Hyb 2

25 4 0
                                    

    
     Mataku dicelik. Ku pandang ke seluruh ruang yang berwarna putih itu. Aku ternampak satu susuk tubuh yang sangat kukenali dan rindui. Aku berlari ke arahnya lalu memeluknya erat.

"Sayang.. Arieys kena kuat.. Arieys kena bangun sebelum ummi kamu yang tidur.. Nenek sayang dengan cucu nenek.. Nenek sentiasa mendoakan kamu.. Bangun ya sayang.. Tatap wajah ummi mu sebelum dia mengikut jejak nenek.. Bangun sayang.. Bangun..

"Nenek.. Jangan tinggalkan arieys.. Ieys sayang nenek.. Ieys rindu nenek.. Tapi apa maksud nenek? Nek.. Jawab nek.. Nekkkk!! Nenek.. Ieys taknak.. Nenek.!!"

*****

"Ya Allah arieys anak ummi.. Terima kasih ya Allah.." aku yang baru sedar dari lena terpinga-pinga. Wajah ummi yang penuh dengan air mata itu ditatap. Mata yang merah dan sembab merisaukan hatinya.

"Ummi.. Ummi janji jangan tinggalkan arieys.. Jangan ikut nenek.. Kalau ummi ikut, arieys pun nak ikut.." tangis ku dalam dakapan ummi.

"Syukurlah.. Kak Arieys dah sedar.. Kesian kak sara senyap je sejak kak arieys tak sedar.. " ucap adik.

"Arieys.. Jangan buat kak sara risau lagi..ya dik.. Sara sayang arieys sangat sangat.."aku dengar kak sara kata pun dah sebak. Mana aku sanggup buat orang yang aku sayang sedih. Aku menguntum senyuman yang paling manis walaupun bibir ku kelihatan pucat.

"Terima kasih sebab sayangkan arieys dan terima kasih sebab jagakan arieys.. Arieys pun tak sanggup nak tengok orang yang arieys sayang sedih.."sebak ku tuturkan ayat itu.

"Ermm ummi.. Erm.. Err.. Ada.. Ada.. Makanan tak? Arieys laparlah.. Perut arieys dah bergendang kuat ni.." aku buat muka minta simpati membuatkan semua ketawa termasuk abi yang baru masuk dari bilik doktor.

"Ermm jap ummi fikir.. Ada ke tak eh" kata ummi sambil jari telunjuknya bergedik di dagu menandakan dia sedang berfikir. Aku yang melihat gelagat ummi acah merajuk.

"Ala.. Ummi.. Bolehlah ummi.. Arieys lapar.. Sampai hati ummi.." sayu ku tuturkan membuatkan ummi tersenyum kecil.

"Hei.. Mestilah ada.. Ummi masak tadi tapi tak ada orang nak makan.. Semua tak ada selera" ucap ummi sambil mengambil bekalan makanan tersebut.

"Yey.. Terima kasih ummi.. Sayang ummi.." ucapku ikhlas lalu mengucup pipi ummi.

"Alah.. Ummi je ke dapat.. Abi tak dapat ke?" kali ini abi pula yang bersuara.

"Yelah abi.. Tak apalah orang dah tak sayangkan kita.. Sampai ada orang datang pun tak perasan." suara garau itu seperti sangat dikenalinya tapi bukan suara abi.. Jangan².. Aku memalingkan kepala ke arah suara itu. Tuan empunya suara tersebut senyum ke arahku. Ia membuat aku mengalirkan air mata buat keberapa kali pun aku tak tahu. Suka sangat buat drama air mata hari ni.

"Abang wish.. Arieys rindu abang dah dekat sebulan abang tak balik.."

"Ya abang tahu.. Abang pun rindu arieys.. Tuhan saja yang tahu betapa pilunya hati abang bila dapat panggilan arieys masuk hospital. Tak dapat abang bayangkan bagaimana kalau.. Kalau.. Adik manja abang sakit.."kata abang yang sangat aku rindui sambil memelukku.

*****

"Kak arieys.. Nak adik tolong tak?" tanya adikku ketika aku memotong sayur didapur. Alhamdulillah selepas tiga hari dalam wad, akhirnya aku dapat pulang kerumah. Aku tersenyum melihat adikku.

"Nak tolong eh.. Err.. Hah.. Tolong basuk sayur ni pastu potong bawang eh.." arahku kepada adik. Adik hanya mengangguk kecil.

"Arieys.. Boleh tolong abang tak?" sergah abang darwish. Hushh terkejut mak hang. Nasib baik tak ada sakit jantung kalau tak dah lama mati terkejut aku dibuatnya.

Hidup Yang BermaknaWhere stories live. Discover now