prolog

30 4 0
                                    

"Pergilah kau daripada sini!! Aku tak ada adik yang macam kau!"ku hambur kata-kata itu kepada adik kandungku sendiri.. Darah daging ku sendiri. Tak semena kataku itu telah menghantui mindaku.

"Akak.. Apa salah adik kak? Kenapa akak terlalu bencikan adik?" pilu saja aku dengar setiap bait kata daripada adik bongsuku itu. Namun, ego ku, dendam ku, marah ku menguasai segalanya.

"Salah kau?? Salah kau ada disini sebagai adik aku!! Kau rampas semuanya daripada aku!! Disebabkan kau, aku tak dapat kasih sayang dan tak dapat jumpa ummi lagi.. Disebabkan kau, abi hampir mati dan sekarang sedang bertarung nyawa tahu takkk?????!! Dasar pembunuh!!" air mata yang membanjiri pipiku, ku sapu dengan kasar lalu meninggalkan dia seorang diri.

Ummi tenanglah ummi disana.. Kakak rindukan ummi.. Kakak sayangkan abi.. Kalau tak disebabkan budak tu.. Mesti ummi dengan abi tak akan tinggalkan kami..
Segala senyuman yang dahulu nya sentiasa dihiasi wajah kami sekeluarga telah digantikan dengan tangisan. Sejak itu, aku hatiku mulai berdendam terhadap adik.

*******
Sebagai pengenalan.. Aku ingin mengenalkan diriku. Aku bernama Nur arieysha humaira binti Abdul rahman. Ummi telah meninggal akibat kemalangan manakala abi.. Terlantar dihospital akibat serangan jantung ketika mendapat berita tentang kematian ummi. Aku ada seorang abang aku yang sulong,Muhd Darwish sulaiman, seorang kakak anak kedua ummi dan abi, Nur alieysha qaisara. Manakala aku anak yang ketiga dan akhir sekali adik perempuanku. Untuk pengetahuan semua, aku dan kak sara ni kembar seiras. Itu sahaja pengenalannya.






*****
Sorry saya terpaksa unpublish bab ni balik tadi.. Ada kesalahan sedikit. Terima kasih kepada readers.

Selamat membaca!!

Hidup Yang BermaknaWhere stories live. Discover now