Note from Ntgravity : Salam... Macam Bab 1? Sorrylah berkarat sikit.. hahaha... Silalah komen yer...
Teruskan membaca....
__________________________________________________
''Hishhhh....'' Keluh gadis bersanggul loose bun ini sambil memandang keluar tingkap restoran hotel 5 bintang di bandaraya Kuching ini. Panas hati Aliah dengan perangai terbaru kekasih hatinya. Sejak mereka keluar makan malam seminggu lepas, Jeremy telah meminta maaf dan memujuknya agar berbaik semula. Namun apabila Aliah memberitahu Jeremy pada keesokkan malamnya Aliah akan keluar menjemput ayahnya yang akan pulang dari Kuala Lumpur, dia mula menunjukkan reaksi. Walaupun Jeremy bersetuju tetapi dari riak mukanya seakan tidak percaya dan anggukan yang diberikan nampak sangat tidak sepenuh hati. Itulah kali terakhir Aliah berjumpa lelaki itu, mereka hanya berhubung melalui telefon atau Whatsapp.
Sejak beberapa hari yang lalu semua itu tiba - tiba langsung terhenti. Hairan juga Aliah dengan 'bodyguard'nya itu, sakit ke atau apa? Ada juga dia cuba menelefon namun tiada jawapan dan terkini, sebentar tadi - diluar perkhidmatan pula.
Dua pasang mata lantas memerhati tingkah nya. ''Pasal Jeremy la ni kan?'' soal Nurmiza meneka lalu menyambung,
''Aku hairan tengok korang berdua ni. Bila kau break up dengan dia, dia beria benar mengejar kau, pujuk kau balik semula. Bila dia break up ngan kau, kau pun kenja [mengada] nak juga terima dia balik. Lembut hati betul! Tak paham.''
''Apa kau kata ni? Aku pelik dengan line ni, tak tepat kot! Seminggu Jeremy tak contact aku. Tengah hari semalam aku call, dia boleh - boleh jer tanya 'yes, who's speaking?' Ni haa pagi tadi Friend finder ni kata dia dekat area town tapi bila aku call dia kata tengah kerja kat airport! Lepas tu sampai sekarang tak dapat get thru. Hisssh!'' Aliah membebel seolah tidak mendengar keluhan rakan baiknya mengenainya. Jiwa masih 'terbakar' mengenang kekasih hati.
''Aku dah tak tau korang ni sebenarnya berfungsi sebagai apa? Gerek [kekasih]? atau hanya untuk memenuhi syarat sosial?,'' Soal Hakimi yang dari tadi memerhati dua wanita ini. Nurmiza menggangguk mengiyakan soalan itu membuatkan wanita di hadapannya mengangkat keningnya.
''Maksud kau? Mestilah dia gerek [kekasih] aku, kau ingat aku ni apa? Memenuhi syarat sosial apa pulak, cuba explain?'' soal Aliah menafikan persoalan sebenar sambil menyeluk beg tangan nya, mencari iPhone nya yang kedengaran seperti ada mesej masuk.
''Ok first, single is never a sin! Maksud aku syarat sosial mungkin, demi tak mahu orang mengata jika kau masih stay single. Ye lah, Siapa yang tak kenal Cik Aliah Dania binti Mustafa dari Yummers ni? Event planner yang mula meningkat naik. Artis berkahwin? Bertunang or epic product launching? Cakap pasal orangnya pula? Hmmm. Cantik tapi cantik lagi girlfriend I, bergaya, nampak ladies tapi realitinya brutal giler, drive nice car and yet kalau still single mesti kau tak nak series of questions such as 'dah ada yang punya ke?' atau 'kenapa tak ada boyfriend' kan, Cik Aliey?'' kata Hakimi sambil membuat simbol 'tanda penutup' dengan jari nya lalu mengatur sedikit rambutnya.
Lelaki kacukan Jepun yang tinggi lampai ini dikenalinya sewaktu mereka bekerja separuh masa di sebuah kelab golf 9 tahun lalu. Hakimi yang lima tahun lebih tua usia darinya terdahulu bekerja disitu. Berpisah seketika kerana Aliah menyambung pelajaran namun mereka sering juga berhubung. Setelah berhempas pulas dengan pelajarannya sehinggalah segulung ijazah telah pun berjaya Aliah genggam manakala Hakimi pula sudah bekerja di syarikat pembinaan, mereka masih berhubung dengan baik. Sekembalinya Aliah ke Kuching dari London, dia kemudiannya mula membuat kerja secara free lance dalam bidang nya ini tetapi agak perlahan. Maklumlah dia hanya bergerak secara sendirian, tiada yang berani meletakkan kepercayaan kepadanya apatah lagi wang pendahuluan yang besar.
YOU ARE READING
3 x Benci, 4 x Cinta [Completed]
ChickLitAliah tersepit di antara cinta pertama dan pertama kali dicintai. Danial cuba mendampingi, Jeremy yang dikasihi dan Mr.'Kot-Hitam' yang mencuri hatinya dan merubah segalanya. Yang pasti setiap kali Aliah membencinya setiap kali itulah cinta si dia b...