Note from Ntgravity : Salam.... Apa khabar...? Alhamdullillah dapat gak kita jumpa lagi...
First sekali saya nak minta maaf banyak - banyak kerana lambat merelease bab nie... Masalah negara melanda... hhahaha...
=== [ S H O U T O U T Z O N E ] ===
Shout out kali nieh saya nak tuju kan kepada My Wonderful Souljas (more a just a BFF!) terutamanya Nru Clark Sahat yang sudi membaca dan memberi komen.... I love you bro...!!
Sila... sila... *jangan lupa vote yer....*
*****
Aliah menyapa suaminya yang sedang duduk sambil merenung ke luar balkoni di ruang makan. Angin yang sepoi sepoi bahasa sangat nyaman membuatkan Aliah juga mahu duduk disitu. Danial menatap Aliah yang sangat comel dengan hanya berbaju tshirt dan seluar Culottes serba hitam duduk selesa dihadapannya mencabar imannya. Semakin tercabar apabila dia mencium bau wangi,''Green tea kan?'' Aliah mengangguk lalu berkata,''Eh mana tau? Gerek(kekasih) pakai ke?'' Danial hanya tersenyum sambil bermain - main dengan DSLRnya lalu terus mengambil gambar Aliah yang sedang menuang air ke mugnya. Aliah hanya melihat,''Abang suka fotografi yek?''
Danial mengangguk bangga,''Ha'ah, dari sejak sekolah. Memang impian abang satu hari nanti nak buat satu pameran foto. Doakan ye!'' Aliah tersenyum sambil mengucapkan 'Aamiin' sebelum mengepal dan mengangkat seraya berkata,''Ganbatte ne!'' Danial ketawa mendengarnya.
Danial ingin membalas namun iPhone nya terlebih dahulu berbunyi lalu dia meminta Aliah memasak mee segera yang boleh dijumpai di dapur dan menyentuh skrin untuk menjawab panggilan dari Daddynya. Aliah bangun ke dapur mencari mee segera perisa kari yang digemarinya lalu membuka peti sejuk yang besar dan canggih itu. Melihat peti sejuk itu terisi hanya sedikit makanan lalu dia mencari apa yang boleh ditambah ke dalam mee segera nanti. Setelah menjumpai sosej dan telur, Aliah mula memasak untuk mereka berdua mengalas perut sebelum makan malam kelak. Jam di dinding dapur itu menunjukkan baru pukul 4.30 petang sewaktu Aliah membawa keluar dua mangkuk dan dua pasang chopstik berserta tisu, Terlihat Danial tiada di tempatnya. Belum sempat pun dia memanggil Danial telah pun muncul di belakangnya,''Hummm sedapnya bau. My favourite!'' Aliah hanya senyum sambil duduk kembali dikerusi,''Mine too.''
Danial hanya mengangguk dan menadah tangan lalu membaca doa makan, Aliah juga turut mengaminkan sambil memerhatikan wajah suaminya yang sudah masuk hari ketiga telah menikahinya. Secebis senyuman muncul hanya seketika dan hilang apabila Danial meraup mukanya lalu Aliah berpura pura menyibukkan diri menyusun mangkuk dan mug mereka.
''Itadakimasu~'' serentak pula mereka berkata 'Terima kasih untuk makanan ini' dalam bahasa Jepun dan kemudian sama tertawa. ''Aliey pandai berbahasa Jepun ke?'' Danial bertanya sambil mula menyuapkan mee ke mulutnya. Aliah yang juga sedang meniup sedikit mee membalas,''Sikit sikit aje, ada belajar masa cuti sekolah dan masa kat U dulu. Ada juga kawan yang dari Jepun ajar. Nak berborak tu masih gagaplah. Abang?''
Danial mengangguk,''Bolehlah. Setahun tinggal di Jepun masa sambung Master.'' Aliah mengangguk kagum sebelum meneruskan perbualan,''Wah, terbaek! Pernah pergi sana sebab untuk an event client tapi tak sempat nak ronda as tourist.''
Danial mengelengkan kepala,''Nak gi UK. Nak tengok Manchester United kat Old Trafford sambil tu nanti. My golden dream tau.. Selalu jer timing tak kena. Kang dah nak pergi tiket stadium pulak sold outlah! Tak dapat cutilah, itulah inilah... Aliey, kita honeymoon sana jom?''
Besar mata Aliah mendengar lalu diletak kasar mangkuk dan chopstiknya lalu berkata dalam nada berpura - pura marah,''Huh, dalam mimpi la Ouji-sama! Pergilah sorang sorang. Tak hingin ikut!'' Danial yang terpinga seketika meletakkan juga mangkuknya yang sudah licin dan kemudian menguntum senyuman nakal,''Ahhh... yer tak yerlah.. baru teringat. Adalah kereta seorang Joo-chan tu, macam bertemakan Liverpool FC jer. Kat luar nampak je warna biru di dalam merah jer! Hmmph! Jangan haraplah nak pergi ke Anfield. Tak akan diizinkan!'' Aliah menjelir sedikit lidahnya nakal sebelum menyambung,''Dah pergi dah. Tak heran!''
YOU ARE READING
3 x Benci, 4 x Cinta [Completed]
ChickLitAliah tersepit di antara cinta pertama dan pertama kali dicintai. Danial cuba mendampingi, Jeremy yang dikasihi dan Mr.'Kot-Hitam' yang mencuri hatinya dan merubah segalanya. Yang pasti setiap kali Aliah membencinya setiap kali itulah cinta si dia b...