Bab 1

8.9K 74 10
                                    

Note from Ntgravity :  Selamat membaca... *nervous* heheheh.. sila lah komen yer...

______________________________________

Girl, ambil I kat airport nanti. I sampai dalam dua jam lagi.

- Jeremy

Dihantar sejam yang lalu.

Aliah yang masih berbaring melempar lemah telefon iPhone nya ke sisi, mata yang masih kelat dibuka perlahan lalu memerhati sekeliling biliknya yang majoritinya berwarna biru. Hanya beberapa warna putih dan hitam untuk menaikkan seri bilik tidurnya ini. Aliah kemudian menarik nafas panjang. Seharian dia mengemas rumah banglo yang besar itu, walaupun ditegah oleh emaknya tetapi entah kenapa hari ini dia bersungguh untuk melakukan aktiviti berat. Besar kemungkinan selepas apa yang berlaku tiga hari yang lalu, Aliah terasa beban yang semakin memberat di bahunya walau apa yang dia cuba lakukan semuanya serba tak kena. Bosan dengan keadaan yang tak berkesudahan namun demi perasaan hati dia tetap gagahi. Perlahan dia bangun menuju ke bilik mandi yang juga telah diberi warna biru muda.

Sejam kemudian, Aliah sudah pun siap berkemas untuk keluar. Walau sejuk suasana di luar kerana hujan lebat dari pagi tadi, tidak mematahkan semangat Aliah untuk bersiap cantik. Lip gloss yang berwarna neutral di aliskan ke bibir. Siap sudah! Aliah mengerling ke arah jam di meja. Matanya tertancap pada dua gambar yang terletak di sebelah jam, berbingkai bunga berwarna - warni, seorang lelaki botak dan tegap sedang memalit aising kek di hidung mancung seorang wanita di suatu majlis hari jadi. Gambar kedua pula kelihatan mereka melihat ke arah kamera dengan mata yang galak dan ketawa besar. Yang pastinya, dua wajah itu terlihat sangat gembira. Sejujurnya, gembira dan bahagia. Itulah dia dan Jeremy Redzuan dua tahun lepas.

Aliah bertemu dengan lelaki ini setahun selepas syarikatnya, Yummers ditubuhkan. Pertemuan pertama di dewan sebuah hotel di Kuala Lumpur yang mana Aliah bertanggungjawab mengaturkan majlis tahunan pekerja untuk syarikat penerbangan di mana Jeremy bekerja. Satu insiden yang berlaku apabila dalam mereka semua sedang bergembira dengan berita bonus dan cabutan bertuah, ada rakan Jeremy yang hendak mengambil tempat duduk setelah mengambil makanan tidak sengaja ditolak oleh mereka yang kelam kabut mahu naik ke atas pentas. Entah macam mana berlaku perlanggaran dan terpercik setompok kecil tetapi sangat jelas kuah pasta ke bajunya berwarna cerah. Akibat panik, Jeremy yang perfectionist bergegas keluar melalui pintu di tepi dewan yang menyambung terus ke luar parkir kereta. Pada waktu itu kebetulan Aliah yang baru habis berbual dengan pengurus banquet hotel itu sedang mengorak langkah ke arah Jeremy, bertujuan untuk masuk ke dewan tersebut untuk memantau agar semuanya berjalan lancar. Di kala itu Jeremy yang bakal menerima anugerah pekerja cemerlang pastinya tak mahu kelihatan comot begini sedang berkira - kira sendirian, samada hendak keluar sahaja ke mana - mana butik yang berdekatan namun dia juga bingung kerana waktu amat terhad. Aliah pula melihat lelaki yang kelihatan kebingungan sedang menekap - nekap sisa kotoran itu dengan tisu basah, terus mengubah haluannya dan mendekati lelaki itu. Setelah mengetahui apa yang berlaku, Aliah terus mengambil sehelai shawl nipis berwarna hitam dari dalam kereta Saganya yang kebetulan berada amat hampir di situ lalu digayakan ke leher Jeremy dan selebihnya menutup bahagian yang berbekas tadi. Aliah juga memberi topi fedora yang ada dalam simpanannya kepada Jeremy. Lelaki bertubuh sasa ini melihat dirinya melalui cermin kereta yang ada disitu. Agak terkejut juga melihat perubahan imejnya kerana shawl itu bukan sahaja berjaya menutupi kekotoran yang ada malah dia juga kelihatan lebih menarik. Dengan rupanya yang berkulit cerah terasa kena dengan fesyen itu kerana belum pernah dia berfesyen sebegini. Dia juga merasakan dirinya lebih yakin untuk naik ke pentas nanti. Pastinya Jeremy amat terhutang budi dengan apa yang Aliah lakukan dan berjanji untuk memulangkan shawl itu apabila sudah dicuci nanti. Aliah menolak kerana dia tidak menetap di KL, rupanya Jeremy juga tinggal di Kuching lalu mereka bertukar kad nama. Selepas berbual santai seketika mereka pun membawa haluan masing - masing.

3 x Benci, 4 x Cinta [Completed]Where stories live. Discover now