belakang tapi secara tiba-tiba mata Ayah dan aku bertembung riaksi Ayah seperti terkejut .
Aku memberhentikan langkah dan memandang tajam ke Ayah .
Ayah cepat - cepat melepaskan pegangan wanita itu , wanita itu agak terkejut dengan secara tiba-tiba ayah melepaskan tangannya daripada memegang tangan lelaki itu secara kasar.
Wanita itu memandang aku dan Neyli lalu ia tersenyum Sinis , Senyuman itu menambahkan lagi marak api dihati dan membuatkan lagi aku geram apabila dia memeluk lengan ayah .
Muka ayah agak terkejut ayah ingin melepaskan pelukan itu tapi wanita itu tambah eratkan pelukan itu , aku ingin melangkah ke tempat ayah tiba-tiba tanganku ditarik .

ANDA SEDANG MEMBACA
SUMPAH DENDAM
AçãoMengisahkan seorang wanita yang bernama Tengku Emielda Casandra berumur 20tahun. Dulu hidupan Emielda penuh dengan kegembiraan , tetapi sesuatu yang berlaku menimpa keluarganya telah membuat kehidupan menjadi gelap , dan dalam dirinya ada secebis De...