Bab 4

2.2K 20 3
                                    

Nota kaki @Ntgravity : Salam... perghh rasa lama benor tak jumpa... LOL...macamlah pernah jumpa.

Firstly Bab 4 ni saya nak dedicated to Mizz_Faiz kerana menjadi orang first menekan 'Become a fan' button... hahaha.. Jgn lupa p baca dia nyer karya gak yer... Support industri penulisan Malaysia!

Anyway, saya gak nak shout out to my 1st reader yang telah mengemail dari blog saya @http://ntgravityzone.blogspot.com - dia menyarankan supaya mengupload every week instead kerana 2 minggu mungkin agak lama takut pembaca lupa... Logik gak, even ada siri drama di tv pun seminggu sekali yer dak...?

==Shout Out - i HEART you==

Thank you to @JunLuvFeq!!

Selamat membaca... *Bismillah... Bismillah*

urrmmm... jgn lupa komen yer... dan tekan vote gak... Xie xie...

___

''Haissh..!!!''

Aliah mengeluh keras lalu mengambil barang solek yang jatuh dari tepi meja soleknya. Semuanya serba tidak kena sejak semalam. Penghawa dingin bekerja keras menyejukkan dirinya namun Aliah masih berpeluh - peluh. Fikirannya juga tidak menentu. Apa yang dibuat sejak semalam semua kelam kabut.

Nurmiza juga baru menelefonnya sebentar tadi meminta Aliah datang ke apartmentnya. Aliah tahu ada yang tak kena juga dengan Nurmiza. Suaranya serak seperti baru lepas menangis. Aliah hanya melepaskan rambutnya dan tidak bersolek. Tak mampu dia berfikir lagi malah dia juga memilih untuk tidak ke pejabat hari ini. Kebetulan jadualnya juga lapang membolehkan Aliah membuat sesuatu tentang apa yang ayahnya telah sampaikan lewat petang semalam.

Aliah menghela nafas sebelum mengundurkan keretanya. Cuba mencari kewarasan diri sebelum mula memandu, kalimah 'Bismillah' dilafazkan berulang kali memohon ditenangkan hati. Dia berdoa dari subuh tadi memohon petunjuk dari Penciptanya. Sejak dia sampai dari Kuala Lumpur petang semalam, hampir sepanjang malam dia bersolat Ishtikarah namun belum ada petunjuk, Aliah redha.

Jeremy!

Ini semua angkara lelaki itu. Sejak insiden kantoi di hotel 2 bulan lepas, Aliah terus berlepas ke Bandung dan Korea atas urusan kerja selama 15 hari. Aliah kemudian menghabiskan masa di Kuala Lumpur, Terengganu dan Johor untuk menghadiri mesyuarat untuk beberapa jadual projek. Selama dia mulai sibuk dengan tugas, tidak langsung dia ada menangisi atau mengingati lagi tentang Jeremy. Malah Aliah terasa sangat ringan dan bebas dari beban perasaan atau dari kawalan Jeremy. Hanya Jeremy masih cuba menghubunginya dan semuanya tidak dilayani. Tertutup sudah hatinya untuk lelaki itu. Semua yang berkenaan Jeremy telah dihalang dari menghubunginya.

iPhone Aliah menjerit minta di angkat, sekilas Aliah melihat nama Danial di skrin dan menyentuh icon pembesar suara.

''Assalamualaikum, Aliey! Kau kat mana ni?'' terus saja Danial bertanya. Agak kelam kabut juga suaranya dihujung talian. Kenapa semua orang kelam kabut nie atau aku saja yang berperasaan sebegini.

''Kenapa? Aku dalam perjalanan nak ke apartment Ija. Nanti nantilah aku call balik.'' cepat Aliah menjawab dan memutuskan perbualan. Perhatiannya ditumpukan di jalanraya. Keadaan trafik mulai sesak apabila menjelang pukul 7.30 pagi, nasib apartment sahabat baiknya itu dekat.

''Aku disuruh kahwin, Aliey.''

Lega Aliah mendengar, cerita kahwin pun nak havoc! Well siapa tak kenal sahabat baiknya ini yang memang agak dramatik perangainya.

''...dengan abang sepupu aku.'' Lalu berderai semula airmata Nurmiza dari mata yang merah dan membengkak, sedu sedan mengisi kesunyian ruang tamu. Terkedu Aliah mendengar, hendak dipujuk dia sendiri pun kurang arif.

3 x Benci, 4 x Cinta [Completed]Where stories live. Discover now