Hyb 9

12 2 0
                                    

Sorry lambat update. Busy lately.
Happy reading and enjoy!!!
Kalau best vote.. Kalau ade yg kurg jngan lupa tinggalkan komen untuk saya perbaiki. Tq ; )

*******

Beberapa minit selepas chat dengan ajad, aku terdengar suara orang memberi salam di luar. Pantas aku menyarungkan tudung dan menuju ke arah pintu utama.

"Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam.. Eh ajad.. Cepatnya awak sampai."

"Tak adelah cepat sangat. Abi awak ada tak? Ke saya salah mase?"

"Eh.. Abi saya ada kat dalam bilik.. Jap ye. Saya pergi panggil. Duduk lah dulu."jemputku lalu berjalan menghampiri bilik abi. Dia sekadar mengangguk.

'Hmm.. Rumah dua tingkat tapi tak besar. Macam rumah kos rendah pun ada. Susun atur dalam ni cantik. Nampak lebih teratur dan luas.'bisik hati ajad.

Bunyi derapan kaki yang semakin mendekat membuatkan ajad terbangun dari duduknya lalu menyalam tangan abi.

"Assalamualaikum abi.."

"Ehhh mak.. Maksud saya pakcik" tergagap ajad membetulkannya. Aku di belakangnya berlalu dari situ sambil ketawa kecil.

"Wa'alaikumussalam.. Duduklah"

"Abi.. Eh pakcik.. Maksud saya pakcik.. Sa..saya datang sini.."belum sempat ajad menghabiskan ayatnya, abi dah potong.

"Panggil saja abi.. Asyik tersasur saja.. Kejap-kejap eh..kejap-kejap eh.." tegur abi sambil ketawa kecil. Geli hati dengan lagat ajad mungkin.

"Baik abi.. Saya datang nak bincang pasal kejadian yang berlaku terhadap arieys pagi tadi."

"Okay teruskan"

"Saya nak bagitahu.. Hal tu dah settle dah. Diorang dah janji dengan saya yang diorang tak akan kacau arieys lagi. Abi jangan risau saya akan ambil tanggungjawab jaga arieys memandangkan saya sekelas dengan arieysha"

"Hmmm.. Apa tujuan diorang kacau arieysha ni?"

"Biasalah abi.. Diorang tu budak nakal kat sekolah.. Suka sangat buat masalah."

"Kalau macam tu baiklah. Saya amanahkan kamu untuk jaga arieysha. Kalau ada info, beritahu saya terus, okay?"

"Baiklah abi. Terima kasih sebab dah percayakan saya."

"Kalau macam tu saya minta diri dulu ya. Asslamualaikum" pamit ajad.

"Wa'alaikumussalam" jawab abi. Selepas ajad hilang dari pandangan, abi memanggilku.

"Arieys.. Kalau kamu tetap nak pergi sekolah esok, pergilah. Abi izinkan. Lagipun abi tak nak pembelajaran anak abi ni terganggu."

"Betul ni abi?"

"Hmm"

"Terima kasih abi."

"Yelah."

*****

Semasa aku berjalan menuju ke kelas aku. Aku terpandang orang yang berjalan di hadapan aku seperti sangat aku kenali. Lantas aku menuju ke arahnya dan menyapa dia.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.. Ouhh arieysha.. Ada apa ya?"

"Sebenarnya, saya nak ucap terima kasih sangat sangat sebab awak dah banyak bantu saya. Saya banyak terhutang budi dengan awak."

"Tak apalah.. Tiada masalah bagi saya untuk bantu bakal permaisuri hidup saya." katanya perlahan seperti tidak mahu aku mendengarnya. Tapi.. Aku kan telinga gajah.. Aku dengar. Jangan kecam.

Hidup Yang BermaknaWhere stories live. Discover now