Note from Ntgravity : Salaam...
So dah sampai Bab yang ketiga dah nieh...
Ok this will be our ice breaker... sesiapa yang comment or follow will get a shout out in this novel...
My 1st time dedication will goes to my Wonderful Souljas - yang sudi membaca novel ku yinniii~<3! ❤❤!!
carry on... Bismillah~
*jangan lupa komen yer... vote pun dialu - alukan*
----------------------------------------------------
"Hi there Aliey, here is the room key you requested. Our housekeeping staff are still working to clean it up but you're always welcome to take a look." Sapa Maida Addisson yang berasal dari Glasgow, Scotland. Dia merupakan pengurus bilik di hotel ini.
"Thank you, Maida. I'm going up in awhile. My boys will come a bit later. "Balas Aliah mesra. Pastinya ini bukan kali pertama Aliah berurusan dengan hotel yang memang terkenal di bandar Kuching ini. Aliah sendiri amat suka melihat tiang yang besar di dalam hotel ini dan tangga besar dari marmar mewah yang melingkar ke satu aras memberi gambaran kepada sesiapa yang melangkah masuk.
Setelah berjabat tangan dengan Maida, Aliah berlalu merapati Danial yang sendirian sedang menunggu di tepi lif untuk ke tempat letak kereta, kelihatan Nurmiza & Hakimi sudah pulang terlebih dahulu. Kelihatan Danial sedang bersandar di dinding sambil menatap iPadnya. Jarinya sedang bergerak - gerak di atas permukaan skrin, ada masa berkerut muka Danial dan kemudian tersenyum. Entah apa yang sedang dibuat oleh mamat ni, bisik hati Aliah.
"Dah?" soal Danial tanpa mengangkat muka. Matanya masih tertumpu pada skrin iPadnya. "Dah.. aku nak naik tengok bilik client jap tapi nak singgah kat kereta lok [dulu]" Aliah mencari kunci kereta pula di dalam beg tangannya. Danial mengetap bibir dan mengeluh berat. Benci dengan permainan Plants vs Zombies ni!
Sempat juga jarinya menekan punat lif.
"Hmm.. okey juga la sebab aku pun nak naik bilit [bilik] ambik semua beg. Nanti tolong boleh? Bilit 615. Kau ketuk aje pintu tu nanti, locengnya macam rosak." Danial mengangkat muka dan bertentang mata sesaat saja dengan Aliah yang sedang melihatnya. Ya Allah, tiba - tiba satu lagi getaran wujud di hati lelakinya. Getaran yang sudah lama hilang bertahun lamanya tapi masih tak dapat menandingi getaran perasaan yang dialaminya sekarang ini. Perasaan yang membuat Danial ingin mengetahui maknanya dengan lebih dekat. Aliah, dapatkah kau merasakannya?
"Oh.. tak jauh lah. Bilik pengantin client aku kat 625. Nanti kau sendal je bilik kau tuh. Bila aku dah habis nanti aku ketuk bilik kau." Aliah berkata semakin pantas apabila pintu lif mulai terbuka. Danial membuat aksi 'salute' dengan dua jarinya lalu berpatah semula melalui kaunter resepsi untuk menggunakan lif lain yang dikhaskan untuk naik ke bilik.
Aliah Dania Mustafa. Hmm... Kenapa baru sekarang ada sesuatu mengetuk pintu hatinya? Aneh betul perasaan ciptaan Allah SWT ini. Dulu langsung tiada perasan, mungkin sebab tak benar - benar melihat. Danial mengomel di dalam hati sambil memasukkan kad ke dalam slot sebelum menekan nombor tingkat ke biliknya. Baru sahaja pintu lif itu hendak tutup, ada pula tangan menahan pintu lif yang secara automatik akan terbuka bila mengesan sesuatu menghalang pintu. "Sorry." Sapa satu suara garau kepada Danial. Danial hanya menganggukkan kepala lalu beralih sedikit ke belakang.
"Hello Baby, I naik bilik dulu. Nanti you naik jak [aje]. Ya Baby, i bok [baru] beli phone baru. Iboh [Jangan] lupa makanan yang I pesan okey? I tunggu you datang. Mmuaahh!"
Cemburu terdetik di hati Danial yang sedang melayan perasaan yang baru berputik di hatinya. Dia hanya memandang ke arah nombor lif yang berubah mengikut tingkat yang dilalui.
YOU ARE READING
3 x Benci, 4 x Cinta [Completed]
ChickLitAliah tersepit di antara cinta pertama dan pertama kali dicintai. Danial cuba mendampingi, Jeremy yang dikasihi dan Mr.'Kot-Hitam' yang mencuri hatinya dan merubah segalanya. Yang pasti setiap kali Aliah membencinya setiap kali itulah cinta si dia b...