Seperti yang dijanjikan oleh sara, kami pergi ke hospital."Sara.. Arieys pergi toilet jap.. Sara pergi lah dulu.. Nanti arieys pergi"
"Yelah.. Jangan lama-lama tau.."
"Okay kak sara.." jawabku meleret.
Aku berjalan ke tandas di hospital tersebut. Tiba-tiba....
"Arieysss"
"Arieys.."
"Oit.. Kau kenapa? Terkejut aku.. Kau buat apa kat sini?"
"Chill lah arieys.. Tak ada apa pon.. Saja.. Aku ingat nak melawat ummi kau.. Terjumpa kau kat sini pulak.."
"Oh ye ke? Jom lah kita pergi sama-sama"
"Yaa thank you"
Kami berjalan dalam keadaan masing-masing tidak keluarkan sebarang suara.
"Assalamualaikum..."
"Wa'alaikumussalam.. Arieys.. Eh maya ada sekali? Masuklah"
"Terjumpa maya kat toilet tadi.. Katanya nak melawat ummi" terang arieys tanpa diminta.
"Ouhh.. Terima kasih sudi melawat" kata kak sara. Maya hanya membalas dengan senyuman.
*****
Selepas melawat ummi, aku dan maya lepak kat taman hospital. Sara dah merayap dah.. Hehe
"Arieys.. Macam mana ummi kau boleh kemalangan?"
"Hmmm" aku mengeluh kecil sambil menunduk. Aku tak tahu nak terangkan macam mana
"Eh. Aku minta maaf kalau kau terasa.. Sorry"
"Tak apalah"
"Hmm.. Ummi aku kemalangan sebab nak selamatkan adik aku dekat seberang jalan sekolah"
"Macam mana adik kau boleh ada kat sana?"
"Entah.. Dia kata ada kakak ni dia ajak makan ais krim. Kebetulan pakcik ais krim tu ada kat situ. Masa lintas jalan tu, dia terlalu teruja pastu hampir terjatuh dekat depan kereta laju.. Nasib dia baik.. Tapi ummi pula jadi mangsa sebab ummi tolak dia ke tepi jalan"
"Ouhh jadi... puncanya daripada adik kau lah?"
"Dah takdir macam tu nak buat macam mana?"
"Takdir kau cakap? Kalau aku jadi kau, dah lama aku halau budak tu.. Yelah sebab dia ummi kau kemalangan.. Cuba kau bayangkan kalau dia tak ikut kakak tu.. Dia duduk diam je tunggu ummi kau.. Mesti benda ni tak jadi. Kau fikirlah. Budak macam tu tak patut muncul depan ummi kau dan keluarga kau lagi. Entah² dia yang rancang semua ni" perkataan rancang ditekan kuat oleh maya membuatkan bagai dihasut. Perkataan tu terngiang -ngiang dalam kepala ku.
"Eh dah lewat ni, aku balik dululah.. Bye arieys" pamit maya.
Aku masih lagi kaku di atas bangku itu sehinggalah sara datang.
"Arieys.. Jom kita balik" ajaknya. Aku hanya menurut sambil termenung.
'Ada betul jugak cakap maya.. Kalau jadi apa-apa dekat ummi.. Jangan harap aku akan maafkan dia.. Pembunuhhhh!!' ucapku dalam hati.
'Hahaha.. Arieys.. Arieys.. Bodoh..' bisik seseorang.
*****
"Assalamualaikum.." ucap sara. Aku hanya berdiam diri. Macam orang bisu dah.
"Wa'alaikumussalam.. Balik pon budak dua orang ni.. Risau nenek.."
"Eh.. Ramainya.. Nenek datang dengan siapa ni?"
YOU ARE READING
Hidup Yang Bermakna
Teen Fiction"Pergilah kau daripada sini!! Aku tak ada adik yang macam kau!" -aku "Akak.. Apa salah adik kak? Kenapa akak terlalu bencikan adik?" -adik ***** "Adik.. Maafkan kak ariesy.. Dik.. Bangunlah.. Adikkan sayang akak.." "Kak sara tahu kau sedih.. Tapi ka...