Note from NTGravity : Salaam... Alhamdullilah jumpa lagi kita...
Ok jom teruskan.... Bismillah... Sila komen yer....
-----
Perlahan Aliah melangkah masuk ke dewan yang sudah 90 peratus siap dihias. Walaupun masih kepenatan menjadi pengantin kini kembali bersemangat melihat hasil kerja pekerjanya. Kelihatan mereka masih giat menghabiskan susun atur supaya sempurna, ada yang terkejut melihat kehadiran bos besar mereka yang sememangnya terkenal dengan kemesraannya walaupun dia memang tegas namun Aliah tetap disenangi. Aliah tidak lokek membelanja pekerjanya, malah ketika ini ada diletakkan disuatu sudut di luar dewan - hidangan makanan ringan dan minuman untuk pekerjanya yang bekerja. Malah mereka diberi bilik untuk berehat jika terpaksa bekerja lebih masa nanti.
Gembira juga dia melihat hasil kreatif nya terus menjadi. Dia masih mengekalkan warna biru dan hitam sebagai tema. Dalam masa 4 bulan Aliah berjaya menyediakan semua material dari pilihan kad jemputan hinggalah ke hiasan bilik pengantinnya. Perlahan Aliah mengatur sedikit susunan hiasan meja tetamu sebelum mendongak ke atas melihat kain satin berwarna ombre biru muda dan putih yang menutup atas dewan yang berkapasiti 1500 orang ini . Aliah tak mahu tetamu mereka yang dijemput seramai 500 orang berasa di dalam dewan hotel 5 bintang tetapi dunia ciptaannya. Aliah menoleh ke satu sudut terdapat kolam buatan yang biasa ada di dalam taman.
Aliah terus melangkah ke pentas pelamin yang juga hampir siap. Dua sofa tinggi yang berwarna perak diletakkan ditengah pentas yang berlatar belakangkan pokok buluh dan bunga berwarna warni. Aliah semakin teruja, terasa wedding in the garden impiannya! Melihat seketika jari manisnya yang terhias cincin platinum bertatahkan berlian putih, Aliah perlahan duduk di atas pelamin. Matanya melihat sekitar, pantas dia melihat lelaki di satu sudut dewan sedang mengatur tripod sambil mengambil gambar sekitar. Kelihatan lelaki itu dalam dunia nya sendiri, lantas Aliah turun merapati.
''Assalamualaikum, bila sampai?'' Aliah menyapa sambil mengambil dua botol dari kotak berisi botol air mineral yang disediakan untuk pekerjanya. Lelaki itu mengangkat muka,''Eh Aliey. Waalaikumsalam. Tak lah lama. Eh, Pengantin baru... buat apa kat sini? Takkan kerja kot? Takde orang nak bayar gaji nanti.''
Aliah mencebik bergurau sambil meletakkan satu botol air mineral dekat lelaki itu,''Takdela. Tahap curious yang tinggi nak tengok outcome ballroom ni. Nie nak balik dah tak dapat lama. Malam berinai nanti.'' Danial mengangguk kepala pantas sambil duduk bersila dan mengeluarkan segulung pita lekat berwarna merah lalu dicarik dan membuat tanda 'X' di atas permaidani dewan,''Saja, nak book spot yang cantik untuk ambil video esok. Yela... baik - baik balik tu. Maklumlah pengantin baru, orang tua kata darah manis kan?'' usik Danial tanpa melihat kerana lebih menumpukan pada tripod kameranya, dia juga perlu cepat - cepat habiskan tugasnya. Aliah hanya senyum kelat dengan ucapan Danial tadi dan tanpa memberi respon dia perlahan beredar dari dewan. Danial mendongak sedikit dan mencuri pandang, hanya mampu menghantar dengan mata dan keluhan yang berat sebelum menyambung kerjanya.
Paluan kompang bergema setelah ketibaan kenderaan yang membawa pengantin lelaki dan rombongannya tiba, ada saudara - saudara perempuan Aliah yang nakal menabur kelopak bunga mawar ketika pengantin lelaki dibawa masuk. Aliah kelihatan amat cantik dengan persalinan songket berwarna biru gelap berkerengkam perak dan dihias anggun dengan cucuk sanggul klasik berwarna perak juga terdahulu telah menunggu di pelamin mini yang sama sewaktu akad nikah pada hari Jumaat yang lalu cuma beberapa dekorasi telah diubah. Pengantin lelaki juga mengenakan busana songket yang sama di bawa masuk.
Sebelum duduk bersanding, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya bersama jejambak*. Ianya simbolik seperti adat membatalkan air sembahyang pada hari pernikahan. Selalunya dilakukan selepas akad nikah atau malam berlulut* - terutamanya jika pasangan belum tinggal bersama.
YOU ARE READING
3 x Benci, 4 x Cinta [Completed]
ChickLitAliah tersepit di antara cinta pertama dan pertama kali dicintai. Danial cuba mendampingi, Jeremy yang dikasihi dan Mr.'Kot-Hitam' yang mencuri hatinya dan merubah segalanya. Yang pasti setiap kali Aliah membencinya setiap kali itulah cinta si dia b...