Kegembiraan yang tak dapat aku katakan Saat ini, aku hanya bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan kegembiraan kepada aku , adik dan kedua orang tua ku.
Aku tidak bisa bayangkan jika kehilangan keluargaku, aku berharap kegembiraan ini akan berakhir disaat hari kematianku bersama keluargaku.
- KEGEMBIRAAN -
"Hey wakeup my Princess " ada suara yang membangunkan aku sesiapa lagi kalau bukan ibuku yang tersayang, aku membukakan mataku lalu tersenyum melihat ibu yang sedang melihatku.
"cepat mandi lepas tu ambil wudhuk kita sama-sama sembayang ayah dah tunggu cepat sikit " kata ibu lalu keluar daripada kamarku.
Aku cepat-cepat mandi ambil wudhuk dan ambil sejadah dan telekung lalu memakainya.
Lalu pergi kesebelah bilik iaitu bilik tempat kami sekeluarga solat.
Aku melihat ibu ayah dan adik tengah menungguku aku hanya tersenyum , dan berdoa dalam hati semoga keluargaku dipanjangkan umur dan bahagia hingga keakhir hayat kami.
Setelah aku membentangkan sejadahku kami mula mengerjakan solat subuh.
Setelah habis mengerjakan solat aku menyalami tangan ibu dan ayahku serta memeluk mereka .
aku rasa tidak ingin melepaskan pelukanku Ibu dan ayah hanya senyum dan memberikan kata-kata semangat untuk aku dan juga adik ku
Sejak dua tiga hari ni aku rasa lain macam , hati aku asyik takut kehilangan ibu ayah dan adik ku. Entah mengapa perasaan itu tiba-tiba datang.
Aku hanya mampu berdoa semoga tidak apa-apa yang terjadi kepada keluargaku ini. Amin
YOU ARE READING
SUMPAH DENDAM
AksiMengisahkan seorang wanita yang bernama Tengku Emielda Casandra berumur 20tahun. Dulu hidupan Emielda penuh dengan kegembiraan , tetapi sesuatu yang berlaku menimpa keluarganya telah membuat kehidupan menjadi gelap , dan dalam dirinya ada secebis De...